Monday, May 22, 2017

Teatime 14.5.2017

Assalammualaikum,

Minggu ni lepak kat rumah aje sebab abang ipar pinjam kereta nak bawa mak mentua dan adik ipar jalan-jalan. Since melangut aje, datang la idea nak baking. Google punya google last-last pilih the same recipe jugak, dari taste.com.au, marble butter cake. So let's check it out!

Marble Butter Cake

Adapted from: www.taste.com.au


Bahan-bahan:

185 g mentega – dilembutkan (saya guna SCS Salted)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kastor
3 biji telur saiz A atau B – dipukul ringan
2 cawan tepung naik sendiri – diayak
2/3 cawan buttermilk (buat sendiri – 2/3 cawan susu segar + 1 sudu kecil cuka putih)
2 sudu besar serbuk koko – diayak

Cara-cara:

  1. Panaskan oven suhu 180°C selama 15 minit. Sementara itu, gris acuan (saya guna silikon) dengan balance mentega pada packaging.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega, esen vanila dan gula hingga ringan dan gebu. Tambahkan telur (buat 3 kali), setiap kali pukul sebati sebelum masukkan seterusnya. Masukkan tepung dan 1/2 cawan buttermilk. Pukul rata dan tutup mixer.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko dan baki buttermilk. Gunakan spatula dan kacau rata. Satu bahagian lagi biarkan plain.
  4. Tuangkan 1/2 adunan plain ke dalam acuan dan tompok-tompokkan dengan 1/2 adunan koko. Kemudian tuangkan baki adunan plain dan tompok-tompokkan dengan baki adunan koko. Lorekkan menggunakan hujung pisau yang tajam. Hentakkan acuan perlahan untuk meratakan permukaan adunan.
  5. Bakar semalam 1 jam 10 minit (depends), selepas masak, test dengan lidi sate/garpu ke bahagian tengah kek dan lihat sekiranya keluar licin tanpa adunan melekat maksudnya kek sudah masak sempurna. Jika masih ada adunan basah, tambah 10 minit lagi. Sekiranya kek nampak agak garing tutup dengan foil longgar.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan di dalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan di atas redai. (In my case, tak sempat, panas-panas diorang dah pakat potong dan ngap!)
  7. Setelah sejuk sepenuhnya, potong kek. Simpan di dalam bekas kedap udara. Tahan 2 – 3 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk.


 Marble Butter Cake


No comments: