Thursday, May 18, 2017

Lunch 16.4.2017

Assalammualaikum,

Hari Ahad. Stay di rumah je atas beberapa sebab tertentu. Kelmarin ada beli tauhu 5 ketul (terpaksa beli 5 ketul, sebab dia dah siap bungkus dan tak ada jual pulak yang seketul). So nak buat apa la tauhu banyak-banyak ni? Yang makan tauhu dalam rumah ni aku dan mak je la. Aku pun bukan la penggemar tauhu sangat pun. TIba-tiba teringat pulak tepung bestari ada lagi, bila la nak abis kan? So, datang la idea tauhu salut tepung bestari. Hmm... sedap juga. Tapi tetap la aku dan mak je yang sentuh tauhu ni.


En K pulak, ada beli 3 ekor ayam kampung semalam. Rendam dalam tepung gandum dulu baru cuci bersih. Buang sisa-sisa bulu yang ada (sebab kedai ni sembelih ikut permintaan). Kemudian rendam lagi dalam air campur limau nipis lebih kurang 1/2 jam. Baru simpan. So tadi cadang nak buat rendang pedas ayam.

Ok la, Resepi kat bawah ni, kot-kot ada yang nak try kan.



Tau Miu Goreng



Bahan-bahan:

1/2 peket tau miu – dibasuh dan ditoskan
1/2 biji cili merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
2 ketul hati ayam – dipotong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya cair
Sedikit air
Sedikit minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng hati ayam hingga garing dan angkat, Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sebentar diikuti dengan bawang besar. Tumis hingga harum dan layu.
  3. Masukkan tau miu, sos tiram, kicap cair dan air. Kacau rata dan tutup 1 – 2 minit sahaja. Kacau rata, masukkan hirisan cili. Kacau dan tutup api.


Rendang Pedas Ayam Kampung

Sumber: Mak dan Yong



Bahan-bahan:

15 ketul ayam kampung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit – dimayang halus
3 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
4 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dibuang biji dan direbus
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong
2 inci lengkuas – dipotong
2 batang serai – dipotong
2 inci kunyit – dipotong
3 biji cili padi

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Kacau sekali sekala hingga ayam nampak mengecut dan airnya keluar.
  3. Masukkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik dan air menutupi paras ayam. Pastikan api sederhana, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan garam, Maggi Cukup Rasa secukupnya.
  5. Kacau sekali sekal hingga pekat, terpulang hendak version kering atau berkuah sedikit.
  6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit dan gaul rata. Tutup api.

No comments: