Thursday, May 18, 2017

Dinner 18.4.2017

Assalammualaikum,

Dari semalam dok sembang dengan Sherry dan Sarah kat office pasal kerabu tauge. Sebabnya hari tu terbeli tauge sampai RM3. Ha ambik kau... satu plastik besar kot. Jenuh makan tauge. Minta Qayyum belikan tak reti nak estimate berapa banyak nak beli huhu....
So decide untuk bawa bekal hari ni nak buat kerabu tauge dengan perut. So semalam balik kerja ajak En K singgah pasar malam beli 1/2 kg = RM20. Sampai rumah, basuh dan rebus sampai empuk. Then dah sejuk terus potong-potong simpan terus dalam fridge. Ada beli juga pucuk paku seikat RM2.
So pagi ni macam biasa bangun pukul 5 am, terus start prepare menu hari ni.


Kerabu Perut, Tauge & Pucuk Paku

Bahan-bahan:

1/2 kg perut lembu - direbus hingga empuk
1 ikat pucuk paku - disiang
3 cawan tauge
2 sudu besar kerisik
Sedikit jus asam jawa
Sedikit gula perang secukup rasa
Sedikit garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

2 biji bawang merah
3 biji cili padi
1/4 inci halia
3 sudu besar udang kering - direndam sekejap

Cara-cara:
  1. Panaskan 1 periuk air. Masukkan 1 sudu kecil garam dan didihkan.
  2. Sementara itu, satukan bahan tumbuk dengan kerisik, jus asam jawa, gula perang dan garam. Potong perut ikut saiz yang digemari.
  3. Setelah air mendidih, celur tauge 1 – 2 minit dan toskan. Celur pula pucuk paku. Toskan airnya.
  4. Di dalam bekas yang besar, satukan kesemua bahan dan gaul rata. Sendukkan ke atas pinggan hidangan dan sedia dimakan.




Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:

10 ketul ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji kentang – dipotong wedges
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
Kicap ABC, kicap cair secukup rasa
Garam jika perlu
Air secukupnya
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan. Goreng pulan kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk kecil sahaja. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, kemudian, masukkan bahan-bahan hiris pula. Tumis hingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap ABC dan kicap cair. Tumis lagi hingga mendidih, masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng, bawang Holland, kentang goreng dan cili padi. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Rasa, jika ok, tutup api.



No comments: