Tuesday, February 7, 2017

Guide for Road Trip to Koh Lanta, Krabi Day 1

Hari Pertama ~ 31 Januari 2017 (Selasa)

Ini plan memula jadi pastu tak jadi pastu jadi balik. Ini juga merupakan trip ke Thailand buat kali ke-6 secara road trip.

Mula-mula, ajak MIL dan SIL ikut sekali. Selama ni kami ni pergi satu family je. MIL ok tapi bila dapat tahu trip ni dari Selasa sampai Jumaat (kitorang kan cuti CNY seminggu), so MIL cancel sebab dia ada kerja di kantin sekolah (dia tukang masak di kantin sekolah). Sekolah kat Taiping tu start buka hari Rabu. SIL pulak baru tukar kerja baru, so tak dapat la nak apply cuti. So, back to our family je la yang pergi.

Sebelum ni kami dah pernah ke Phuket, Krabi dan Hatyai secara road trip. Ini kali pertama ke Koh Lanta.

Ok, memula benda yang kena disediakan kalau nak ke Thailand secara road trip ialah geran kereta. Dapatkan salinan geran kereta dari bank yang berkenaan. Then, jangan lupa passport. Dan jangan lupa tukar duit kepada THB (Baht). En K tukar duit di tempat fav dia di LG Mid Valley, sebelah San Francisco Coffee sebelah eskalator.

Current exchange: THB10 = RM1.25.

Kos keseluruhan untuk 2 dewasa, 1 remaja, 2 kanak-kanak ± THB 13000 = RM1625 termasuk minyak, hotel (kami booked 2 rooms/day), makan minum, shopping. Percutian selama 3 hari 2 malam di Koh Lanta, 2 hari 1 malam di Hatyai.

Kami bertolak dari rumah MIL di Taiping pukul 1.30 a.m. Sebab budget nak sampai ke Bukit Kayu Hitam dalam pukul 6 a.m. Nak masuk border awal so save time untuk journey yang panjang. Selalunya kalau nak road trip aku dah sediakan print out google map untuk destinasi yang dituju tapi memandangkan ini macam last minute trip so takde la mapnya. Even booking hotel pon hari Isnin padahal malam tu dah nak bertolak. So pilih hotel mana yang nampak ok je la. As for the map, bergantung pada Google Map, dan ktrg tak beli pon Sim Card dia. En K kata tak perlu, dia boleh baca map.

So perjalanan ke Changlun delayed sikit sebab En K berhenti di petrol station untuk tidur sekejap. Sampai di Changlun dalam pukul 5 a.m. terus singgah di Siam City Insurance (first time buat kat sini).  Nilai insurance berbeza untuk MPV dan normal car. MPV kena RM25 (untuk 9 hari). Untuk normal car kalau tak silap RM16 (9 hari). Pastu sekarang dah ada form Passenger's List pulak. RM5 pergi, RM5 balik. Form ini bertujuan kalau ada roadblock, just tunjukkan pada polis Thailand. Jika tak ada form ini, boleh dikenakan denda RM5000, kata uncle insurance tu la. So far, mmg ada 4 roadblock sepanjang kat sana, tapi cuma 1 je yang tengok form ni. Yang lain, dia let go je. So total cost RM45 termasuk 5 keping white card (RM2 each). Staff kat situ terus isikan untuk kita.

Calculation:
White card Thailand (RM2 x 5) = RM10
Passenger's List Form (Return) (RM5 x 2) = RM10
Insurance MPV = RM25
Total = RM45

Ok dah settle, kami pun bergerak menuju ke Bukit Kayu Hitam (BKH). Terus je beratur kereta di laluan imigresen. Pukul 6.00 a.m. imigresen buka dan pass aje passport semua penumpang untuk discan. Dah settle kat bahagian imigresen Malaysia, keluar ke arah border, kena melepasi askar Malaysia dulu barulah parking kereta di imigresen Thailand. Kat sini, semua penumpang diwajibkan turun dan beratur untuk cop passport dan serahkan Passenger's List. Pegawai tu akan cop dan serahkan satu pada kita (yang balik punya). Jangan lupa selitkan RM1 dalam setiap passport ya. Tak pasti untuk apa, dalam aku blogwalking semua suggest buat macam tu.

Geran kereta atas nama aku, so lepas cop passport aku pergi pulak beratur di Custom counter untuk declare kenderaan yang dibawa masuk. Serahkan geran, insurans dan passport pemilik kereta, dia akan keluarkan satu form untuk sign. Dah sign, kena serahkan pulak kat kaunter satu lagi beserta passport untuk dia cop form tu. Form tu dia bagi kita. Ini penting, JANGAN hilangkan form ini sebab ia akan diserahkan semula kepada Custom sebelum kita keluar dari Thailand. Kalau hilang, kereta akan diblacklist dari memasuki Thailand untuk tempoh tertentu.

Ok dah settle. Jom la teruskan perjalanan ke Koh Lanta. Sepanjang perjalanan smooth aje. Kereta tak banyak langsung. Kitorang tak breakfast pon sebab En K ni ada problem sikit makan unfamiliar stall food. Dia nak makan dalam kedai yang diyakini sahaja. So untuk itu, memang aku dah prepare snacks untuk sepanjang perjalanan. Ada Mamee, Honey Gold Cornflakes, asam untuk tahan mengantuk, Red Bull, dan macam-macam lagi la. Kami ikut route Patthalung – Trang – Koh Lanta. So sepanjang perjalanan berpandukan signboard/Google Map Patthalung sampai la nampak Trang dan seterusnya ke feri Koh Lanta. Dah jumpa Koh Lanta Pier tu dah betul la tu.

Memula nak singgah Robinson di Trang, tapi sampai awal sangat. Pukul 9.00 a.m. (waktu Malaysia 10.00 a.m.). Robinson buka 9.30 a.m. So tak jadi kita teruskan je la perjalanan. Sampai di area jeti Koh Lanta Pier, kami terus je bergerak ke Ferry Ticket Box, tempat beli tiket feri. Fare yang dikenakan THB120 = RM15.

Staff kat situ akan bagi guide untuk parking kereta. Enjin tak perlu dimatikan pon, tak macam di feri Penang. Terpulang nak duduk dalam kereta atau pun keluar jalan-jalan atas feri. Perjalanan tak lama pun, dalam 15 minit dah sampai ke jeti. Mula-mula ingatkan kena naik feri sekali lagi, rupa-rupanya dah ada jambatan dah. So maknanya sekali je la naik feri. Kalau tak silap, Koh Lanta ni terbahagi kepada 4 pantai. Kitorang pilih pantai yang pertama sebab nak dekat dengan jeti. Maybe next time boleh pilih pantai yang lain pulak. Pantai kitorang namanya Klong Dao Beach, berdekatan jeti. Seterusnya pergi cari hotel yang kami dah booking. Memandangkan Januari – April adalah high season, maka pilihan hotel agak terhad especially untuk kami yang last minute plan ni. Mostly dalam Agoda tu akan state last 2 rooms, last 1 room gitu.

Untuk hari pertama ni, kami booked Lanta Residence Boutique. Kami booking 2 bilik, Superior Double dengan harga RM300/2 rooms + tax. Kami minta inter-connecting atau side by side room, tapi dia kata since that was the last two rooms, so dia bagi 1 kat tingkat 2, lagi satu kat tingkat 3. Dan satu bilik dia upgrade ke triple room sebab dah takde bilik. Okay la tu. Untuk Qimie dan Qayyum, kami bagi bilik double (1 king bed) kat tingkat 2. Untuk aku, En K dan Rayyan yang memang tak nak tido dengan abang2 dia, kami ambil triple room (1 king + 1 super single bed). Bilik mmg spacious sangat, bersih dan ada balkoni. Swimming pool disediakan di roof top. Hotel ni dipenuhi foreigners so pemandangan two-piece adalah biasa. Anyway, ada signboard yang warning of naked sunbathing/swimming. Kedudukan hotel ni walaupun bukan depan pantai, tapi boleh la jalan kaki ke pantai. Dia dekat dengan night market, Lanta Mart, convenience stores, massage parlour, semuanya boleh jalan kaki je. Nak sewa skuter pon boleh, kat hotel ni THB200 sahaja = RM25 untuk 24 hours.

Dapat check in awal, aku temankan anak-anak mandi swimming pool dalam 45 minit camtu la. Tapi seriously aku mengantuk kot, walaupun tak drive tapi temankan driver kan. Driver dah lama hanyut.
Then masuk room masing-masing, makan maggi (mmg dah beli dari Taiping lagi) dan tido. Lepas maghrib, kami pergi cari kedai makan halal. Drive sampai ke hujung sikit, terjumpa kawasan gerai macam stail buluh2 dengan banner Halal besar. Duduk dan order (in English sebab diorang tak faham BM).

1 x Tom Yum Seafood
1 x masakan ikan (tapi dapat udang) - macam kengsom, asam rebus Thai (pedas gile tapi sedap),
1 x green curry chicken
4 x steamed white rice
1 x seafood fried rice
1 x mango juice
2 x iced milk tea
1 x iced tea

Semua sedap dan pedas. Total makan dalam ±THB730 = RM91.25, pergh boleh tahan mahal tapi nasib baik sedap. Haqimie dan Qayyum siap tambah nasi pulak.

Lepas dinner, pergi night market pulak, dekat je dari hotel dalam 10 minit jalan kaki. Rayyan nampak je pancake terus nak. Memang pergi Thailand ni kalau tak pekena pancake nutella tak sah. Kat sini harga dia THB30 = RM3.75. Make sure cari yang bertanda HALAL atau BULAN BINTANG, preferably yang bertudung. Walaupun mostly Muslim, tapi kadang-kadang kat pasar malam diorang ni boleh je diorang jual bersebelahan dengan non-halal ye, harap maklum. So pandai-pandai la pilih. This applies to Krabi, Phuket and Hatyai also. Tempat lain belum try lagi.

Malam tu ada karnival kot, ada stage, ada tarian, nyanyi semua la. Pastu macam ada funfair. Meriah. Kitorang pun keluar masuk Lanta Mart la, 7-eleven memang merata-rata, sebab nak cari minuman fav aku kalau kat Thailand ni, ARABUS Caramel Macchiato atau Latte, serious rasa macam Starbucks huhu... THB29 = ±RM3.60. Siap buat stock okey. Area sini Tesco Lotus pon ada. We all juga beli air mineral kot-kot la rasa nak buat coffee ke time rehat-rehat kat hotel kan. Air mineral dalam hotel ada disediakan tapi mana la cukup kan.

Pancake beli lagi untuk kali kedua. Kali ni tambah dengan banana pancake dan banana and egg pancake. Lepas tu anak-anak nak merasa naik tuk tuk, so naik la dengan kadar THB50 = RM6.25 pada hal kalau jalan kaki dari night market ke hotel dalam 10 minit je kot.

Pastu En K ajak keluar semula konon nak pergi urut kaki, malangnya kat Koh Lanta ni massage tutup awal pulak. Last sekali pergi balik ke night market, beli barang sikit-sikit tapi bukan makanan.

Balik hotel, tidur.

No comments: