Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 keping lamb chop – dipotong kecil
1/2 pokok brokoli – dipotong florets
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1/2 biji lobak merah – dihiris serong
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis sebentar. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serbuk lada hitam dan lamb chop. Gaul rata hingga keluar air lamb chop.
- Masukkan air dan didihkan. Kemudian, masukkan brokoli dan lobak merah. Tutup sebentar kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa, cili merah dan bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar dan tutup api setelah kuah agak pekat.
- Sedia dihidangkan.
Ayam Masak Merah
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
8 ketul ayam – digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 pokok daun bawang – dipotong 4 cm panjang
2 hiris halia – dipotong kecil
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 3 sudu besar. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak dan masukkan air (lebih jika suka berkuah).
- Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan garam dan renihkan selama 5 minit.
- Kemudian, gaul rata, masukkan daun bawang dan bawang Holland.
- Gaul rata hingga bawang agak layu dan tutup api.
No comments:
Post a Comment