Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
2 keping lamb chop – dipotong kecil
1 tangkai daun kari – diambil daunnya sahaja
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 paket rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
4 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan wangi.
- Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Gaul rata supaya tidak hangit. Kemudian, masukkan kerisik dan daun kari. Tumis sebentar dan masukkan lamb chop. Gaul rata hingga bersalut kesemuanya. Biarkan sebentar hingga keluar jus lamb chop tadi.
- Masukkan air dan renihkan. Setelah mendidih, masukkan santan dan renihkan lagi.
- Setelah lamb chop masak, masukkan garam dan air asam jawa. Renihkan sebentar dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment