Thursday, August 17, 2017

Lunch 1.8.2017

Assalammualaikum,

Baru ada masa nak update blog ni. Lately agak busy dengan office workloads dan En. K minor surgery.

Jom tengok resipi.



Ikan Tilapia Bakar Pedas

Bahan-bahan:

1 1/2 ekor ikan tilapia sederhana besar – dikelar
5 helai daun pandan – dicuci bersih
2 helai daun kunyit – dicuci bersih
1 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

5 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 inci kunyit – dipotong kecil
1 inci halia – dipotong kecil
1 senduk kecil cili kisar
1 inci lengkuas – dipotong kecil
2 batang serai – dipotong kecil
5 biji cili padi hijau – dipotong kecil
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Perap ikan dengan bahan kisar 1 – 2 jam.
  2. Toskan bahan perapan dan masukkan daun kunyit ke dalam bahagian perut ikan.
  3. Balut ikan dengan daun pandan kemas-kemas.
  4. Lumur dengan minyak. Panaskan non-stick pan dan susun ikan. Hidupkan api kecil.
  5. Balut ikan dengan aluminium foil. Lumurkan dengan baki perapan sekali-sekala dan bakar hingga masak.


Air Asam

Bahan-bahan:

3 sudu besar pes asam jawa Adabi
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil garam halus
1 inci belacan bakar – ditumbuk halus
Air masak secukupnya
1 biji bawang besar – dipotong dadu
5 biji cili padi hijau – dihiris
2 biji cili padi hijau – dihiris
5 biji tomato ceri – dibelah 2

Cara-cara:
  1. Bancuh pes asam jawa, gula perang, garam, belacan dan air masak pekat-pekat.
  2. Masukkan bahan-bahan lain. Sedia dihidangkan.


Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

3 ketul dada ayam – dipotong dadu
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng secukupnya
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 biji bawang Holland – dihiris kasar
7 batang kacang buncis – dipotong serong 4 cm
1/4 batang lobak merah – dihiris 1 cm
3 biji cili padi merah – dipotong 2
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit, MCR dan tepung beras. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan lobak merah dan goreng sebentar.
  4. Masukkan kacang buncis dan bawang Holland. Goreng hingga sedikit layu.
  5. Masukkan ayam goreng, cili padi dan garam. Gaul rata dan tutup api.

No comments: