Jom tengok resipi!
Ikan Siakap Goreng Sweet Sour
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap – dikelar
Sedikit tepung jagung dan garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji lobak merah – dipotong dadu
10 biji cili padi merah + hijau – dihiris kasar
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 inci halia – dihiris nipis dan dipotong mancis
5 biji tomato ceri - dibelah 2
1 senduk kecil cili kisar
1/2 botol sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Setitis minyak bijan
Air secukupnya
1 tangkai daun ketumbar – dibasuh bersih, asingkan akarnya, yang lain dicincang kasar
Garam dan MCR secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak agak banyak.
- Sementara itu, lumur ikan dengan tepung jagung dan garam rata-rata. Goreng di atas api sederhana hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di atas pinggan hidangan yang dihias dengan salad.
- Keluarkan minyak, tinggalkan 1 senduk kecil sahaja.
- Tumis bawang Holland, bawang putih, halia dan tomato hingga layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili Thai, sos ikan, minyak bijan, lobak merah dan akar ketumbar. Kacau rata dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dan lobak merah empuk.
- Masukkan garam dan MCR dan separuh ketumbar. Kacau rata dan tuangkan ke atas ikan.
- Tabur dengan baki daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment