Friday, August 18, 2017

Lunch 6.8.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.



Sup Brokoli dan Cendawan Enoki

Bahan-bahan:

1/4 pokok brokoli – dipotong florettes
1 peket cendawan enoki – dibuang bahagian akarnya
5 biji fishball
3 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air
Garam dan MCR secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  2. Masukkan fishball dan tumis sebentar.
  3. Masukkan air dan brokoli. Setelah mendidih, masukkan cendawan, garam dan MCR. Masak sebentar dan tutup api.

Ayam Masak Lemak Cili Padi Merah

Bahan-bahan:

8 ketul ayam
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1 keping asam keping
1/2 kotak santan KARA + 1/2 cawan air
Garam dan MCR secukup rasa
1/4 cawan air

Bahan-bahan dikisar halus:

10 biji cili padi merah
1 inci kunyit
1 biji bawang merah – dipotong
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Tuang bahan kisar dan 1/4 cawan air ke dalam periuk dan panaskan.
  2. Setelah berwap, masukkan ayam dan kacau rata hingga ayam kecut di atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan-bahan lain, kacau selalu perlahan-lahan hingga ayam betul-betul masak dan kuah sedikit pekat. Tutup api.

Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan:

10 ekor sotong + janggut – dibiarkan whole, dikelar tanpa putus
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kecil gula Melaka
1 senduk kecil minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

15 tangkai cili kering – dipotong dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
3 ulas bawang putih
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Perlahankan api dan tumis cili kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan sos tiram dan gula Melaka. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bawang besar dan tumis rata.
  4. Masukkan sotong dan kacau rata.
  5. Masukkan garam dan masak sebentar lagi. Jangan terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi liat.

No comments: