Tuesday, February 28, 2017

Teatime 26.2.2017

Chocolate Muffin

Dapat 15 biji

Based on: taste.com.au


Bahan-bahan:

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan gula kastor
3/4 cawan coklat cip putih
1/2 cawan minyak masak
2/3 cawan Cooking Cream EMBORG
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur – dibasuh

Cara-cara:


  1. Panaskan oven 180°C. Sediakan tray dan paper cup secukupnya.
  2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian, masukkan coklat cip dan gaul rata.
  3. Buat lubang di bahagian tengah dan ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul dengan whisk minyak, krim, esen vanila dan telur. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas tepung tadi di bahagian yang dilubangkan. Kacau menggunaka senduk kayu, jangan terlebih kacau, hingga rata sahaja.
  5. Gunakan ice cream scoop untuk masukkan ke dalam paper cup.
  6. Bakar selama 25 – 30 minit api atas bawah hingga masak.
  7. Sejukkan sebelum dihidangkan.


Lunch 26.2.2017


Rendang Pedas Ayam Kampung



Bahan-bahan:

25 ketul ayam kampung
1/2 kotak santan KARA
1 helai daun kunyit – dimayang halus
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
5 biji bawang merah – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
Air secukupnya
Garam dan MAGGI Cukup Rasa secukup rasa
Gula perang secukup rasa
1 senduk kecil minyak masak

Bahan-bahan dikisar:

2 batang serai – dipotong kecil
5 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
20 tangkai cili kering – dipotong, direbus dan dibuang biji
4 inci lengkuas – dipotong kecil
3 inci halia – dipotong kecil
2 inci kunyit hidup – dipotong kecil

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih, masukkan gula perang dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan perlahankan api. Renihkan supaya ayam kecut. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain kecuali daun kunyit dan renihkan sambil kacau sekali sekala hingga ayam betul-betul empuk dan kuah semakin pekat.
  3. Akhir sekali, taburkan daun kunyit, kacau rata dan tutup api.

Friday, February 24, 2017

Dinner 23.2.2017

Hari ni apply cuti, ada hal yang perlu diselesaikan. Balik ke rumah pukul 3 ptg. Pukul 6 En K pegi ambil kiddos dari taska dan sekolah, so aku pun start prepare masak dinner. Menu hari ni, Gulai Lemak Cili Padi Ayam Kampung, Sambal Terung dan Ikan Masin Goreng.




Gulai Lemak Cili Padi Ayam Kampung

Bahan-bahan:

12 ketul ayam kampung – dibersihkan dan ditoskan airnya
1 biji kentang – dipotong 6
1 helai daun kunyit – diracik
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
1/2 kotak santan KARA
1 batang serai – diketuk
Garam dan MAGGI Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:

20 biji cili padi
2 biji cili merah
1 ketul kunyit
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air

Cara-cara:


  1. Masukkan serai, ayam, 1/4 cawan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Panaskan api perlahan dan masak ayam hingga kecut (keluar airnya) sambil dikacau sekali sekala.
  2. Tambah air lagi (lebih kurang 1/2 cawan), kentang dan asam keping. Masak hingga mendidih, tutup periuk supaya kentang empuk.
  3. Setelah mendidih, masukkan santan, garam, perasa, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau selalu, jangan biarkan meruap supaya santan tidak pecah. Didihkan. Rasa, jika ok boleh tutup api.


Sambal Terung

Bahan-bahan:

1 biji terung panjang – dihiris bulat dan direndam sebentar di dalam air berisi sedikit cuka, kemudian bilas bersih dan toskan airnya
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/4 cawan ikan bilis yang dikopek – dibasuh dan ditoskan
Sedikit minyak untuk menumis
Maggi Cukup Rasa dan garam secukup rasa
2 sudu besar cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili kering rebus)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang Holland hingga layu di dalam baki minyak tadi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan terung dan sedikit air. Kacau dan tutup supaya terung lembut.
  5. Kacau lagi, tambah perasa dan garam. Jika masih belum empuk, boleh masukkan sedikit air lagi. Sesuaikan rasa. Taburkan ikan bilis. Apabila sudah empuk, tutup api.

Tuesday, February 21, 2017

Breakfast 18.2.2017

Hari Jumaat, En K beli pisang emas. Dia kalau beli pisang tu, faham-faham la nak suruh buat cekodok pisang ler tu. Kalau aku buat kek pisang ke, pengat pisang ke, sat gi dia bising la. Nak cekodok pisang jugak.

Cucur ikan bilis pulak sebab aku yang nak, dah lama tak makan.


Cucur/Cekodok Pisang

Bahan-bahan:

8 biji pisang emas – dikupas dan dilecek halus
5 sudu besar gula (atau lebih)
Secubit garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Tepung gandum yang diayak (agak-agak)
Air (adak-agak)

Cara-cara:


  1. Satukan kesemua bahan dan bancuh supaya tidak terlalu pekat atau cair. Agak-agak boleh dijemput tu kira ok la tu. Perap seketika, dalam 10 minit pun boleh.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam dengan api besar. Dah panas, kecilkan api.
  3. Jemput-jemput adunan dengan menggunakan jari dan masukkan ke dalam minyak panas. Tunggu sebentar setiap satu biji untuk elakkan melekat sesama sendiri.
  4. Buat dalam 10 biji sekali goreng, ikut besar kuali. Goreng hingga garing di sekelilingnya. Angkat dan toskan minyak. Ulang sehingga habis.












Cucur Ikan Bilis

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum – diayak
Segenggam ikan bilis – dibasuh dan ditumbuk sedikit
1 biji cili merah – dicincang
1 biji bawang besar/Holland – dipotong dadu
1/2 ikat kucai – dipotong 4 cm
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar Maggi Cukup Rasa/Atau garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Sementara itu, bancuk kesemua bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Agak-agak boleh jemput dengan jari.
  2. Jemput-jemputkan ke dalam minyak (dalam 10 biji sekali goreng) dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Buat sehingga habis dan hidangkan dengan sos cili.






Breakfast 19.2.2017

Hari Sabtu tu buka Channel 111 HyppTV, ada program Selera Bajet Pulau Pinang. Diorang pegi Belimbing Kafe, ada jual roti jala/kirai besar kuali roti canai tu dengan kari ayam/daging. Perggh...nampak sedap je roti jala tu, dah lama tak makan dan tak rajin nak buat. So, malam tu berkobar-kobar nak buat, since En K pun ada beli ayam kampung. Plus, kereta pun tengah repair, problem clutch plate ke apa ntah, so mmg kitorang patah kaki nak keluar. Dah 2 kali hujung minggu lepak rumah aje. Tapi ayam yang dah dikeluarkan dari fridge terpaksa masuk balik sebab petang tu En K call suruh siap-siap nak keluar. Kereta dah ok. So kita postponed la niat tu ke hari esok.

So pagi Ahad tu, defrost ayam dan siapkan bahan-bahannya. Rayyan boleh pulak minta nasi lemak which is not granted sebab dah plan nak buat roti jala kan. Mula-mula buat kari dulu then baru start buat bancuhan roti jala.


ROTI JALA DAN KARI AYAM KAMPUNG




Bahan-bahan kari ayam kampung:

Beberapa bahagian tulang ayam (leher, kaki, thigh – semuanya dipotong kecil)
1 biji kentang – dikupas dan dipotong kiub kecil
3 tangkai daun kari
1 peket kecil serbuk kari daging Baba's
1 sudu besar kerisik
Air secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
Sedikit halia – dihiris seperti mancis
1/4 kotak santan KARA
4 sudu besar minyak untuk menumis
1/4 sudu kecil pes asam jawa
Garam dan MAGGI Cukup Rasa secukupnya

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Sementara itu, bancuh serbuk kari, daun kari dan air hingga menjadi pes yang tidak terlalu cair. Ketepikan.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum dan masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis di atas api kecil hingga layu dan sedikit garing.
  3. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak (kacau selalu supaya tidak hangit). Masukkan kentang dan kacau sebentar.
  4. Kemudian, masukkan ayam dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan ayam kecut sambil kacau sekali sekala.
  5. Bila air ayam sudah keluar, masukkan 1/2 cawan air dan santan. Kacau rata dan biarkan mendidih sambil kacau sekali sekala. Tutup periuk supaya kentang empuk.
  6. Setelah mendidih, masukkan garam dan perasa. Akhir sekali, masukkan pes asam jawa dan sesuaikan rasa. Setelah mendidih dan kuah sedikit pekat, tutup api.


Roti Jala

Anggaran: 15 keping

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 – 1 1/2 sudu kecil garam (secukup rasa)
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan telur, susu segar, garam dan serbuk kunyit ke dalam blender. Blend hingga berbuih.
  2. Kemudian, masukkan tepung sedikit-sedikit dan blend. Ini adalah supaya tepung tidak melekat kalau letak banyak-banyak. Sebab pernah terjadi blender tersekat.
  3. Masukkan air, agak-agak dan tepung sehingga habis supaya adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Rasa garamnya, kalau tidak cukup tambah sedikit dan blend lagi hingga halus.
  4. Kemudian, tapis adunan ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Sediakan acuan roti jala. Panaskan non-stick pan dan spray dengan minyak (dalam botol), kalau tak ada guna butter pun boleh. Minyak pon boleh tapi make sure hanya sapu-sapu je bukan tuang. Sapu guna daun pandan yang disimpul atau kain kecil yang bersih.
  6. Pan dah panas, ambil satu cedok adunan dengan acuannya dan terus menjala di dalam pan. Teknik menjala ikut suka.
  7. Bila roti jala dan bertukar warna (make sure api kecil je), terus lipat di dalam pan dan letak di dalam pinggan hidangan. Buat hingga habis.

Tuesday, February 14, 2017

Lunch 11.2.2017

Sabtu lepas, kami tak ke mana-mana pun sebab clutch plate kereta rosak, so kereta masuk workshop. Nak beli barang dapur tak sempat lagi, so masak je la apa yang ada dalam fridge tu. Nasib baik ada balance dari sebelum cuti CNY so boleh la masak.

Google recipe jumpa la resepi Thai ikan steam limau cili padi. Macam best je kan. So kita kasi try la.


Filet Ikan Kukus dengan Limau, Cili Padi dan Bawang Putih
(Steamed Fish Fillets with Lime, Bird's Eye Chillies and Garlic)

Bahan-bahan:

2 keping filet ikan dory
1 sudu besar sos ikan Thai
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Gula secukup rasa
Sedikit daun ketumbar yang diracik

Bahan-bahan ditumbuk/kisar kasar:

7 biji cili padi
3 ulas bawang putih



Cara-cara:
  1. Sediakan periuk pengukus, panaskan air.
  2. Sediakan bekas tahan panas, susun filet ikan (jangan bertindih).
  3. Dalam bekas lain, satukan kesemua bahan kecuali ikan dan daun ketumbar. Kacau rata. Pastikan semua rasa seimbang.
  4. Tuangkan ke atas ikan dan kukus hingga masak (lebih kurang 10 minit).
  5. Angkat dan hidangkan. Taburkan daun ketumbar. Sedap dimakan panas-panas.

Sedap resepi ni, masam-masam pedas. Haqimie pun suka.





Daging Goreng Pedas dengan Brokoli

Bahan-bahan:

1/4 kg daging – dihiris nipis
1/4 pokok brokoli – dipotong kecil
1/2 biji cili merah - dihiris serong
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Minya untuk menggoreng
1 sudu besar sos tiram

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

5 biji cili padi
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul daging dengan serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa.
  2. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan 2 sudu minyak di dalam kuali yang sama dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan brokoli dan kacau rata. Kemudian, masukkan sos tiram. Kacau lagi dan setelah sayur agak lembut, masukkan daging, bawang Hollang dan cili merah. Kacau hingga bawang agak layu dan tutup api.






Breakfast 8.2.2017


Breakfast simple je pagi ni. Just goreng frozen fried chicken dan masak nasi goreng kampung guna perencah segera je.


Nasi Goreng Kampung Seri Aji

Bahan-bahan:

2 cawan nasi (semalaman)
Segenggam ikan bilis – dibasuh bersih
1 peket Perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 pokok daun bawang – dipotong 3 cm
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih hingga harum, kemudian masukkan nasi dan perencah nasi goreng. Kacau rata.
  3. Buat lubang di bahagian tengah dan masukkan telur. Biarkan seketika kemudian kacau bersama nasi hingga telur masak.
  4. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan ikan bilis goreng. Kacau rata dan tutup api.

Monday, February 13, 2017

Dinner 6.2.2017


Sebenarnya rasa malas nak masak, tapi time balik kerja, dalam kereta lagi Rayyan dah tanya, hari ni Mama masak kan? Nak yang semalam tu. Semalamnya masak kuey teow goreng. Rayyan pulak sekarang ni susah betul nak makan, tapi bila dia dah mintak tu, nak tak nak masak la jugak. So singgah la kedai, beli kuey teow, nak yang halus tapi ada yang tebal je. Kucai takde, fishball takde. So apa yang ada je la.

Tapi Qayyum pulak pencinta nasi. So gorengkan ayam goreng kunyit dan panaskan tomyam campur yang balance dinner semalam (diorang makan kuey teow goreng, aku makan kuey teow tom yam).



Kuey Teow Goreng

Bahan-bahan:

1 bungkus kuey teow (aku suka yang halus, Cap Kunci plastik merah) –dibilas dengan air
1 ikat kucai – dipotong 4 inci panjang
Segenggam tauge – jika suka
1 peket fish ball - dibelah 2
1 ketul isi ayam – dipotong kecil-kecil
1 biji telur
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris
5 biji tomato ceri – dibelah 2
1 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap lemak manis Jalen + Kicap Tamin secukup rasa dan warna
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Sedikit minyak untuk menumis (jangan banyak sangat, sebab kuey teow dah berminyak)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum. Kemudian, tumis bawang besar hingga layu. Kemudian, tumis pula tomato hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Tumis sebentar. Masukkan fishball dan ayam, tumis lagi hingga masak.
  3. Masukkan kicap. Gaul rata, terus masukkan kuey teow, kucai dan tauge. Kacau rata hingga bersalut semuanya.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah, masukkan telur. Biarkan mengeras sedikit barulah kacau bersama kuey teow. Jangan kacau selalu nanti telur terlalu hancur tak sedap. Dah mesra, boleh tutup api.


Tom Yam Campur

Resepi ni aku google dapat dari seorang Thai. Tapi tak ingat pulak nak copy link dia. Generally tak pakai tom yam paste, just pakai Thai Chilli Paste sahaja.

Demam Koh Lanta tak habis lagi.


Bahan-bahan:
10 ekor udang – tinggalkan kulit bahagian ekor sahaja, yang lain direbus untuk stok
2 ekor sotong – dipotong ikut suka
Sedikit isi ayam + tulang – asingkan, tulang direbus dengan kulit udang
5 hirisan kasar lengkuas
2 batang serai – diketuk dan dipotong serong lebar-lebar
10 biji cili padi – dibelah 2 tak putus
3 biji limau nipis – ambil jusnya
3 tangkai daun limau purut
3 sudu besar Thai Chilli Paste
5 sudu besar susu cair
2 sudu besar sos ikan (nam pla)
Garam jika perlu
Air secukupnya
1/2 peket cendawan tiram – dibersihkan dan disiat-siat
10 biji tomato ceri – dibelah 2
5 tangkai daun ketumbar – diracik kasar

Cara-cara:

  1. Rebus kulit udang dan tulang ayam hingga mendidih, kemudian keluarkan kulit udang dan tulang ayam.
  2. Masukkan lengkuas, serai dan daun limau purut dan didihkan sekali lagi hingga keluar bau.
  3. Masukkan tomato ceri, sos ikan, susu cair dan Thai Chilli Paste dan didihkan lagi.
  4. Masukkan ayam dan cendawan, rebus 2 minit, kemudian masukkan sotong dan udang. Rebus lagi 1 – 2 minit sahaja. Jangan terlalu lama nanti sotong akan menjadi liat dan udang keras. Kacau ala kadar dan tutup api.
  5. Masukkan jus limau dan kacau (tanpa api). Rasa cukup masin atau tak. Kalau belum, tambah sedikit garam dan teruskan kacau.
  6. Senduk ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar.


Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan isi ayam + tulang
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
5 urat kacang panjang – dipotong 4 cm
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit Maggi Cukup Rasa
1 biji cili merah – dihiris kasar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng hingga garing dan angkat. Toskan minyak dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 3 sudu besar sahaja. Tumis bawang putih sebentar kemudian tumis pula bawang Holland hingga agak layu. Masukkan kacang panjang dan masak sebentar hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram dan perasa. Kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan cili merah. Kacau rata dan tutup api.

Thursday, February 9, 2017

Guide for Road Trip to Koh Lanta, Krabi Day 4 (Hatyai)

Hari Keempat 3 Februari 2017 (Jumaat)

Hotel tak sediakan breakfast. Kami just bancuh coffee dan green tea. Anak-anak makan maggi cup untuk lapik perut. Lepak-lepak dan lepas mandi, dalam pukul 11.30 a.m. waktu Thai, kami pun checkout. Tapi pergi lunch dulu di Salma Restaurant. Jalan kaki je.

Order:
1 nasi paprik daging
1 set nasi dengan green curry chicken
1 set nasi lemak ayam
1 set nasi (tak ingat pulak)

Total pun tak ingat dah last day gitu.

Lepas makan, pegi jalan market, takde benda menarik nak beli. Then terus shoot ke Central Festival Mall. Round sana sini, then singgah food court di LG sebab nak tapau kerabu megi yang awesome tu dan juga nasi goreng awesome. Food court di LG ni mostly HALAL. Ramai orang Malaysia menjamu selera jugak.

Settle, En K nak pergi semula ke uptown, nak cari lagi baju rock untuk anak bujang. Tapi belum buka lagi, so kami round mall lain pulak. Dalam pukul 6 p.m. camtu pegi balik ke uptown dan dapat la beli t-shirt. Terus bergerak pulang ke tanah air, first time keluar Thailand waktu malam. Sekarang Immigration Thailand dah baru, tak perlu turun dan beratur (boleh juga kalau nak). Terus beratur kereta je. Tapi time tu banyak giler kenderaan, so memang agak lama jugak la turn. Dah sampai kat kaunter, still semua penumpang kena turun. Time ni serahkan passport, passenger's list form (balik) untuk cop. Still kena selitkan RM1 dalam setiap passport (info ni aku dapat bila blogwalking masa first time nak masuk Thailand bawa kereta). Dah settle, aku sebagai pemilik kereta, kena ke kaunter Custom untuk serahkan semula form declare kenderaan tu. Ini part PENTING ya, kalau form ni hilang, kenderaan tu akan diblacklist dari memasuki Thailand untuk tempoh tertentu. Kat sini, selepas serahkan form, kita dikehendaki isi log book tulis nombor kenderaan dan sign. Settle boleh la pulang ke Malaysia.

Waktu Malaysia time ni dah 8.30 p.m. Aku suggest kat Mr K cari budget hotel la sbb nak drive balik Taiping pon macam dah penat. So, search Agoda.com, jumpa satu bilik suite dengan harga RM90+, ada 1 katil king dan 1 super single kat Leverage Business Hotel, Alor Setar. Ok la tu, ngam la untuk kami berlima nak tidur. Sebelum tu, pegi tapau McD untuk dinner. Dinner dalam bilik hotel je.

Dengan itu tamat la percutian kali ni.

Wednesday, February 8, 2017

Guide for Road Trip to Koh Lanta, Krabi Day 3

Day 3 ~ 2 February 2017 (Thursday)

Pagi-pagi lagi Qimie dan Qayyum minta izin nak lepak tepi pantai. Aku, En K dan Rayyan pegi breakfast kat Yawee. Tgk set breakfast boring... typical American breakfast so ktrg order

1 x nasi goreng seafood
1 x nasi goreng daging 1
1 x teh panas (comes with a small teapot of plain tea)
1 x oreo milkshake
1 x nescafe suam.
Pastu tapau nasi goreng seafood 2.

Total tak ingat tapi lebih kurang THB500.

Balik semula ke chalet, kemas2 dlm pkl 11.30 a.m. Thai kami check out. So berakhirlah holiday di Koh Lanta. Sebelum tu sempat singgah beli harem pants 4 pcs. Harga dia THB150 = RM18.75 tapi dpt kurang THB140 = RM17.50 sehelai.

Kami straight ke jeti dan naik feri. Dah sampai ke jeti seberang, teruskan perjalanan dan singgah di Robinson Trang. En K sempat la beli die-cast model cars utk tmbh collection. Sempat beli air kelapa 1 biji THB25 = RM3.13. Then we all teruskan journey ke Hat Yai. Mmg berbeza betul traffic Koh Lanta sgt tenang. Masuk je Patthalung lagi2 nk dekat Hatyai seriously jammed dan byk sgt kenderaan. Sebelah menyebelah dgn geng piggy pon ada. Gemuk2 belaka.

Dah sampai Hatyai dlm pkl 6 p.m. kami terus ke Diana Shopping Complex jalan2 cari apa yg berkenan. End up x beli apa pun. Then ada la singgah area market tapi tapi mostly dah nk tutup. Tapi area Lee Garden dan start sesak dgn peniaga makanan gerai. Kami pon check in hotel di Diamond Plaza. Ini first time booked hotel ni. Sebelum ni Asian Hotel. Kali ni dpt interconnecting rooms. Overall hotel ni dh lama but still ok. Harga RM280/2 rooms/night, booked di Agoda.com. Masa parking tadi penuh kereta org Malaysia je.

Lepas maghrib, jln di area Lee Garden dan Centara. Sementara aku, Qimie dan Rayyan tapau kerabu megi seafood dan pulut ayam, En K dan Qayyum masuk Centara. Sempat juga menyembang dgn sorang uncle Chinese Malaysia.

1 x pulut ayam = THB50 = RM6.25
1 x kerabu megi seafood = THB60 = RM7.50
1 x kelapa muda (kat sini mahal) = THB40 = RM5

Then kami gerak ke Salma Restaurant, tpt kegemaran En K. Penuh dgn org kita, kami terpaksa la duduk luar. Kat sini staff dia boleh cakap Melayu.

Kami order
1 x tom yum merah campur
2 x steamed white rice
1 x nasi goreng seafood
1 x nasi goreng paprik daging
1 x iced milk tea
1 x limau ais
1 x teh o ais.

Total: THB480 = RM60

Kenyang giler. Pulut ayam sambung mkn kat hotel. Lepas mkn round night market area Diana. Mcm uptown kita dan harga boleh tahan murah. En K beli t-shirt rock untuk Qimie THB170 = RM21.25 utk 2 helai. Kualiti kain mmg ok. Aku pulak beli seluar THB280 = RM35 tapi mintak kurang dpt THB260 = RM32.50. Kiddos nk RayBan tipu dpt la THB99 = RM12.38 satu. Qimie dpt pulak sneakers ala2 converse THB199 = RM24.88 je. Sampai hotel dah pkl 11.30 a.m. mandi2 sbb berpeluh panas tadi pastu sambung mkn pulut ayam. Baru la tido. Aircond dia sejuk giler even dah paling low dan fan 2.

Guide for Road trip to Koh Lanta, Krabi Day 2

Hari Kedua ~ 1 Februari 2017 (Rabu)

Dalam pukul 10.30 a.m. waktu Thailand (waktu Malaysia 11.30 a.m.), kami pun checkout. Dan terus pergi ke next place to stay. Tak jauh sangat dari Lanta Residence Boutique. Nama tempat ni Rann Chalet. Ok salah pilihan nampak gayanya. Sesiapa yang datang Koh Lanta, aku tak recommend resort ni. Pada aku sefamili, agak tak selesa la. Satu sebab mmg dia betul2 chalet buluh (nasib baik en-suite bathroom) aku dah cuak dah kena kongsi bathroom ke apa ni? Apa pun bilik too small, dah tentu banyak nyamuk even though dia provide kelambu, ada kipas je, katil mmg keras, boleh rasa spring. Toilet amenities tak disediakan, untuk room Haqimie dan Qayyum kelambu berlubang. Sabun ada tapi used one. Untuk harga RM280/2 rooms/night, to me is quite overpriced. Sila la pilih hotel sebaiknya dan plan awal. Plan last minit camni la kekdahnya. Nasib baik aku memang jenis bawak amenities sendiri ke mana saja so bab tu takde masalah.

Kelebihannya pulak mmg terletak betul2 tepi pantai so kiddos mmg suka sgt la dpt main pasir. Kat sini sewa skuter mahal pulak. THB350. So En K pegi round cari tpt yg murah. Dia jumpa Honda PCX dengan sewa THB350. Sebenarnya THB450, dah nego2 dpt la kurang. Sewa utk 24 hours. Dah settle kami pergi semula ke gerai makan semlm.

Order
1 x tom yum seafood
1 x beef green curry
2 x seafood fried rice
3 x steamed white rice
1 x iced milk tea
1 x lime juice
1 x nescafe suam

Total THB530 = RM66.25

Settle mkn, kiddos main pasir. En K round pantai, aku pulak buat foot massage berdekatan pantai, perghh angin dah la best naik sleepy aku. Dah la urut style baring. Kalau kat Hatyai style duduk. Harga THB300 = RM37.50 untuk 1 jam, tapi rasanya dia urut 1 jam lebih sikit.

Then aku balik chalet layan k-drama Scarlet Heart: Ryeo (ya dah lama, tapi aku baru nak layan). Yang lain-lain meronda sekitar pantai. Lepas tu En K bawa aku pulak round. Sempat la tapau pancake dan padthai untuk mkn di chalet dgn kiddos. Oh ya cuaca sepjg hari tu mmg windy dan x panas.

Dah ptg kiddos main pasir lagi. Aku pon join tgk sunset sekejap. Lepas maghrib, pegi dinner tpt baru pulak. Nama restoran Yawee Restaurant. Harga murah sikit dari kedai buluh. Mat saleh pon ramai dinner kat sini.

Kami order
1 x tom yum seafood
1 x beef green curry
1 x lemon chicken
1 x seafood fried rice
2 x steamed white rice
1 x iced milk tea 2
1 x limau ais
1x nescafe suam
1 x teh o ais

Total dlm THB500. Tapi in terms of sedap, sedap lagi kedai buluh.

Settle makan, aku balik chalet dan lepak sambung k-drama. Yg lain2 pegi shopping di night market. Chalet ni mlm2 happening sebab dia turned to night bar by the sea. Tapi kedudukan chalet aku ke tengah sikit so dgr sayup2 je. Yg x bestnya mmg boleh dgr butir suara neighbours di samping bunyi aktiviti couple mat saleh. Faham2 je la.

En K mmg komplen habis pasal chalet ni sbb mmg x selesa. Huhu.

Tuesday, February 7, 2017

Guide for Road Trip to Koh Lanta, Krabi Day 1

Hari Pertama ~ 31 Januari 2017 (Selasa)

Ini plan memula jadi pastu tak jadi pastu jadi balik. Ini juga merupakan trip ke Thailand buat kali ke-6 secara road trip.

Mula-mula, ajak MIL dan SIL ikut sekali. Selama ni kami ni pergi satu family je. MIL ok tapi bila dapat tahu trip ni dari Selasa sampai Jumaat (kitorang kan cuti CNY seminggu), so MIL cancel sebab dia ada kerja di kantin sekolah (dia tukang masak di kantin sekolah). Sekolah kat Taiping tu start buka hari Rabu. SIL pulak baru tukar kerja baru, so tak dapat la nak apply cuti. So, back to our family je la yang pergi.

Sebelum ni kami dah pernah ke Phuket, Krabi dan Hatyai secara road trip. Ini kali pertama ke Koh Lanta.

Ok, memula benda yang kena disediakan kalau nak ke Thailand secara road trip ialah geran kereta. Dapatkan salinan geran kereta dari bank yang berkenaan. Then, jangan lupa passport. Dan jangan lupa tukar duit kepada THB (Baht). En K tukar duit di tempat fav dia di LG Mid Valley, sebelah San Francisco Coffee sebelah eskalator.

Current exchange: THB10 = RM1.25.

Kos keseluruhan untuk 2 dewasa, 1 remaja, 2 kanak-kanak ± THB 13000 = RM1625 termasuk minyak, hotel (kami booked 2 rooms/day), makan minum, shopping. Percutian selama 3 hari 2 malam di Koh Lanta, 2 hari 1 malam di Hatyai.

Kami bertolak dari rumah MIL di Taiping pukul 1.30 a.m. Sebab budget nak sampai ke Bukit Kayu Hitam dalam pukul 6 a.m. Nak masuk border awal so save time untuk journey yang panjang. Selalunya kalau nak road trip aku dah sediakan print out google map untuk destinasi yang dituju tapi memandangkan ini macam last minute trip so takde la mapnya. Even booking hotel pon hari Isnin padahal malam tu dah nak bertolak. So pilih hotel mana yang nampak ok je la. As for the map, bergantung pada Google Map, dan ktrg tak beli pon Sim Card dia. En K kata tak perlu, dia boleh baca map.

So perjalanan ke Changlun delayed sikit sebab En K berhenti di petrol station untuk tidur sekejap. Sampai di Changlun dalam pukul 5 a.m. terus singgah di Siam City Insurance (first time buat kat sini).  Nilai insurance berbeza untuk MPV dan normal car. MPV kena RM25 (untuk 9 hari). Untuk normal car kalau tak silap RM16 (9 hari). Pastu sekarang dah ada form Passenger's List pulak. RM5 pergi, RM5 balik. Form ini bertujuan kalau ada roadblock, just tunjukkan pada polis Thailand. Jika tak ada form ini, boleh dikenakan denda RM5000, kata uncle insurance tu la. So far, mmg ada 4 roadblock sepanjang kat sana, tapi cuma 1 je yang tengok form ni. Yang lain, dia let go je. So total cost RM45 termasuk 5 keping white card (RM2 each). Staff kat situ terus isikan untuk kita.

Calculation:
White card Thailand (RM2 x 5) = RM10
Passenger's List Form (Return) (RM5 x 2) = RM10
Insurance MPV = RM25
Total = RM45

Ok dah settle, kami pun bergerak menuju ke Bukit Kayu Hitam (BKH). Terus je beratur kereta di laluan imigresen. Pukul 6.00 a.m. imigresen buka dan pass aje passport semua penumpang untuk discan. Dah settle kat bahagian imigresen Malaysia, keluar ke arah border, kena melepasi askar Malaysia dulu barulah parking kereta di imigresen Thailand. Kat sini, semua penumpang diwajibkan turun dan beratur untuk cop passport dan serahkan Passenger's List. Pegawai tu akan cop dan serahkan satu pada kita (yang balik punya). Jangan lupa selitkan RM1 dalam setiap passport ya. Tak pasti untuk apa, dalam aku blogwalking semua suggest buat macam tu.

Geran kereta atas nama aku, so lepas cop passport aku pergi pulak beratur di Custom counter untuk declare kenderaan yang dibawa masuk. Serahkan geran, insurans dan passport pemilik kereta, dia akan keluarkan satu form untuk sign. Dah sign, kena serahkan pulak kat kaunter satu lagi beserta passport untuk dia cop form tu. Form tu dia bagi kita. Ini penting, JANGAN hilangkan form ini sebab ia akan diserahkan semula kepada Custom sebelum kita keluar dari Thailand. Kalau hilang, kereta akan diblacklist dari memasuki Thailand untuk tempoh tertentu.

Ok dah settle. Jom la teruskan perjalanan ke Koh Lanta. Sepanjang perjalanan smooth aje. Kereta tak banyak langsung. Kitorang tak breakfast pon sebab En K ni ada problem sikit makan unfamiliar stall food. Dia nak makan dalam kedai yang diyakini sahaja. So untuk itu, memang aku dah prepare snacks untuk sepanjang perjalanan. Ada Mamee, Honey Gold Cornflakes, asam untuk tahan mengantuk, Red Bull, dan macam-macam lagi la. Kami ikut route Patthalung – Trang – Koh Lanta. So sepanjang perjalanan berpandukan signboard/Google Map Patthalung sampai la nampak Trang dan seterusnya ke feri Koh Lanta. Dah jumpa Koh Lanta Pier tu dah betul la tu.

Memula nak singgah Robinson di Trang, tapi sampai awal sangat. Pukul 9.00 a.m. (waktu Malaysia 10.00 a.m.). Robinson buka 9.30 a.m. So tak jadi kita teruskan je la perjalanan. Sampai di area jeti Koh Lanta Pier, kami terus je bergerak ke Ferry Ticket Box, tempat beli tiket feri. Fare yang dikenakan THB120 = RM15.

Staff kat situ akan bagi guide untuk parking kereta. Enjin tak perlu dimatikan pon, tak macam di feri Penang. Terpulang nak duduk dalam kereta atau pun keluar jalan-jalan atas feri. Perjalanan tak lama pun, dalam 15 minit dah sampai ke jeti. Mula-mula ingatkan kena naik feri sekali lagi, rupa-rupanya dah ada jambatan dah. So maknanya sekali je la naik feri. Kalau tak silap, Koh Lanta ni terbahagi kepada 4 pantai. Kitorang pilih pantai yang pertama sebab nak dekat dengan jeti. Maybe next time boleh pilih pantai yang lain pulak. Pantai kitorang namanya Klong Dao Beach, berdekatan jeti. Seterusnya pergi cari hotel yang kami dah booking. Memandangkan Januari – April adalah high season, maka pilihan hotel agak terhad especially untuk kami yang last minute plan ni. Mostly dalam Agoda tu akan state last 2 rooms, last 1 room gitu.

Untuk hari pertama ni, kami booked Lanta Residence Boutique. Kami booking 2 bilik, Superior Double dengan harga RM300/2 rooms + tax. Kami minta inter-connecting atau side by side room, tapi dia kata since that was the last two rooms, so dia bagi 1 kat tingkat 2, lagi satu kat tingkat 3. Dan satu bilik dia upgrade ke triple room sebab dah takde bilik. Okay la tu. Untuk Qimie dan Qayyum, kami bagi bilik double (1 king bed) kat tingkat 2. Untuk aku, En K dan Rayyan yang memang tak nak tido dengan abang2 dia, kami ambil triple room (1 king + 1 super single bed). Bilik mmg spacious sangat, bersih dan ada balkoni. Swimming pool disediakan di roof top. Hotel ni dipenuhi foreigners so pemandangan two-piece adalah biasa. Anyway, ada signboard yang warning of naked sunbathing/swimming. Kedudukan hotel ni walaupun bukan depan pantai, tapi boleh la jalan kaki ke pantai. Dia dekat dengan night market, Lanta Mart, convenience stores, massage parlour, semuanya boleh jalan kaki je. Nak sewa skuter pon boleh, kat hotel ni THB200 sahaja = RM25 untuk 24 hours.

Dapat check in awal, aku temankan anak-anak mandi swimming pool dalam 45 minit camtu la. Tapi seriously aku mengantuk kot, walaupun tak drive tapi temankan driver kan. Driver dah lama hanyut.
Then masuk room masing-masing, makan maggi (mmg dah beli dari Taiping lagi) dan tido. Lepas maghrib, kami pergi cari kedai makan halal. Drive sampai ke hujung sikit, terjumpa kawasan gerai macam stail buluh2 dengan banner Halal besar. Duduk dan order (in English sebab diorang tak faham BM).

1 x Tom Yum Seafood
1 x masakan ikan (tapi dapat udang) - macam kengsom, asam rebus Thai (pedas gile tapi sedap),
1 x green curry chicken
4 x steamed white rice
1 x seafood fried rice
1 x mango juice
2 x iced milk tea
1 x iced tea

Semua sedap dan pedas. Total makan dalam ±THB730 = RM91.25, pergh boleh tahan mahal tapi nasib baik sedap. Haqimie dan Qayyum siap tambah nasi pulak.

Lepas dinner, pergi night market pulak, dekat je dari hotel dalam 10 minit jalan kaki. Rayyan nampak je pancake terus nak. Memang pergi Thailand ni kalau tak pekena pancake nutella tak sah. Kat sini harga dia THB30 = RM3.75. Make sure cari yang bertanda HALAL atau BULAN BINTANG, preferably yang bertudung. Walaupun mostly Muslim, tapi kadang-kadang kat pasar malam diorang ni boleh je diorang jual bersebelahan dengan non-halal ye, harap maklum. So pandai-pandai la pilih. This applies to Krabi, Phuket and Hatyai also. Tempat lain belum try lagi.

Malam tu ada karnival kot, ada stage, ada tarian, nyanyi semua la. Pastu macam ada funfair. Meriah. Kitorang pun keluar masuk Lanta Mart la, 7-eleven memang merata-rata, sebab nak cari minuman fav aku kalau kat Thailand ni, ARABUS Caramel Macchiato atau Latte, serious rasa macam Starbucks huhu... THB29 = ±RM3.60. Siap buat stock okey. Area sini Tesco Lotus pon ada. We all juga beli air mineral kot-kot la rasa nak buat coffee ke time rehat-rehat kat hotel kan. Air mineral dalam hotel ada disediakan tapi mana la cukup kan.

Pancake beli lagi untuk kali kedua. Kali ni tambah dengan banana pancake dan banana and egg pancake. Lepas tu anak-anak nak merasa naik tuk tuk, so naik la dengan kadar THB50 = RM6.25 pada hal kalau jalan kaki dari night market ke hotel dalam 10 minit je kot.

Pastu En K ajak keluar semula konon nak pergi urut kaki, malangnya kat Koh Lanta ni massage tutup awal pulak. Last sekali pergi balik ke night market, beli barang sikit-sikit tapi bukan makanan.

Balik hotel, tidur.