Thursday, October 20, 2016

Lunch 10.10.16


Ikan Kerisi Sambal Taucu

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi – dikelar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

1 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 hirisan nipis halia – dihiris halus
1/2 bungkus taucu
1 biji cili merah – dibelah tak putus
5 biji cili padi – dibelah tak putus
Sedikit kicap manis
Hirisan bulat bawang besar

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
  3. Kemudian, masukkan taucu, kicap manis, hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan juga sedikit air. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
  4. Tuangkan ke atas ikan.

Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan:

10 ekor sotong kecil – dibersihkan
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong dan direbus
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah



Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis seketika. Kemudian, masukkan sotong dan bawang besar.
  3. Kacau rata, masukkan garam. Setelah mendidih, tutup api.


Bayam Masak Air

Bahan-bahan:

1/2 ikat bayam hijau – disiang
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Segenggam ikan bilis – dibersihkan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Garam jika perlu
1 biji cili merah – dihiris
Air secukupnya

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan beberapa minit hingga sayur masak. Tutup api.


No comments: