Wednesday, October 26, 2016

Breakfast 26.10.16


Nasi Lemak

Bahan-bahan untuk nasi:

3 cawan beras + 2 cawan beras basmathi – dibasuh bersih
5 cawan air
3 inci halia – dikupas dan diketuk
3 biji bawang merah – dihiris
3 helai daun pandan – disimpul
1 sudu kecil halba
1 batang kulit kayu manis
1/2 kotak santan KARA
Garam secukup rasa

Cara-cara:


  1. Satukan kesemua bahan dan masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
  2. Setelah masak, gemburkan dan biarkan bertutup selama 5 – 10 minit sebelum dihidangkan.
  3. Hidangkan bersama telur rebus, hirisan timun dan sambal tumis ikan bilis.



Bahan-bahan untuk sambal tumis:

1 cawan ikan bilis yang sudah dikopek – dibasuh bersih dan ditoskan
2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 keping asam keping
3 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air jika perlu

Bahan-bahan dikisar halus:

2 cawan cili kering yang dipotong kecil – direbus dan dibasuh bersih
3 biji bawang besar – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya


Cara-cara:


  1. Panaskan minyak (lebih kurang 1/2 cawan). Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama. Tumis bawang hiris hingga harum dan layu.
  3. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis hingga mendidih, masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
  4. Masukkan air jika perlu dan asam keping. Tumis lagi hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan bilis dan garam. Rasa, sekiranya cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Kacau hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.


No comments: