Tuesday, October 18, 2016


Asam Pedas Ikan Bawal Emas

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal emas – dipotong 3
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dibelah 2
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong kecil dan direbus
1 batang serai – dipotong
2 inci halia – dipotong
1 inci lengkuas – dipotong
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak (lebih kurang 1 senduk). Tumis halba hingga naik bau, kemudian masukkan serai dan bahan kisar, serbuk kunyit dan lada hitam. Tumis hingga pecah minyak, ketika ini sekiranya minyak terlalu banyak, boleh keluarkan.
  2. Masukkan air dan pes asam jawa. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut.
  3. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api.


Tumis Kacang Panjang dan Tauhu Telur

Bahan-bahan ditumbuk:

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi

Bahan-bahan:

10 urat kacang panjang – dipotong 5 cm
1 tiub tauhu telur – dihiris bulat
1/2 batang lobak merah – dihiris bulat
1/2 biji cili merah – dihiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng tauhu telur perlahan-lahan supaya tidak pecah hingga garing kedua-dua belahnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram dan perasa. Kacau rata, akhir sekali masukkan tauhu telur. Kacau perlahan dan tutup api.

No comments: