Wednesday, October 22, 2014

Dinner ~ 11.10,2014

Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
3 1/2 cawan beras - dibasuh bersih
1/2 kotak santan
2 helai daun pandan - disimpul
3 biji bawang merah - dihiris nipis
2 inci halia - diketuk
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Air hingga paras 4

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak, gemburkan nasi dan tutup selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Sampingan:
4 biji telur goreng mata kerbau
2 biji telur rebus


Sambal Tumis Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ikan bilis mata biru - dibasuh bersih dan ditoskan airnya
2 biji bawang besar - dihiris kasar
2 sudu besar sos tiram
1/4 keping gula Melaka
Garam secukup rasa
1/4 cawan air
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 senduk minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama. Tumis separuh bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih.
  3. Masukkan gula Melaka dan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air dan baki bawang besar. Masak hingga mendidih, masukkan garam dan masak sehingga kuah nampak sedikit pekat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata. Tutup api.



Kari Udang dan Kacang Buncis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana kecil - buang kepala dan ekor
10 batang kacang buncis - dipotong serong 4 cm panjang
1/2 peket serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari - ambil daunnya sahaja
1/2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil halba campur
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris nipis
1/4 kotak santan
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur hingga harum dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan kekuningan.
  2. Satukan serbuk kari ikan, serbuk paprika, daun kari dan air secukupnya untuk dijadikan pes.
  3. Masukkan ke dalam periuk dan tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan udang dan kacang buncis. Tumis sebentar dan masukkan air. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, kacau sebentar dan tutup api.

No comments: