Friday, October 3, 2014

Breakfast ~ Thursday 25.9.2014

Pulut Kuning Tanak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 peket beras pulut susu – dibasuh bersih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan – disimpulkan

Cara-cara:
  1. Rendam pulut, serbuk kunyit dan asam gelugur semalaman. Keesokannya, toskan airnya, bilas sekali dan buangkan asam gelugur. Toskan air sekali lagi.
  2. Masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan santan, garam, daun pandan dan air hingga menutupi paras beras pulut sahaja.
  3. Masak seperti biasa. Setelah masak, kaup balik dan tutup semula periuk. Biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Gulai Ayam Kampung ala Kelantan

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
2 biji kentang – dipotong 4
3/4 peket pati santan
1/4 cawan air
4 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
2 sudu besar serbuk paprika/cili
1/2 ketul gula nisan Terengganu/Melaka
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata, perlahankan api dan biarkan sehingga ayam agak kecut sedikit.
  3. Tuangkan santan dan air. Gaul rata dan setelah berwap masukkan rempah gulai, rempah masak, serbuk paprika dan gula nisan. Gaul sekali sekala hingga nampak mendidih.
  4. Masukkan garam dan masak sehingga kuah hampir pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments: