Friday, October 24, 2014

Breakfast ~ 22 Oct 2014

Nasi Lemak


Resepi di SINI.









Sandwich Telur Mayonis

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
2 biji telur - dicuci kulitnya
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 sudu kecil lada sulah/serbuk lada hitam
Roti putih secukupnya
Mentega untuk sapuan pada roti
Daun salad

Cara-cara:
  1. Masukkan telur, soda bikarbonat dan garam serta air yang mencukupi ke dalam periuk.
  2. Rebus selama 10 - 15 minit. Buang airnya dan rendamkan dengan air paip. Setelah sejuk, kupas telur.
  3. Hancurkan telur menggunakan garpu, masukkan mayonis dan lada sulah. Gaul rata.
  4. Sapukan mentega pada dua keping roti.
  5. Ambil 1 sudu besar telur dan sapukan rata-rata pada sekeping roti.
  6. Kemudian, letakkan salad dan lapikkan dengan sekeping roti lagi.
  7. Potong bahagian kerak roti dan potong dua lagi.
  8. Buat sehingga habis.

Dinner ~ 7.10.2014

Kari Ikan Sembilang Tanpa Santan

Resepi di SINI

Frozen roti canai + telur




Ikan Senangin Masak Sambal Serai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1 ekor ikan senangin – dikelar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
2 batang serai – diketuk
1 keping asam keping
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Sementara itu, lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan minyak dalam kuali lebih kurang 1 senduk. Tumis cili kisar, setelah mendidih, masukkan gula perang, sos tiram dan serai. Kacau sekali-sekala hingga terbit minyak.
  3. Masukkan asam keping dan garam. Sesuaikan rasa. Setelah nampak pekat, masukkan ikan goreng dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Lauk sampingan:
Ikan masin goreng
Telur mata kerbau


Stir-Fry Asparagus

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ikat asparagus – dipotong serong sepanjang 4 cm
1/4 biji lobak merah - dikupas dan dihiris jejari
1/4 biji lobak putih - dikupas dan dihiris jejari
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu besar sos tiram

Bahan-bahan ditumbuk:
Segenggam udang kering - direndam sebentar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan asparagus, lobak merah dan lobak putih. Kuatkan api dan goreng laju-laju (stir-fry) selama 3 minit.
  3. Masukkan sos tiram dan Maggi Cukup Rasa, gaul rata dan tutup api.


Thursday, October 23, 2014


Ikan Senangin Masak Cuka

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin sederhana - dipotong 4
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar cuka
3/4 cawan air
1 biji cili solok hijau - dipotong lebar
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu dan wangi.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih. Kemudian, masukkan cuka. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng dan cili solok. Setelah mendidih, masukkan garam, sesuaikan rasa. Setelah mendidih, tutup api.




Cendawan Goreng Tepung

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 peket cendawan tiram - dibasuh dan diperah airnya
2 biji telur
1/2 kotak tepung Kentucky PUAS
2 sudu besar tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, pukul telur.
  2. Carik-carikkan cendawan. Satukan tepung Kentucky dan tepung beras di dalam piring dan ratakan.
  3. Celupkan cendawan ke dalam telur kemudian golek-golekkan ke dalam tepung. Sederhanakan api dan goreng cendawan hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  4. Ulang sehingga habis.

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis mata biru yang sudah dikupas - dibasuh dan ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris kasar
2 papan petai - dikupas
1 1/2 sudu besar sos tiram
3/4 sudu besar gula perang
1/2 cawan minyak masak
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air (jika perlu)

Bahan-bahan dikisar halus:
2 cawan cili kering yang direbus - dibuang bijinya
2 biji bawang besar - dipotong
4 ulas bawang putih - dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar hingga mendidih.
  3. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan petai dan tumis lagi hingga lembut.
  5. Masukkan 1/4 cawan air, asam keping dan bawang besar yang dihiris. Tumis lagi hingga bawang nampak layu.
  6. Masukkan garam, kacau rata, sesuaikan rasa. Setelah ok, masukkan ikan bilis dan kacau rata sekejap terus tutup api.






Pucuk Labu Masak Lemak Putih

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk labu - disiang kecil-kecil, buang bahagian keras
1 biji cili merah - dihiris serong
2 biji bawang merah - dihiris nipis
Sedikit ikan bilis yang dikupas - dibasuh
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan di atas api kecil hingga berwap.
  2. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. Kacau beberapa minit lagi sehingga pucuk labu kelihatan layu sedikit. Tutup api.





Bubur Jagung

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 tongkol jagung manis - dibersihkan dan disagat isinya
1 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar sagu - dibasuh dan direndam hingga kembang
1 kotak santan
1 ketul besar gula Melaka - dipotong kecil
2 sudu besar gula putih
Secubit garam
1 cawan air

Cara-cara:
  1. Masukkan jagung dan air ke dalam periuk dan jerangkan. Masak selama 10 minit sehingga jagung lembut.
  2. Masukkan daun pandan, gula putih dan gula Melaka. Perlahankan api dan masak sambil dikacau sekali-sekala sehingga gula hancur.
  3. Masukkan santan, garam dan sagu. Kacau selalu sehingga sagu kelihatan jernih dan hampir mendidih dan tutup api.




Sotong Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
8 ekor sotong sederhana - dibuang kulit luar dan dipotong memanjang
3 ulas bawang putih - dicincang kasar
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
1/4 biji lobak merah - dikupas dan dipotong bulat
1 ruas pucuk lobak putih - dipotong 4 cm panjang
1/4 biji kubis bunga - dipotong kecil
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
Sedikit air
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan bawang besar.
  2. Setelah layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan sos lada hitam. Tumis beberapa minit, masukkan lobak merah dan tumis sebentar.
  4. Kemudian, masukkan kubis bunga dan pucuk lobak putih. Kacau rata dan masukkan Maggi Cukup Rasa, kacau sebentar.
  5. Masukkan sotong, kuatkan api sedikit dan masak cepat-cepat (stir-fry), agak-agak sotong sudah masak dan tutup api. Sotong tidak boleh dimasak lama supaya tidak liat.

Kari Ayam

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
10 ketul ayam
1 peket serbuk kari ayam Baba's
1 sudu besar paprika/serbuk cili
1 sudu besar kerisik
2 tangkai daun kari (daun sahaja)
1/2 kotak santan
3/4 cawan air
1 biji kentang - dikupas dan dipotong 6
2 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Sementara itu, satukan serbuk kari, paprika/serbuk cili, kerisik dan daun kari dengan air supaya menjadi pes.
  2. Setelah minyak panas, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi sehingga layu dan wangi.
  3. Masukkan pes kari, perlahankan api, tumis hingga terbit minyak. Kacau selalku supaya tidak hangit.
  4. Setelah nampak garing dan terbit minyak, masukkan ayam dan kentang. Kacau rata hingga bersalut kesemuanya dan masak beberapa minit supaya ayam kecut (keluar airnya).
  5. Setelah ayam kecut, masukkan air dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan merenih selama 10 - 15 minit, sambil dikacau sekali-sekala supaya kentang empuk.
  6. Kemudian, masukkan santan dan garam. Kacau rata, tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa, akhir sekali masukkan air asam jawa dan kacau beberapa minit dan tutup api.

Wednesday, October 22, 2014

Dinner ~ 1.10.2014

Kari Ikan Sembilang (Tanpa Santan)

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 ekor ikan sembilang - dipotong 4, kepala dibelah 2
1 peket Rempah Kari Kampung Langgar (beli di Kelantan)
1/2 peket Rempah Kari Ikan Babas
1 sudu besar serbuk paprika
2 tangkai daun kari - ambil daunnya sahaja
2 sudu kecil halba campur
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris halus
1/4 cawan air asam jawa pekat
1 cawan air
2 biji cili solok hijau - dibelah 2 tanpa putus
4 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, bancuh serbuk kari, serbuk paprika dan daun kari dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.
  2. Tumis halba campur sebentar, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga layu dan kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan pes kari dan tumis di atas api kecil selalu hingga terbit minyak. Jangan biarkan hangit, jika tidak kari akan menjadi pahit.
  4. Setelah terbit minyak, masukkan air, kacau dan masukkan ikan. Buka api sederhana, tutup periuk sambil dikacau perlahan sekali-sekala untuk mengelakkan isi ikan hancur.
  5. Setelah mendidih dan kelihatan pekat, masukkan air asam jawa, garam dan cili solok. Kacau hingga mendidih dan tutup api.


Ikan Bilis Goreng Berapi

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ikan bilis mata biru yang dikupas - dibasuh bersih dan ditoskan
2 keping lobak putih jeruk - direndam sebentar di dalam air panas, ditoskan
1 biji kentang - dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering:
1 biji bawang besar - dipotong kecil
5 ulas bawang putih - dipotong kecil
20 biji cili padi

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng kentang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Goreng pula lobak putih jeruk hingga kelihatan garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. Goreng pula ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  4. Tinggal dalam 2 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak dan masukkan Maggi Cukup Rasa. Tumis lagi hingga kelihatan garing.
  5. Perlahankan api, masukkan ikan bilis, kentang dan lobak putih jeruk. Gaul rata dan tutup api. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara.



Sambal Tumis Telur Rebus

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
4 biji telur - direbus dengan sedikit garam dan soda bikarbonat, sejukkan di dalam air biasa sebelum dikupas
1 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kisar yang sudah direbus dan dibuang bijinya
1 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak dan nampak garing.
  2. Masukkan air, asam gelugur dan garam, kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan telur yang dikupas dan kacau perlahan-lahan selama 3-4 minit dan tutup api.

Dinner ~ 2.10.2014

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng terendam

1/4 biji timun - dipotong kiub
1/4 biji lada benggala merah - dipotong kiub
1/4 biji nanas madu - dipotong kiub
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 batang serai - diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - diracik kasar

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata. Setelah minyak cukup panas, masukkan ikan perlahan-lahan dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Letakkan ke dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak. Tumis serai hingga wangi dan garing. Keluarkan serai.
  3. Tumis cili kisar hingga garing, masukkan sos tiram dan sos cili Thai. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air dan kacau hingga mendidih.
  5. Kemudian, masukkan timun, lada benggala, nanas, daun ketumbar (3/4 bahagian) dan garam. Kacau rata beberapa minit sehingga nampak pekat dan tutup api.
  6. Tuangkan ke atas ikan goreng dan taburkan dengan baki daun ketumbar.



Telur Dadar

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 biji telur - dipukul
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1/4 sudu kecil garam halus
4 sudu besar minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Satukan telur, bawang besar dan garam. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam minyak, api sederhana, goreng hingga keperangan di kedua-dua belah.
  4. Angkat dan toskan minyaknya. Tutup api.

Breakfast ~ 8.10.2014

Mi Goreng

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
1 peket mi kuning - dibilas dan ditoskan airnya
1 pokok sawi - diasing batang dan daun, dipotong 4 cm panjang
10 ekor udang sederhana - dibuang kepala dan ekor
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar air
5 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1/2 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, masukkan telur dan jadikan seperti telur hancur. Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan.
  2. Tinggalkan minyak dalam 3 sudu besar. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan batang sawi, tumis sebentar dan masukkan air. Kacau rata.
  4. Setelah nampak agak pekat, masukkan udang, gula perang dan Maggi Cukup Rasa, kacau sebentar dan masukkan mi dan daun sawi. Gaul rata selama 5 minit.
  5. Akhir sekali, masukkan telur hancur dan gaul rata. Tutup api.


Sambal Tumis Udang

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala
1 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
Sedikit air
4 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula perang dan sos tiram, tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan udang, kacau rata, masukkan air dan garam secukup rasa.
  4. Kacau rata hingga mendidih dan tutup api.

Lunch ~11.10.2014

Sotong Goreng Tepung

Sumber: Yong, my sis




Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana - dipotong bulat, janggut dibiarkan seketul-seketul
1 biji telur - dipukul (Yong guna putih telur sahaja)
1 sudu besar susu cair (MrsK tambah)
2 sudu besar tepung beras
6 sudu besar tepung Kentucky jenama PUAS (Yong belikan)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di atas api sederhana kecil.
  2. Satukan tepung beras dan tepung Kentucky dan sebatikan.
  3. Pastikan sotong ditoskan airnya. Celupkan sotong ke dalam telur, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung. Salutkan rata dan goreng. Kecilkan api dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.
  4. Buat sehingga habis.
  5. Hidangkan dengan sos cili Thai.


Sawi Jeruk Asin Tumis Telur

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1 peket sawi jeruk asin - dibasuh bersih dan dihiris nipis
2 biji telur
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula perang
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan sos tiram dan gula perang. Tumis rata.
  2. Masukkan sayur dan tumis rata beberapa minit. Buatkan lubang di bahagian tengah dan pecahkan telur, perlahankan api. Biarkan telur set sebentar sebelum digaul dengan sayur supaya bersalut. Goreng hingga agak kering dan tutup api.


Ikan Merah Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
3 ketul ikan merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap masin
1/4 cawan air
1 biji cili solok hijau - dibelah 2 tanpa putus

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Goreng hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga terbit bau.
  3. Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga terbit bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  5. Masukkan pula sos tiram, sos cili dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan air.
  6. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng dan cili solok. Kacau rata hingga mendidih dan tutup api.

Dinner ~ 11.10,2014

Nasi Lemak

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
3 1/2 cawan beras - dibasuh bersih
1/2 kotak santan
2 helai daun pandan - disimpul
3 biji bawang merah - dihiris nipis
2 inci halia - diketuk
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa
Air hingga paras 4

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak, gemburkan nasi dan tutup selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Sampingan:
4 biji telur goreng mata kerbau
2 biji telur rebus


Sambal Tumis Ikan Bilis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ikan bilis mata biru - dibasuh bersih dan ditoskan airnya
2 biji bawang besar - dihiris kasar
2 sudu besar sos tiram
1/4 keping gula Melaka
Garam secukup rasa
1/4 cawan air
3 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 senduk minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama. Tumis separuh bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih.
  3. Masukkan gula Melaka dan sos tiram. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air dan baki bawang besar. Masak hingga mendidih, masukkan garam dan masak sehingga kuah nampak sedikit pekat.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata. Tutup api.



Kari Udang dan Kacang Buncis

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana kecil - buang kepala dan ekor
10 batang kacang buncis - dipotong serong 4 cm panjang
1/2 peket serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari - ambil daunnya sahaja
1/2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil halba campur
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris nipis
1/4 kotak santan
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 sudu besar air asam jawa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur hingga harum dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan kekuningan.
  2. Satukan serbuk kari ikan, serbuk paprika, daun kari dan air secukupnya untuk dijadikan pes.
  3. Masukkan ke dalam periuk dan tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan udang dan kacang buncis. Tumis sebentar dan masukkan air. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, kacau sebentar dan tutup api.

Teatime ~ 22 Oct 2014 (Wednesday)

Kuih Lopes (My Style)

Sumber: mrskojiwami






Bahan-bahan:
2 pot beras pulut susu
1/2 sudu besar pandan emulco
Air secukup untuk merendam pulut

1/2 kotak santan
3/4 sudu kecil garam halus
Air secukupnya untuk menutup paras pulut

Kelapa parut putih
1/2 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan kuah gula Melaka:
1/4 cawan air
2 sudu besar gula putih
3 keping gula Melaka (kecil) - dipatah-patahkan
1 helai daun pandan - disimpul

Daun pisang secukupnya  - dilayur atas api
Rubber band

Cara-cara:
  1. Basuh pulut hingga bersih. Kemudian, rendam pulut, pandan emulco dan air selama 2 - 3 jam.
  2. Kemudian, toskan pulut dan masukkan ke dalam rice cooker. Tambahkan air, santan dan garam. Gaul rata kemudian masak seperti memasak nasi. Setelah masak, biarkan sejuk sebentar.
  3. Bentangkan daun pisang, ambil 2 senduk pulut dan gulung. Tekan-tekan sedikit supaya padat. Kemudian, ikat di kedua-dua hujungnya dengan rubber band. Letakkan di atas pinggan supaya sejuk sepenuhnya. Buat sehingga habis.
  4. Untuk membuat kuahnya, panaskan kesemua bahan di atas api perlahan dan kacau sentiasa hingga gula betul-betul hancur dan kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.
  5. Setelah kuih lope sejuk, hiris 3 cm tebal dan buang daun pisang. Satukan kelapa parut dan garam hingga rata. Salut kuih tadi dengan kelapa parut dan letakkan ke dalam pinggan hidangan.
  6. Sedia dihidangkan. Curahkan kuah ke atas kuih sebelum dimakan.

Friday, October 3, 2014

Supper ~ Tuesday 30.9.2014

Kek Mentega

Sumber: Buku Resepi Kek Alex Goh

Olahan: mrskojiwami







Bahan-bahan A:
5 biji putih telur
160 g gula halus (resepi 170 g gula)

Bahan-bahan B:
250 g mentega SCS Unsalted – dibiarkan lembut
1/2 sudu kecil garam halus (MrsK tambah)
1 sudu teh esen vanila (MrsK tambah)
210 g tepung gandum – diayak 3 kali
1 sudu kecil serbuk penaik (resepi 1/2 sudu kecil)
3/4 cawan susu segar (MrsK tambah)
5 biji telur kuning
20 g gula halus

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit.
  2. Sementara itu, pastikan mangkuk adunan bersih dari segala air dan minyak dan pastikan semua peralatan yang akan digunakan kering.
  3. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk adunan. Putar, gunakan kelajuan sederhana hingga berbuih, kemudian tuangkan gula (A) sedikit demi sedikit sehingga habis. Tukar kepada kelajuan tinggi dan teruskan memutar hingga menjadi ‘meringue’. Keluarkan adunan ‘meringue’ ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
  4. Gunakan mangkuk adunan yang sama (tidak perlu dibersihkan). Masukkan mentega dan gula. Putar pada kelajuan sederhana hingga memutih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar rata setiap kali sebelum memasukkan yang lain sehingga habis.
  5. Masukkan esen vanila dan putar sekejap. Masukkan 1/3 bahagian tepung dan diikuti 1/2 bahagian susu, putar rata. Selang-selikan sehingga habis (akhiri dengan tepung).
  6. Griskan acuan (MrsK guna acuan silikon) dengan lebihan mentega pada peketnya. Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan ratakan bahagian atas. Hentakkan sedikit dan bakar selama 50 minit – 1 jam hingga masak (uji dengan lidi sate, jika dicucuk bahagian tengah sepatutnya licin dan tidak melekat).
  7. Keluarkan dari acuan, sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.

Dinner ~ Tuesday 30.9.2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi dan Nanas

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
4 ekor ketam bunga (sederhana besar) – dibelah 2
1/2 biji nanas madu (sederhana kecil) – dihiris ikut suka
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 peket pati santan
1/4 cawan air
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan ditumbuk halus:
7 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong
1 ketul kecil kunyit hidup – dipotong

Cara-cara:
  1. Masukkan santan, air, bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur ke dalam periuk.
  2. Renihkan di atas api perlahan hingga berwap.
  3. Keluarkan asam gelugur. Masukkan pula ketam, nanas dan cili padi. Renihkan, kacau sekali-sekala supaya santan tidak pecah.
  4. Masukkan garam dan kacau hingga merenih. Tutup api.

Dinner ~ Monday 29.9.2014

Kerapu Merah ala Thai

Sumber: mrskojiwami






Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu merah – dikelar
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar – dibelah 2
1 biji tomato – didadu
1/2 biji lada benggala merah – didadu
1/4 biji timun – didadu
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar, dibahagi 2
1/2 batang bunga kantan – dihiris halus
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Lumurkan ikan dengan Maggi Cukup Rasa, serbuk kunyit, tepung gandum dan tepung jagung rata-rata.
  2. Goreng ikan hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan minyak dalam 1/2 cawan. Tumis serai hingga garing. Keluarkan serai.
  4. Tumis cili kisar hingga garing, masukkan sos cili Thai, sos tiram dan pes tomyam. Tumis hingga terbit minyak.
  5. Kemudian, masukkan air, bawang besar, tomato, lada benggala, timun, cili padi, separuh daun ketumbar dan bunga kantan. Gaul rata, perlahankan api dan renihkan sebentar. Masukkan garam dan renih lagi hingga kuah hampir pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
  6. Hiaskan dengan baki daun ketumbar.

Breakfast ~ Thursday 25.9.2014

Pulut Kuning Tanak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 peket beras pulut susu – dibasuh bersih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan – disimpulkan

Cara-cara:
  1. Rendam pulut, serbuk kunyit dan asam gelugur semalaman. Keesokannya, toskan airnya, bilas sekali dan buangkan asam gelugur. Toskan air sekali lagi.
  2. Masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan santan, garam, daun pandan dan air hingga menutupi paras beras pulut sahaja.
  3. Masak seperti biasa. Setelah masak, kaup balik dan tutup semula periuk. Biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Gulai Ayam Kampung ala Kelantan

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
2 biji kentang – dipotong 4
3/4 peket pati santan
1/4 cawan air
4 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
2 sudu besar serbuk paprika/cili
1/2 ketul gula nisan Terengganu/Melaka
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata, perlahankan api dan biarkan sehingga ayam agak kecut sedikit.
  3. Tuangkan santan dan air. Gaul rata dan setelah berwap masukkan rempah gulai, rempah masak, serbuk paprika dan gula nisan. Gaul sekali sekala hingga nampak mendidih.
  4. Masukkan garam dan masak sehingga kuah hampir pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Breakfast ~ Monday 29.9.2014

Cucur Udang

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 cawan air panas
Air biasa secukupnya
15 ekor udang sederhana kecil – dikupas dan dipotong 3
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 biji cili merah – dicincang
Minyak untuk menggoreng
Sos cili sebagai pencicah

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak dan sos cili). Bancuh tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Lebih elok jika disimpan semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan satu persatu dan goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Goreng sehingga habis.
  3. Hidangkan dengan sos cili.