Pulut Kuning
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut susu – direndam semalaman dengan 2 sudu teh serbuk kunyit + 1 keping asam gelugur
1 kotak santan
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan – disimpul
Air secukupnya
Cara-cara:
- Selepas semalaman, bilas beras pulut dengan air bersih dan toskan airnya. Masukkan ke dalam periuk nasi.
- Tuangkan santan diikuti air, pastikan parasnya hanya lebih sedikit sahaja daripada paras beras.
- Masukkan garam dan daun pandan. Gaul rata.
- Masak seperti memasak nasi putih.
- Setelah masak, gemburkan dan biarkan selama 10 minit di dalam periuk sebelum dihidangkan.
Rendang Ayam
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 1/2 ekor ayam – dipotong ikut suka
1 helai daun kunyit – dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 batang serai – dihiris halus
5 biji bawang merah – dihiris nipis
1 keping asam gelugur
1 kotak santan
2 ketul kecil gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan dikisar halus:
20 tangkai cili kering – digunting dan direndam di dalam air panas, dibuang biji
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 batang serai – dipotong kecil
3 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil biji ketumbar
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak (gaul selalu supaya tidak hangit).
- Setelah cukup masak, masukkan ayam dan gaul rata hingga bersalut kesemuanya. Kecilkan api, gaul hingga ayam kecut dan keluar airnya.
- Masukkan santan, serai, saun kunyit, daun limau purut, asam gelugur, bawang merah dan gula Melaka. Gaul rata dan rendidih hingga ayam masak dan kuah agak pekat.
- Masukkan garam secukup rasa dan masak sebentar lagi hingga kuah pekat. Tutup api.
No comments:
Post a Comment