Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung – dipotong ikut suka
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap Tamin
Air secukupnya
5 biji cili padi
Daun bawang – dipotong 3 cm panjang
Cara-cara:
- Panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng ayam. Sementara itu, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah minyak cukup panas, goreng ayam hingga masak dan angkat, toskan minyak dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga terbit baunya.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap. Tumis lagi hingga terbit minyak.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan ayam goreng dan cili padi. Renihkan hingga kuah menjadi sedikit pekat.
- Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul rata. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment