Wednesday, May 21, 2014

Dinner Monday 19.5.2014

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru sederhana – dibelah belakang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 helai daun kunyit – dipotong 2

Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kasar:
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 ketul kunyit hidup – dikupas kulit
2 batang serai – dipotong kecil
1 inci belacan
1 biji bawang kecil
1/2 sudu kecil garam halus
1 cawan kelapa parut putih
1/2 biji limau nipis – diambil jusnya

Cara-caranya:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata. Kemudian, masukkan daun kunyit ke dalam belahan ikan.
  2. Sumbatkan inti kelapa ke dalam perut ikan padat-padat.
  3. Panaskan minyak yang banyak, goreng ikan sumbat hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Sedia dihidangkan.


Taugeh dan Kucai Tumis Kicap

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 cawan taugeh – dibasuh bersih
1 cekak daun kucai – dipotong 3 cm
1 biji cili merah – dihiris serong
1 ketul tauhu putih – dipotong kiub
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 sudu besar kicap
1/4 cawan air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan tauge, tumis sebentar dan masukkan kucai, cili merah, air dan kicap. Gaul rata dan akhir sekali masukkan tauhu goreng.
  4. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.

Dinner 20 May 2014



Sumber: Various blogs

Diolah oleh: mrskojiwami

Ayam Masak Sambal Serai


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung – dipotong ikut suka
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu kecil serbuk cili

1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
4 batang serai – diketuk
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam hingga rata. Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 3 sudu besar minyak, tumis serai sebentar dan masukkan cili kisar. Setelah mendidih, masukkan gula perang dan tumis lagi hingga ‘berkilat’.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis sebentar. Masukkan air dan asam gelugur. Setelah mendidih, masukkan ayam dan renihkan hingga mesra kesemuanya.
  4. Masukkan garam dan perasakan secukupnya. Setelah kuah agak pekat, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Monday, May 19, 2014

Ayam Kampung Masak Kicap





Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung – dipotong ikut suka
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap Tamin
Air secukupnya
5 biji cili padi
Daun bawang – dipotong 3 cm panjang

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng ayam. Sementara itu, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah minyak cukup panas, goreng ayam hingga masak dan angkat, toskan minyak dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga terbit baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan ayam goreng dan cili padi. Renihkan hingga kuah menjadi sedikit pekat.
  5. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul rata. Tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

Sambal Tumis Udang





Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg udang sederhana – dibuang kulit dan urat hitam
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 keping asam gelugur
1/2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
1 cawan cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili kering)
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan tumis hingga ‘berkilat’ dan masukkan sos tiram. Tumis lagi hingga agak pekat dan masukkan udang.
  2. Gaul rata hingga keluar jus udang, masukkan sedikit air dan asam gelugur. Gaul rata sekali sekala.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam dan bawang Holland dan masak sebentar lagi.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Kari Lamb Chop


Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 keping lamb chop – dipotong kecil
1 tangkai daun kari – diambil daunnya sahaja
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 paket rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
4 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris halus
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Gaul rata supaya tidak hangit. Kemudian, masukkan kerisik dan daun kari. Tumis sebentar dan masukkan lamb chop. Gaul rata hingga bersalut kesemuanya. Biarkan sebentar hingga keluar jus lamb chop tadi.
  3. Masukkan air dan renihkan. Setelah mendidih, masukkan santan dan renihkan lagi.
  4. Setelah lamb chop masak, masukkan garam dan air asam jawa. Renihkan sebentar dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.