Friday, January 19, 2018

Lunch #1: 1.1.2018

Ketam ala Kam Heong


Bahan-bahan:

2 ekor ketam bunga sederhana besar – dipotong bahagian hujungnya dan dibelah 2
2 sudu besar tepung beras*
1 sudu besar tepung jagung*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

*Bancuh dengan sedikit air dan salutkan pada ketam

5 tangkai daun kari – dibuang tangkai
4 tangkai cili kering – dibasuh, dipotong 3 cm panjang
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 inci halia – dihiris halus (mancis)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar cili kisar
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ketam hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja.
  3. Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kering dan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau rata. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air. Kacau rata.
  5. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, garam dan perasa serta ketam. Gaul rata hingga bersalut dan angkat.

Lunch #1 : 30.12.2017

Ayam Masak Kari Hijau ala Thai





Bahan-bahan:
10 ketul ayam yang dipotong kecil
1 botol kecil pes kari hijau Thai (beli di AEON)
1 tangkai daun limau purut – dibuang ranting
1 pokok daun ketumbar – asingkan akarnya, dibasuh bersih, bahagian daun dan tangkai dihiris
2 biji terung panjang (kecil) – dipotong ikut suka
5 biji tomato ceri
5 tangkai cili padi merah – dibelah sedikit
1 keping asam keping
3/4 kotak santan
1/4 cawan air
1/2 sudu besar gula nisan Thai
1 sudu besar sos ikan Thai
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa (agak-agak sahaja sebab dah ada pes dan sos ikan)

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan santan dan akar ketumbar. Panaskan di atas api kecil sehingga berwap sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan pes kari hijau dan kacau rata. Masukkan ayam, daun limau purut, asam keping, air, gula nisan dan sos ikan. Kacau rata dan kacau sekali sekala hingga ayam 3/4 masak.
  3. Masukkan terung dan masak lagi hingga empuk.
  4. Masukkan tomato, cili padi, garam, MCR dan 3/4 hirisan daun ketumbar. Kacau rata beberapa minit sebelum tutup api.
  5. Semasa menghidang, taburkan baki daun ketumbar.



Lunch #2: 30.12.2017

Udang Galah Masak Tomato


Bahan-bahan:

15 ekor udang galah sederhana – dipotong sepit separuh dan muncungnya
1 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 pokok daun bawang – dihiris 4 cm panjang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 senduk minyak masak
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

10 tangkai cili kering – dipotong kecil, direbus, ditoskan
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci halia – dipotong kecil
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua sos dan tumis hingga pekat dan pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan bawang hiris. Kacau rata, masak hingga udang bertukar warna sepenuhnya. Masukkan air, garam dan MCR dan kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan 3/4 daun bawang. Kacau rata.
  5. Semasa menghidang, taburkan baki daun bawang.

Monday, October 9, 2017

27.9.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.


Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan:

3 ekor sotong sederhana – dibuang kulit, dihiris bulat 2 cm
Tepung beras + tepung goreng seafood + tepung goreng ala KFC secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak.
  2. Basuh sotong dan toskan airnya.
  3. Gaulkan dengan campuran tepung secukupnya hingga bersalut rata.
  4. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya.




Ikan Bawal Sweet and Sour

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal sederhana – dikelar
Sedikit tepung jagung + tepung beras
Sedikit serbuk kunyit + Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos:

2 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/2 inci halia – dihiris halus
1/2 biji tomato – dipotong dadu
2 biji cili hijau – dipotong dadu
1 tangkai daun limau purut
1 batang serai – diketuk
1 1/2 senduk kecil cili kisar
Sos cili, sos tiram, sos ikan secukupnya
Sedikit gula Melaka dan Maggi Cukup Rasa
Daun ketumbar – untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan bersama tepung, serbuk kunyit dan perasa. Goreng hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di atas pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 senduk kecil. Tumis bawang putih, bawang Holland, halia dan serai hingga harum dan sedikit layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula Melaka dan daun limau purut. Tumis hingga menggelegak dan masukkan sedikit air.
  4. Masukkan cili hijau dan MCR. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tutup api.
  5. Tuangkan ke atas ikan goreng dan hiaskan.



Tau Miu Tumis Sos Tiram


Bahan-bahan:

1/2 peket tau miu – dibasuh, ditoskan
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
Sedikit minyak
Sos tiram, air dan MCR secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang Holland. Tumis lagi hingga layu.
  2. Masukkan tau miu, sos tiram, air dan cili merah. Kacau rata hingga lembut dan tutup api.

Dinner 26.9.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.




Maggi/Kuey Teow Tomyam

Bahan-bahan:

4 peket mi tanpa perencah Vit’s – direbus hingga lembut, ditoskan
Segenggam kuey teow – dicelur sebentar, ditoskan
Daun ketumbar sebagai hiasan

Bahan-bahan tomyam:

1 batang carrot – dibuang kulit, dihiris bulat
2 batang serai – diketuk
2 cawan cendawan tiram – dibasuh, ditoskan
3 ulas bawang putih – diketuk
1 ketul akar ketumbar – dibasuh bersih
Isi ayam – dipotong nipis
5 ekor udang sederhana
2 ekor sotong sederhana – dihiris bulat
2 ketul kiub tomyam
3 sudu besar pes tomyam
5 biji cili padi merah – diketuk
2 sudu besar susu cair
3 cawan air

Cara-cara:

  1. Didihkan air, akar ketumbar, serai, bawang putih dan carrot hingga empuk. Masukkan kiub dan pes tomyam.
  2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam dan masak beberapa minit.
  3. Kemudian, masukkan cendawan, cili padi merah dan susu cair. Didihkan.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan sotong. Masak beberapa minit sahaja, kemudian tutup api.
  5. Untuk menghidang, masukkan campuran mi dan kuey teow ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan taburkan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.