Monday, October 9, 2017

Dinner 26.9.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.




Maggi/Kuey Teow Tomyam

Bahan-bahan:

4 peket mi tanpa perencah Vit’s – direbus hingga lembut, ditoskan
Segenggam kuey teow – dicelur sebentar, ditoskan
Daun ketumbar sebagai hiasan

Bahan-bahan tomyam:

1 batang carrot – dibuang kulit, dihiris bulat
2 batang serai – diketuk
2 cawan cendawan tiram – dibasuh, ditoskan
3 ulas bawang putih – diketuk
1 ketul akar ketumbar – dibasuh bersih
Isi ayam – dipotong nipis
5 ekor udang sederhana
2 ekor sotong sederhana – dihiris bulat
2 ketul kiub tomyam
3 sudu besar pes tomyam
5 biji cili padi merah – diketuk
2 sudu besar susu cair
3 cawan air

Cara-cara:

  1. Didihkan air, akar ketumbar, serai, bawang putih dan carrot hingga empuk. Masukkan kiub dan pes tomyam.
  2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam dan masak beberapa minit.
  3. Kemudian, masukkan cendawan, cili padi merah dan susu cair. Didihkan.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan sotong. Masak beberapa minit sahaja, kemudian tutup api.
  5. Untuk menghidang, masukkan campuran mi dan kuey teow ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan taburkan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.



No comments: