Monday, July 14, 2014

Iftar Day 13 (Friday 11.7.14)

Daging Goreng Kunyit


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
250 g daging batang pinang – dihiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – diketuk
1 biji cili merah – dihiris kasar
10 tangkai kacang buncis – dipotong 4 cm serong
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaulkan hirisan daging dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah minyak panas, goreng daging hingga keluar airnya dan separuh garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang kuning hingga agak layu. Kemudian masukkan daging, kacang buncis, cili merah dan garam (sekiranya perlu). Gaul rata dan tutup api.
  3. Sedia dihidangkan.

Friday, July 11, 2014

Iftar Day 12 (10.7.14 Thursday)

DAGING MASAK LADA HITAM


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/4 kg daging batang pinang – direbus hingga bertukar warna, air rebusan jangan buang
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar, dibahagi 2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/4 packet black pepper gravy (balance beli marinated lamb chop)*
2 senduk air rebusan daging
1 sudu besar tepung jagung
3 biji cili hijau – dipotong kasar dan dibuang biji**
1 biji cili merah – dipotong kasar dan dibuang biji**
3 sudu besar minyak
2 sudu kecil bawang putih kisar
3 sudu kecil bawang merah kisar
Garam secukup rasa

* Kalau tak ada balance black pepper gravy, boles gantikan dengan perencah lada hitam MAGGI atau tambahkan lagi serbuk lada hitam
**Seelok-eloknya gunakan bell pepper (capsicum) yang dipotong kasar

Cara-cara:

  1. Setelah daging sejuk, hiris nipis-nipis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama separuh bawang besar yang dihiris kasar hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan daging dan tumis sehingga daging agak kecut (keluar air).
  3. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, gravy, sos tiram dan sos cili. Gaul rata sehingga mendidih dan masukkan air rebusan daging. Renihkan selama lebih kurang 5 minit.
  4. Tambahkan tepung jagung dan kacau rata hingga mendapat kepekatan kuah yang diingini. Masukkan garam dan hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata sebentar dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


SAMBAL TUMIS SARDIN


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 tin sardin Cap Ayam
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
5 biji cili padi – dibelah tidak putus
1 keping asam keping
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar bawang merah kisar
1/2 sudu besar halia kisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 tin (sardin) air bertapis
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan pula sos tiram dan kacau rata. Kemudian, masukkan sardin, kacau sebentar, kemudian masukkan air, asam keping dan cili padi. Biarkan mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata beberapa minit hingga kuah agak pekat dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan.

Thursday, July 10, 2014

Iftar Day 11 (9.7.14)

IKAN KERISI MASAK BERLADA


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi sederhana – dibersihkan, dikelar 3
Serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar kasar (tambah 1 sudu kecil air):
2 biji cili merah – dipotong kecil
10 biji cili padi – dipatah-patahkan
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil

Garam secukup rasa
1 keping asam keping

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata.
  2. Setelah minyak panas, masukkan ikan dan goreng hingga garing (kuning keemasan). Angkat dan toskan minyak di atas paper towel. Susun di dalam pinggan hidangan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 4 sudu besar. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan asam keping dan garam. Tumis lagi sehingga bawang kelihatan layu dan agak berminyak, tapi jangan sampai bertukar warna hitam (hangus). Tutup api.
  4. Sendukkan ke atas ikan goreng tadi rata-rata. Sedia dihidangkan.



KANGKUNG GORENG BELACAN


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
15 tangkai kangkung – diasingkan batang dan daun, batang dipotong 5 cm panjang dan dibelah 2
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar kasar:
1/2 biji cili merah – dipotong kecil
3 biji cili padi – dipotong kecil
Sedikit ikan bilis – dibasuh bersih
2 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 biji bawang kecil – dipotong kecil
1/2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Rendam kangkung di dalam air berisi sedikit cuka selama 5 minit. Ini untuk membuang kotoran pada sayur. Kemudian, bilas dengan air bersih. Toskan airnya.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit layu.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
  4. Masukkan kangkung dan sedikit air dan gaul rata menggunakan api besar (stir-fry) selama 2-3 minit. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.
  6. Garam tidak diperlukan sebab ada sos tiram.

Wednesday, July 9, 2014

Sahur Day 11 (9.7.14)

NASI GORENG KAMPUNG


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan nasi (lebihan berbuka) – dileraikan
10 batang kangkung – diasingkan daun dan batang, batang dibelah dua, direndam 5 minit di dalam air yang dicampur sedikit cuka untuk mengeluarkan kotoran, toskan dan basuh sekali lagi, toskan air
1 biji telur gred A
2 sudu besar perencah TUMIX
3 sudu besar minyak

Bahan-bahan dikisar kasar:
1/4 cawan ikan bilis – dibersihkan
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang kecil – dipotong kecil
1/2 inci belacan
10 biji cili padi

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan telur, hancur-hancurkan. Kemudian, angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama. Tumis bahan kisar hingga harum dan masukkan TUMIX. Tumis lagi hingga agak garing.
  3. Masukkan nasi dan kangkung bersama batangnya. Gaul rata dan masukkan telur. Gaul rata lagi selama 5 - 10 minit. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Iftar Day 10 (2014) 8/7/14

IKAN BILIS DAN PETAI BERLADA


Sumber: Kak Jee (Fauziah Samad)

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1/2 cawan petai yang dikupas – dibelah 2
1 keping asam keping
Minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar kering:
2 biji cili merah – dipotong kecil
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan 1/2 cawan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan goreng petai separuh masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  3. Masih gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga harum dan agak garing. Masukkan asam keping dan sedikit garam (tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah masin).
  4. Setelah agak mesra dan cukup rasa, tutup api.
  5. Masukkan ikan bilis dan petai. Gaul rata dan angkat. Sedia dihidangkan.


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN REBUNG


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
2 batang rebung muda – dipotong 5 cm dan dibelah 2
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 keping asam keping
1 biji bawang merah – dihiris
1/2 paket santan pekat + 1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar kasar:
2 ketul kunyit – dikupas dan dipotong kecil
15 biji cili padi – dipotong kecil
1/2 biji cili merah – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk.
  2. Renihkan di atas api perlahan sambil dikacau selalu. Elakkan santan pecah.
  3. Renih sehingga ayam dan rebung empuk. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Renihkan sebentar hingga betul-betul masak. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.