Friday, September 6, 2013

Dinner, Isnin 2/9/13

Ayam Kampung Masak Kicap

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

3/4 ekor ayam kampung - dipotong ikut suka, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
2 biji kentang saiz kecil - dipotong berbaji
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji cili padi merah - dibelah 2 tanpa putus
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 senduk cili kering kisar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Air secukupnya
Minyak secukupnya

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan minyaknya. Kemudian, goreng kentang hingga kuning dan angkat, toskan. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, kicap masin dan air. Setelah mendidih, masukkan ayam, lada hitam, bawang hiris dan cili padi.
  5. Renihkan hingga kuah agak pekat dan masukkan kentang. Gaul rata dan tutup api.

Lunch, Selasa 3/9/13

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Petai

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

2 genggam ikan bilis - dibasuh dan ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris kasar
4 papan petai - dikupas kulit dan direndam sebentar
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

1 genggam cili kering - dibuang biji dan direndam dalam air panas/direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - dibakar sebentar

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis separuh bawang besar yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan kisar. Tumis lagi selama 3-4 minit dan masukkan gula perang. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, asam keping dan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan petai dan tumis lagi. Rasa masamnya, kalau sudah cukup masam, keluarkan asam keping.
  4. Setelah mendidih, masukkan baki bawang besar dan ikan bilis. Gaul rata dan masukkan garam. Sesuaikan rasa.
  5. Setelah kuah agak pekat, padamkan api.

Breakfast, Rabu 4 Sept 2013

Kueytiow Goreng Sempoi Version

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1 1/2 paket kueytiow - dibilas dengan air dan ditoskan
3 pokok daun kucai - dipotong 3 cm panjang
1 genggam tauge - dibuang ekor
3 keping fish cake - dihiris nipis
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
Air (agak-agak)
Minyak untuk menumis (1 1/2 sudu besar)

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak, masukkan telur dan buat macam scramble egg. Angkat dan toskan minyak. Tambah sedikit minyak lagi dan panaskan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili dan sos tiram. Tumis lagi.
  5. Masukkan kicap cair dan kicap manis. Kacau sekejap dan masukkan fish cake. Kacau sebentar.
  6. Masukkan kueytiow, kucai dan tauge. Gaul rata dan kacau selalu. Sesuaikan rasa. Masukkan air jika perlu (jangan banyak sangat, nanti kueytiow kembang dan lembik).
  7. Akhir sekali, masukkan telur hancur, gaul rata dan tutup api.

Dinner, Rabu 4 Sept 2013

Ikan Patin Masak Asam Pedas Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

4 ketul ikan patin yang sudah dibersihkan
1 sudu kecil halba
1 batang serai - diketuk
1/2 batang bunga kantan
5 tangkai daun kesum - daun sahaja
1 1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:

1 genggam cili kering - dipotong dan direndam dalam air panas, buang biji
3 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
2 sudu besar lada hitam

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak (dalam 3 sudu besar). Tumis halba sebentar dan masukkan serai. Tumis sekejap.
  2. Masukkan bahan kisar, lebih kurang 3 minit dan masukkan gula perang dan tumis lagi hingga betul-betul garing (kacau selalu untuk elakkan hangit).
  3. Masukkan air asam jawa dan air, biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan masak di atas api sederhana.
  5. Setelah mendidih, masukkan bunga kantan, daun kesum dan garam.
  6. Masak lagi sehingga kuah agak pekat (kalau suka cair pun ok). Sesuaikan rasa dan tutup api.

Breakfast Khamis, 5 Sept 2013

Cucur Jagung dan Udang

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

5 senduk tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar serbuk penaik
1 biji bawang besar - didadu
1 biji cili merah - dicincang
1 1/2 cawan udang kecil - dibuang ekor dan kepala
1 pokok daun ketumbar - dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Bancuh kesemua bahan dan simpan semalaman dalam peti sejuk (boleh juga digoreng terus).
  2. Panaskan minyak, ambil sesudu adunan dan masukkan ke dalam kuali. Buat beberapa dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Buat sampai habis.
  3. Hidangkan bersama sos cili.