Bahan-bahan:
1 paket Perencah Soto Ayam Adami
1/2 paket bihun - direndam hingga kembang, dicelur sebentar
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diketuk
Bahan sampingan:
1 tangkai daun sup - dihiris
1 tangkai daun bawang - dihiris
3 biji limau kasturi - dibelah dua
Sambal cili kicap
Bawang goreng
Sambal cili kicap:
7 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap manis + kicap masin
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan perencah soto dan ayam, masukkan air secukupnya. Masukkan juga halia. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Didihkan hingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan toskan airnya. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, siat-siatkan isi ayam. Ketepikan.
Untuk sambal cili kicap, tumbuh cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap secukupnya.
Semasa menghidang, bubuh bihun yang dicelur, daun sup, daun bawang, isi ayam racik. Tuangkan kuah dan tabur dengan bawang goreng dan letak sesudu sambal cili kicap.
No comments:
Post a Comment