Sunday, November 4, 2012

Cerita Raya Haji (Part III)

Breakfast kat hotel, bihun goreng sedap. Yang lain2 biasa je la, ada la keropok lekor dan cucur bawang. Lepas breakfast, kemas2 terus check-out walaupun baru pkl 10 am. Sbb nak ke Kota Bharu pulak.

On the way ke KB, singgah makan keropok lekor, sedap okey. Kitorang tak pegi Losong takut lambat smp KB. Terus tapau keropok lekor, keropok keping, sos.

Sampai KB, En Koji ajak check in kat Crystal Lodge sbb dulu penah stay sini, tapi aku lak ngengada suruh dia try cari lain. Cari punya cari terus la ke Pantai Cahaya Bulan. Singgah makan kat gerai tepi jalan, amik sotong goreng tepung, tak sesedap kat BB dan liat. Hmm...

Balik ke KB, tapi En Koji tak jadi check in, terus ke Rantau Panjang, katanya try cari hotel kat sana. Sempat la beli sikit2, time tu pun dah nak tutup, so esok plan nak datang lagi. Time ni En Koji nak cari hotel area situ je, tapi aku tgk semua pun x semenggah so aku suggest ke Crystal Lodge je la, En Koji bising gak, dia kata dah malam ni, rugi je, tapi at last pegi jugak, nasib baik ada room lagi. Yang bestnya diorang bagi room harga RM200 tapi bayar RM150 je sbb diorang kata bilik tu baru renovate, so macam bagi test la. Okey la room tu, besar, king-size bed. Dah la mmg baru, so best. Lepas mandi keluar balik cari dinner, tapi kedai byk tutup so En Koji tapau roti tampal telur ngan kaya (kot), sedap jugak tapi esoknya aku, Qimie, Qayyum dan Rayyan berak2. En Koji okey pulak even though dia makan paling banyak.

Esoknya pun check out awal, terus ke Rantau Panjang. Beli la serba sedikit yang boleh dibeli. Dalam pukul 2 pm kitorang bertolak ke arah Jeli, sbb En Koji nak balik KL ikut Grik memandangkan dia tak nak tempuh jam. Singgah makan, even jalan kampung jam okay.

Sampai KL dalam pukul 3 pg. Huhu penat, esok nak keje pulak.

Cerita Raya Haji (Part II)

Dapat tido berapa jam je, jadi la, plannya, lepas je tgk korban (kiddos la), ktrg terus nak gerak ke Kuala Terengganu. Kak Anie masak bihun sup, rendang ayam, rendang daging hitam, instant ketupat, lemang. Sementara diorang pegi sembahyang raya, aku pun buat la Nasi Ketumbar tu. Pastu tapau sikit utk bekal perjalanan, kot la kedai tak buka.

Dalam pukul 10 am, kitorang terus bertolak, dengan baju kurung baju Melayunya. Tengok langit gelap je, sampai area Batu Buruk dalam pukul 2 pm macam tu. Aku ajak En Koji check in kat Primula, tapi dia tak nak sbb dah 2 kali stay kat sana, so kali ni dia nak cari lain pulak. Check in Sri Indah Resort, ok jugak la resort ni, dari luar nampak x best, tapi actually dia ok la. Haqimie suruh aku order room service, dia nak chicken chop. So sambil diorang mandi pool, aku pon call guna hp, sbb in room takde phone. Sekali dia kata, kalau nak chicken chop kena tunggu 1 jam sbb ayam beku. Haha, cancel la. So kitorang makan je la bekal tadi tu.

Malam tu, ingat nak cari makan kat mana-mana, ada la kedai kat tepi resort tu, tapi dekat sangat, nak la jenjalan kan. So ke area Batu Buruk, pusing2 takde kedai, stop kat gerai2 jual seafood salut tepung, aku beli 1 ekor sotong, 1 cucuk nugget, keropok lekor 2 ringgit. Sotong tu harga dia RM8. Serious sedap, sotong dia lembut je.

Last sekali, ktrg decide makan A&W je. Haha boring giler. On the way balik, En Koji tapau air kat restoran sebelah, sedap...tapi En Koji kata, tak leh makan kat situ sbb penuh orang hisap shisha pastu udara berasap, boleh lemas la dia kata.

Cerita raya haji (Part I)

Last keje hari khamis tu, actually aku dah minta 1/2 day, tapi not approved, sbb mrs boss kata aku dah amik cuti 2 kali dah bulan 10 tu, plus katanya aku byk keje (padahal keje tu takde la heavy sangat pon). Tapi takpe la, dah tak dapat cuti kan, tapi plan asal kena ubah la kan.

MIL ada kat sini, datang beraya ngan her sisters, anak2 and menantu. Un and family pun ada juga. Tapi aku dan En Koji dah ada plan lain. Kitorang cadang nak ke Jerantut, Pahang, beraya kat sana with my mom and Nyah's family. Diorang kata diorang ada buat korban. Pastu En Koji bercadang nak ke Terengganu dan Kelantan, saja jalan-jalan. So, plan asalnya nak belanja the whole family makan-makan, kira awal la sikit kan, lepas tu kitorang akan terus bertolak ke Jerantut. Tapi disebabkan aku tak dapat cuti, so reschedule plan. Janji ngan diorang pukul 8 pm.

At first, En Koji ajak ke Madam Lim's. Tapi aku teringat, hari sebelumnya Abby pegi makan kat D'Manggis, so aku pun bagi la cadangan kat En Koji pegi makan kat sana. Sbb at least something new la kan, takde la asik2 makan kedai tomyam and such kan. Lagipon ada ice cream so sesuai la utk bebudak yang ramai tu. En Koji pun setuju walaupun dia x brp suka makan kat situ, tak menepati citarasa katanya. Dia lebih prefer Johnny's.

So, aku pun call Abby minta no phone D'Manggis, tapi Abby dengan baik hatinya tolong bookkan utk aku. Ok settle.

So, sementara nak tunggu masa dinner tu, kitorang ke Sunway Giza, beli stok susu Rayyan. Masuk Village Grocer, beli bahan-bahan untuk buat nasi ketumbar kat rumah Nyah nanti, sbb mak teringin nak rasa.

Masalahnya, hari dah start hujan dan diorang yang lain tu agak lambat turn up. So, En Koji sudah bising, katanya nanti takut makanan dah habis, sbb time tu dah nak dekat pukul 8.30 pm dah. Dah la kitorang nak ke Jerantut pulak kan. Dah la jalan pun agak jauh, lokasi kat Kuang. Diorang tak tau jalan, nak tak nak kena tunggu jugak la. Sementara tunggu kat Shell Seksyen 7 tu, kitorang pegi ambil Ika dan Mirzan dulu. Mula-mula En Koji kata ex-kak ipar nak ikut, tapi agaknya sbb kitorang yang pegi ambil anak2 dia, dia segan la kot, dia bajet Abg Din la nak amik dia kot kan, Ika kata mama demam. Well, kalau dia setuju nak ikut pun, I'll feel awkward jugak, sbb tak berapa rapat ngan dia. Actually aku pun pelik kenapa dia beria-ia nak ikut. Sbb time dulu2 pun dia bukannya suka sangat family En Koji ni. Hmm...whatever. Peoples change anyway.

By this time, hujan dah lebat, diorang sampai je terus gerak. Jam tak payah kata la, aku risau je makanan abis diorang tak top-up, so rugi la kan, nak cari tpt mkn lain pulak, dah kesuntukan masa. So aku call, alhamdulillah diorang kata food still ada.

Sampai sana dalam 8.50 pm kot, terus duduk dan En Koji terus ambil bahan2 nak steamboat and grill. Later baru Abg Din sampai, dia baru balik keje.

Menu yang ada: Nasi goreng dan rojak buah (sedap).

Bahan2 steamboat dan grill: 2 jenis daging perap (salah satunya lada hitam), ayam (rasa macam sate), udang, ketam kecil, sotong, ikan kembung kecil, pelbagai bebola, sosej, yee mee, maggi, mi kuning, kueytiow, telur, sayur2 (baby corn, cherry tomatoes, oyster mushrooms, sawi, dll). Sos ada 3 jenis kot. Banyak juga la pilihan.

Sides: Kerepek2, biskut2, ice cream (ada 8 jenis), air sirap, oren.



I must say, ok jugak la even though kuah dia tu tak menepati citarasa sangat, sebab to me, quite sweet la tomyam dia, why la tak buat pedas sikit.

Utk harga pulak, dewasa RM25, kanak-kanak bawah 12 thn: RM12, kanak2 bawah 3 thn, free.

Lepak2, sembang2, dalam pukul 10 pm cam tu, gerak ke Jerantut, punya la jam kan, malam raya la katakan. En Koji decide ikut jalan lama, Bentong. Dia kata dia rela ikut jalan jauh daripada stuck dalam jam.

Sampai Jerantut dalam pkl 3 am.

Sunday, October 21, 2012

MOIST CHOCOLATE CUPCAKES



Ni tea-time semalam. Memula tak plan pun nak buat apa, tapi disebabkan tak boleh tidur walaupun hujan lebat kat luar, mula la otak tetiba nak jadi kreatif. Teringat pulak, bahan buat kek ada lagi, so ok la kita buat cupcakes. Seperti biasa, resepi asal dari kazen Shida.

Tapi kali ni aku buat setengah adunan aje, main agak-agak je la. Pastu ada la alter sikit, ikut suka aku je. Dapat la 8 cup. Nasib baik menjadi. Kalau nak resepi yang ori, boleh la ke blog Shida.

Bahan A

1 cawan tepung gandum - diayak
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil bicarbonate of soda

Cara-cara

Satukan kesemua bahan dan gaul rata.

Bahan B


1 sudu kecil Nescafe + 1 cawan air panas
1 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak jagung

Cara-cara

Satukan kesemua bahan dan kacau hingga gula hancur. Setelah itu, satukan dengan bahan A dan gunakan pemukul telur untuk mengacau bahan. Kalau rajin boleh la tapis.

Sediakan pengukus dan acuan cupcakes (plastik). Tuangkan separuh adunan ke dalam acuan dan ulang hingga habis. Kukus selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan.

Ganache

1/2 bar coklat masakan - dipotong kecil
1/2 cawan susu cair/whipped cream
2 sudu besar minyak jagung

Panaskan kesemua bahan hingga coklat cair. Sudukan ke dalam acuan kek rata-rata dan hiaskan.

Pulut Kuning dan Rendang Ayam

Dari semalam lagi dah berangan nak masak pulut kuning ni. Haqimie pulak memang peminat pulut kuning. Mula-mula nak masak kari ayam, tapi last minit tukar plan, jadi la rendang ayam. Kitorang jadikan sebagai brunch, lega la leh rehat sikit time lunch nanti. Dah la hujan sepanjang hari, memang malas tol nak masak beria kan.


Bahan-bahan (pulut)

1/2 paket kecil pulut - dibasuh bersih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugur

Satukan kesemua bahan bersama air (cukup untuk tenggelamkan pulut) dan rendam semalaman.
Bilas sehingga bersih dan toskan airnya.

1/2 bungkus santan pekat - bahagi dua
Sedikit air
Garam

Panaskan pengukus dan kukus pulut (kosong) separuh masak.
Kecilkan api, satukan 1 bahagian santan dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit sambil gaul rata pulut.
Kukus lagi selama 15 minit.
Kecilkan api, satukan 1 bahagian lagi santan dengan air dan garam. Repeat seperti di atas dan kukus lagi hingga pulut betul-betul masak.
Angkat dan tekankan padat-padat ke dalam bekas hidangan.


Rendang Ayam

10 ketul ayam - dibersihkan
2 helai daun kunyit - diracik
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - dihiris nipis/diracik
1/2 bungkus santan pekat
1 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
Air dan garam secukup rasa
Minyak

Bahan-bahan kisar

5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 batang serai
1 genggam cili kering (direndam dalam air panas/ditoskan/dibuang biji)
2 inci kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan halia sehingga garing.
Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga agak pekat.
Masukkan santan, kerisik dan sedikit air lagi. Masukkan juga daun kunyit dan serai ketuk.
Didihkan dan masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Masak sehingga terbit minyak. Ikut suka sama ada hendak kering atau berkuah.