Tuesday, February 25, 2014

Dinner 24.2.2014 (Mon)

Ikan Merah Masak Merah

Sumber: mrskojiwami

2 ketul potongan ikan merah sederhana besar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos:
1 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 inci halia – dihiris kasar
5 sudu besar cili kisar
1 biji tomato – dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
3 biji cili padi
1/2 pokok daun ketumbar – diracik kasar
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat, toskan minyak dan letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 sudu besar minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tomato dan tumis hingga pecah minyak dan tomato agak hancur.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili Thai dan air. Renihkan. Sekiranya terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
  5. Setelah mendidih, masukkan daun ketumbar dan cili padi. Kemudian, perasakan dengan Maggi Cukup Rasa. Setelah ok, tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
  6. Sedia dihidangkan.


Bok Choy dan Udang Goreng

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 cawan isi udang
1 pokok bok choy – dibuang bahagian hujung sahaja
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
1/2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bok choy dan udang. Kacau rata hingga bok choy agak layu.
  3. Masukkan sedikit air dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata hingga masak.
  4. Sedia dihidangkan.



No comments: