Thursday, January 16, 2014

Sayur Campur dengan Keropok Tauhu


Bahan-bahan:
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
10 biji kacang peas – dibuang urat
Sedikit brokoli – dipotong
Sedikit bunga kobis – dipotong
1 batang sederhana lobak merah – dibuang kulit dan dihiris bulat
2 keping keropok tauhu – dipotong 4
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan air + 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng keropok tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan bunga kobis dan lobak merah, tumis seketika. Masukkan 1/2 cawan air. Masak sehingga sayur agak empuk (masih crunchy tapi tidak overcooked).
  4. Kemudian, masukkan brokoli dan kacang peas. Tumis seketika kemudian masukkan sos tiram dan MCR.
  5. Setelah mendidih, tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau segera hingga kuah memekat. Tutup api.

No comments: