Thursday, August 30, 2012

Kronologi Aidilfitri 2012

Kronologi la sangat....

Khamis 16.8.12 tu last day keje. Takde mood nak buat keje jangan cakap la kan. Tapi disebabkan kena rush jugak siap sebelum cuti raya, KRS tu la punya pasal, struggle la ktrg satu department buat layout. Ngam-ngam siap pukul 5 pm tu. Lega...
Memula En Koji ajak balik kampung malam tu jugak, tapi aku tak siap kemas lagi beg ktrg anak-beranak, so aku kata balik lepas sahur je la. Tapi being En Koji, bab balik kampung mmg tak leh tahan, so pukul 2 am tu jugak bertolak. Ktrg cam besa mmg balik kg ikut jalan lama i.e. without highway. Alasan En Koji, selain nak elak jam, dia suka balik ikut jalan lama sbb senang nak berhenti kat mana-mana, leh lepak tido whatsoever.
Alhamdulillah, mmg tak jam langsung pagi tu. Singgah beli sahur KFC kat area Teluk Intan kot dalam pukul 4 am macam tu.
Sampai rumah Yong kat Setiawan dalam pukul 5 am, time dia tgh prepare sahur utk family dia. Terkejut dia ktrg dah sampai, sbb aku kata lepas sahur bertolak kan. Hehe. Tak sahur pun ngan dia sbb dah kenyang makan KFC.

17.8.12 (Jumaat)
Pagi tu, aku sedar Yong bangun nak pegi pasar. Memula rasa nak ikut, pastu malas lak. So aku sambung tido. Pastu menyesal sbb tak sempat nak beli daging batang pinang sekali dgn Yong. Padan muka.
Tengah hari tu aku ajak Yong pegi salun rambut. Nak potong, pendek terus. Puas hati. Pastu again menyesal sbb dia potong kat paras tengkuk, bila pakai tudung agak rimas, sbb nak ikat tak leh.
Pegi Tesco beli cekak rambut. Ternampak salmon dia jual murah, so mmg dah lama niat nak belanja yong makan salmon, sbb dia x penah rasa, so beli la, harga dalam RM5 sekeping. Ok la, banding kat Jusco hari tu, RM10 sekeping kan. Tapi of coz la kualiti dia agak lain sikit, kat Jusco tu mmg fresh. Kat Tesco ni maybe sbb nak abiskan stok ke apa kan, tapi bila masak still ok rasa dia. Aku beli 3 keping, pastu Yong tergoda join beli 2 keping lagi utk family dia nak masak lain kali.
Masak utk berbuka. Yong masak kari kepala ikan nyok-nyok, ayam masak merah (sbb my kiddo's punya fave), then aku cakap grill je la ikan salmon tu. Yong buat sos lada hitam. Masa tengah grill tu, Abg Nazir pun sibuk2 nak balik-balikkan (Yong risau je sbb takut ikan tu terburai, haha), dia dok komplen, kenapa bau ikan ni hanyir la apa la. Haih, sabar je la, sedap tu....
Time makan, mmg ikan salmon paling laku ok, except En Koji mmg takkan makan la kan.
Ajak Yong pegi Uptown Giant lak, nak cari bunga api. Bunga api je la aku bagi kiddos main, mercun is a no-no. Risau dengar budak putus jari, putus tangan bagai. Even mercun simple pun aku tak benarkan. Kecuali mercun pop pop, haha itu Rayyan pun boleh main. Balik tu, bagi la bebudak semua main bunga api. Terbakar duit.

18.8.12 (Sabtu)
Asalnya En Koji ajak balik Taiping pagi tu, tapi aku cam ngantuk sgt lak. So dia balik sorang dulu, boleh? Aku memula ingat dia gi jenjalan mana-mana kat Setiawan ke, Lumut ke, Teluk Batik ke, rupa-rupanya balik Taiping. Huhu.
Aku lak dok tunggu dia tak balik-balik, alih-alih Yong ajak ke Tesco (again!). On aje. Dia nak beli bahan-bahan nak buat soto utk raya esok. So jenjalan ke Tesco, tapaukan nasi lemak dan kueytiow for my kiddos, balik aje, diorang kata En Koji dah balik tadi, tapi sbb aku takde, dia keluar balik.
Dalam pukul 3 pm camtu, En Koji balik, ajak balik Taiping terus sbb mak pesan beli daging kerbau kalau ada, sesuai utk org ada BP cam aku ni, kata mak mentua aku. Terima kasih, mak sbb prihatin. Mmg the best la my MIL. Dia kalau tahu ktrg nak balik kg, sure cari petai sbb dia tau menantu dia ni hantu petai, haha.
Malangnya, takde org jual daging kerbau. Dapat beli daging lembu itu pun batang pinang mmg takde la. Jadi la.
Sampai je kat sana, tgk2 Maksu sekeluarga dah ada. Diorang suppose raya kat Kelantan, kg Paksu tapi change of plan sbb anak sulung dia, Fatin tu study kat Poli Arau, takde tiket bas balik KL, so maksu terpaksa amik dia kat sana, seterusnya raya kat Taiping, sbb tak larat nak drive Kelantan, sbb penghujung cuti raya nak kena anta Fatin balik ke Arau. So agak meriah, dan takde la aku kepenatan tolong masak kan sbb ada extra helper. Hehe. Cam tahun lepas, mmg fam aku sorang je sampai awal, so mmg penat la kan. Family Un pon dah ada jugak.
Yus and fam, Wan and Abg Din and Mirzan malam baru sampai. Abg Din sampai awal, dalam pukul 9 pm. Yus and fam dah pukul 2 pagi baru sampai. Diorang dok berborak kat dapur tapi aku malas nak join.

19.8.2012 (Ahad)
Salam aidilfitri. MIL masak daging masak hitam, lemang kukus, nasi goreng, rendang ayam tua. Kitorang sekeluarga theme grey tahun ni. Rupa-rupanya almost everybody pun theme kelabu, haha salah pilih theme la.
Lepas settle sembahyang raya, makan dan bersalam-salaman, pegi kubur arwah FIL pulak. Pastu terus gerak ke Kubu Gajah, acara wajib beraya di rumah Pak Long dan Mak Teh. Family Mak Ndak pun ada, tema grey jugak. Huhu. Mak Ndak and Mak Teh masak bihun sup. Lepas tu ke rumah Mak Long, makan laksa lak.
Kitorang 7 kereta berkonvoi ke rumah Pak Lang kat Serdang, Kedah lak. Kat sana diorang masak mee rebus, tapi aku x makan pun, sbb still kenyang lagi. Just makan kudap2 je. Balik tu diorang pergi ke rumah Tok Cik pulak (mak tiri MIL), tapi ktrg tak join, sbbnya macam penat, ktrg decide balik Taiping terus.
Sampai Taiping tgk Abg Din ngan Wan dah sampai. Mirzan ikut ktrg. Kemas2 pinggan mangkuk yang tak basuh pagi tadi, lepak2 jap. Malam baru diorang balik. Mak naik ngan Yus pegi Tesco beli bhn nak buat mee rebus, sbb Linda request.
Malam tu aku masak ayam masak kicap utk dinner.

20.8.12 (Isnin)
Pagi tu mak masak nasi lemak, Yus buat sambal. Aku buat air. Pastu Yus pegi umah mak mentua dia kat Kamunting pulak. Un mmg dari malam raya pertama dah pegi ke kampung Along. Aku, mak su dan mak siap2kan bahan utk buat mee rebus dan bihun sup. Aku tukang potong cucur, tauhu, cili merah, lobak masin, daun sup etc. Sambil2 tu tolong lipat kain. Maksu kontrak basuh kain sidai kain. Sambil2 juga belajar memasak mee rebus dengan mak. Tapi haram x ingat padahal dah 2 kali dia ajar.
Siap masak semua, mak suruh makan dulu sebelum orang sampai.
Dalam pukul 2 pm tu baru la Mak Ndak sekeluarga sampai, pastu kawan En Koji pun sampai. Nasib baik la ada yang bagi cadangan guna mangkuk dan gelas pakai buang kalau tak jenuh la nak basuh bagai.
Berlanjutan sampai ke malam sbb kawan Wan ngan Ikin datang jugak.

21.8.12 (Selasa)
Breakfast mak buat mee goreng. Hari ni hari lepak. Aku buat sambal tumis telur rebus. Maksu sekeluarga bertolak ke KL pukul 10 am. Tolong masak sayur campur utk lunch. Yus masak kari ayam.
Petang Yus ajak beraya kat umah Ina, awek Wan. Lepas tu dia akan terus bertolak ke KL. Makan kuey tiow goreng mak Ina masak.
Malam lak, kawan2 En Koji dan Abg Din datang, lepak sampai pukul 10 pm. Aku memang kepenatan la kan, so tak makan dinner pon terus tido.

22.8.12 (Rabu)
Abg Din dan Mirzan balik hari ni. Memandangkan semua orang dah balik ke rumah masing-masing, just tinggal kitorang aje, so boring la kan. En Koji ajak ke Penang, main redah je sbb aku cuma booking hotel utk esok (Khamis aje). Cakap kat MIL, dari Penang ktrg terus balik KL je, tak singgah dah.
Pegi Penang ikut jalan biasa. Singgah makan lunch kat Kari Corner. Sampai Penang dalam pukul 12 pm camtu, cari hotel. Full house la kan. Kalau ada pun tinggal room yang mahal aje. Buat apa nak sewa mahal2, duduk sehari, esok ke Naza Talyya pulak.
So ktrg pegi ke area Bayan Lepas sana, gamble je ke Tabung Haji, alhamdulillah ada room, murah lak tu, sbb dia ada promotion RM99 sampai 10 Ramadhan. Masuk room dia mmg puas hati la, standard room pun besar sangat, toilet pun luas, in-room facilities okey lebih kurang hotel 3/4 star jugak. Sapa berminat leh masuk sini. Tapi takde la breakfast atau pool. Tapi okey la, puas ati jugak.
Lepas lepak-lepak, tido kejap hilangkan penat, baru la keluar makan. Pegi Queensbay Mall aje, sbb dekat, nak ke Penang jauh lak rasa. Just tapau Subway ngan KFC. Then jenjalan ke Bukit Jambul Mall pulak. Beli la bekalan makanan utk breakfast esok.

23.8.12 (Khamis)
Check-out pukul 11.30 am. Suasana mendung je kat Penang ni. Terus masuk ke Penang, ke Line Clear makan nasi kandaq permintaan Haqimie. Punya la ramai orang, ingatkan hari bekerja tak ramai, no-no, mmg ramai giler, beratur lama nak amik makanan. En Koji la beratur, aku tak, aku gi cop meja.
En Koji amik nasi beriani ngan udang galah besar 3/4 tapak tangan, RM17.50. Aku dgr waiter tu cakap harga udang sekor RM12.50. Gulp.
Aku punya En Koji amik ayam goreng (serius sedap, panas-panas), kuah kari ikan ngan sayur kobis. Haqimie ayam goreng sahaja ngan kuah campur.

Pas makan ktrg gi check in kat Naza Talyya Hotel. Aku dah booking 2 hari sebelum start cuti hari tu kat Agoda. Dapat harga RM160 (+ tax) + breakfast for 2 pax, standard room. Masa check-in, En Koji kata dia dgr ada orang yang walk in, bilik sama ngan ktrg kena RM220. Nasib baik dah booking kan.
Lepak kejap dalam room, baru la keluar gi Gurney Plaza. Saja jenjalan cuci mata je pon. Then ktrg ke Padang Kota Lama, sbb Cindy penah citer makan kat situ sedap dan murah. So nak try la konon. Sekali menu yang ada kebanyakannya pasembor, laksa camtu la. Last skali, try la laksa, okey jugak, tapi aku lebih suka laksa utara yang biasa tu, bukan laksa asam kaler merah tu. Tak abis pun makan.
Sebelum balik, lepak main belon kat tgh padang tu. Balik hotel, rasa lapar lak, aku order room service. Order nasi goreng bunga kantan ngan potato wedges. RM31. Ok la sekali sekala.
Tapi nasi goreng tu takde rasa bunga kantan pun. Potato wedges dalam menu kata bagi sour cream tapi yang sampai sos tomato pedas + masam (tapi sedap jugak la). Nasi goreng Haqimie perabiskan, tadi bila aku tanya, kata tak lapar. Nasi goreng dia meriah la jugak, ada keropok, ayam goreng (3 ketul), sate (4 cucuk), telur mata, salad. Sesuai la harga RM20.

24.8.12 (Jumaat)
Breakfast kat cafe. Kali ni makanan tak berapa sedap, maybe chef cuti raya kot, ganti chef lain. Sementara kiddos n En Koji gi mandi laut n pool, aku naik bilik, kemas barang. Check-out 12.00 pm. Terlambat sikit sbb si Rayyan uk-uk lak. Terus je ke Kari Corner (again!). Kali ni ada kari ikan sembilang fave En Koji. Makan kat sini series murah. Try la cuba, best. Masakan kampung ada, udang galah ada.
Dari Kari Corner kitorang terus ke rumah Yong pulak. Yong kata dia nak masak bihun goreng dan spaghetti. Ok boleh je.
Pas makan, sembang2, ktrg bertolak ke Pahang, sbb nak raya ngan mak dan family Nyah pulak. Masuk KL terus ke tol Gombak, alhamdulillah tak jam, tapi setiap kali lalu sini sure aku nervous, jalan dia kan ke beralun-alun. Sampai Jengka 10 dalam pukul 12 am. Sembang2 kejap then tido kepenatan.

25.8.12 (Sabtu)
Kak Anie masak nasi lemak utk breakfast. Lepas tu siap2 kemas barang nak balik. Mak suruh stay sampai hari Ahad tapi En Koji kata takut jalan jam kalau balik Ahad. So, diorang bawak ktrg ke Temerloh, Nyah nak belanja makan kat D'Island Cafe. Ok set, walau pun kenyang lagi, tapi perjalanan ke Temerloh tu jauh jugak, so rasa lapar balik.
Ok juga food kat situ. Lepas makan ktrg ke Mentakab Star Mall, cuci-cuci mata. Bertolak ke KL dalam 4.30 pm. Sampai 7.00 pm. Lega dah sampai home sweet home. Esok leh rehat2 kat umah sambil basuh kain setimbun.

2 comments:

Soulie said...

sian comment aku tak kluar. sengal! hahaha.

maaf zahir batin jugak!

mrskojiwami said...

haahhaha, maafkan la kesengalanku...terlebih lemang kot...hihihih...