Saturday, June 21, 2014

Sotong Masak Lada Hitam

Sotong Masak Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong sederhana - dipotong bulat, bahagian kepada buang mata dan bahagian hitam
1/4 pokok brokoli - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
3 keping hirisan halia
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Kemudian, masukkan lada hitam, sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap pekat. Tumis lagi hingga pekat dan terbit minyak.
  4. Masukkan sotong dan brokoli dan gaul rata. Jika perlu, masukkan air dan kacau rata. Tumis dengan cepat dan perasakan secukupnya.
  5. Setelah kuah pekat, tutup api dan sedia dihidangkan. Sotong tidak perlu dimasak lama supaya tidak liat.

No comments: