Friday, May 27, 2011

Amalan berpantang 1

BERPANTANG yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.
Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.
Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.
Cara berpantang masyarakat Melayu:


  • Urutan – bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.






  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.






  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.






  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.






  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.






  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.






  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.Elakkan:






  • Keluar rumah






  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan






  • Makan dan minum berlebihan






  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit






  • Terdedah kepada cuaca sejuk




  • Sumber: Berita Harian

    SUP TULANG


    1/2 kg tulang - dibersihkan
    1 labu bawang besar - dibelah empat
    3 ulas bawang putih - diketuk
    1 bungkus Sup Bunjut Adabi
    1 sudu besar cuka (untuk melembutkan daging) - jika suka
    3 inci halia - diketuk
    1 batang kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    1 sudu kecil lada hitam - jika suka
    3 biji cili padi - diketuk (jika suka)
    1 batang celery - dihiris
    2 biji kentang - dipotong empat
    Air secukupnya
    1 kiub ikan bilis/tulang

    Hiasan:
    6 biji bawang merah - dihiris dan digaul dengan sedikit tepung gandum
    1/2 paket lobak masin
    2 tangkai daun sup - dihiris
    2 tangkai daun bawang - dihiris
    1 biji limau nipis - dibelah empat

    *Tak bubuh pun cuka, cili padi, lada hitam, celery - takut memudaratkan luka czer. 

    Rebus tulang terlebih dahulu.
    Setelah mendidih, masukkan kesemua bahan kecuali celery. Masak sehingga daging dan kentang empuk.

    Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan lobak masin hingga garing, angkat dan ketepikan.

    Hiaskan. 

    Thursday, May 26, 2011

    Kiddos







    DAGING GORENG KUNYIT


    Hirisan daging secukupnya - digaul dengan garam dan kunyit
    2 biji bawang besar - dihiris
    1/2 biji lobak merah - dihiris bulat
    3 ulas bawang putih - diketuk
    1 biji cili merah - dihiris
    2 tangkai daun sup - dipotong 1 cm
    2 tangkai daun bawang - dipotong 1 cm
    Minyak masak

    Panaskan minyak dan goreng daging hingga agak garing.
    Masukkan bawang, lobak merah dan bawang putih. Kacau hingga bawang layu.
    Masukkan cili merah, daun sup dan daun bawang. Gaul sebentar dan angkat.

    Wednesday, May 25, 2011

    Shopaholic lagi

    Am addicted. Already. Well, received my copies of Sophie Kinsella's Shopaholic and Sister and Shopaholic and Baby. Currently reading the former. I bought from FB, but she also got a blogspot, Books2U. Got some other writer's novels and comes with a price cheaper than any major bookstores. I know that the books are quite smaller in size compared to the original ones, but who cares, as long as I can read that it's okay with me.

    Sunday, May 22, 2011

    Current novels: Shopaholic Series


    *Image by Google

    Currently reading these novels. Mmg dah ketinggalan, tapi do I care? Baru baca three books, The Confessions of a Shopaholic, Shopaholic Abroad and Shopaholic Ties the Knot. Lagi 2 books otw, I bought online. Suppose sampai last Fri, tapi tak tau la, what's wrong with Pos Ekspress, takde la pulak, same goes with my other 2 orders. Tgk esok kalau x smp jugak, harus ku tanya para penjual.

    The books I read were quite funny and the way Sophie Kinsella presented them are quite unusual to me. I mean what with the official letters, and bills. So dats why I proceed to order 2 more books. Last skali, I should buy Mini Shopaholic, ari tu x cukup bajet.

    I think I shud read other books by Kinsella which are not in the shopaholic series. Maybe she'll be my another fave writer.

    Ikan Mayong Masak Lemak Cili Padi



    5 ketul ikan mayong - dibersihkan
    1 batang serai - diketuk
    1 helai daun kunyit - dicarik
    2 keping asam keping atau 1 biji tomato - dibelah empat
    1/2 cawan santan cair
    1 cawan santan pekat
    Garam dan serbuk perasa (jika suka)

    Bahan-bahan ditumbuk:
    2 ulas bawang putih
    2 biji bawang merah
    1 biji cili merah
    5 biji cili padi
    1 inci kunyit hidup

    Cara-cara:
    Satukan santan cair, serai, daun kunyit, asam keping dan bahan tumbuk dalam periuk. Jerang hingga agak mendidih sambil dikacau selalu.
    Masukkan ikan mayong dan kacau selalu sehingga mendidih. Masukkan tomato (jika tak masukkan asam keping), santan pekat, garam dan perasa. Kacau hingga ikan masak.

    Confinement - Day 12

    Okay, first 3 days I was in the ward, there's nothing much I can do but to eat whatever they served me, which includes ikan cencaru (jacket fish), chicken, fried rice, eggs. OMG. Nasib baik takde pulak sakit-sakit, bisa-bisa badan. I've to eat bcoz mak tak sempat nak masakkan utk En Koji anta pada aku. And since I was bf my baby, so tahap kelaparan tu agak melampau. Nak tak nak terpaksa makan jugak, dahaga tak payah cakap la, aku bukan jenis minum air suam or makan roti krim jagung, but since tak tahan, berbotol jugak air suam aku minum, siap sms En Koji belikan roti jagung.

    Day 4 (after discharged), mak masakkan asam rebus ikan kerisi kot (tak ingat la), alamak tak ingat la, yang aku ingat mak ada masakkan asam rebus ikan haruan (requested by me, bcoz I tak lalu makan sup ikan haruan). Ikan haruan tu Nyah yang bawakkan masa dia datang melawat cuti Hari Wesak ari tu. Ayam ada makan jugak, ayam kampung goreng. I read somewhere, makan cuka utk kecutkan rahim, so ada satu hari tu aku request nak makan ikan masak cuka. So mak buatkan, cuka tu ekceli takde la rasa sangat. Tapi kan malam tu, perut aku kembung pastu sakit berdenyut-denyut kat dalam, maybe tempat kena jahit tu. Sapu Minyak Herbanika NR banyak kali pun x jalan, adoi...I guess cuka tu kalau orang bersalin normal ok kot, kalau czer tak leh kot. Or maybe it was just me yang tak tahan. Rendang daging pun ada gak makan.

    Like yesterday, mak dah goreng ikan merah. Tapi aku macam alamak takkan ikan goreng je kan, so aku bukak la buku Resepi Berpantang (Alaf 21), buat la ikan masak asam jawa or something la. Turn out horror, tak sedap langsung, hahah. Tapi terpaksa habiskan, kalau tak membazir, lagi pun aku takde lauk lain.

    But for the last few days, my diet secara rutin adalah:

    Breakfast: 2 keping roti Gardenia + susu pekat/jem strawberry/plain + 1 mug Milo + 2 scoop Enfamama

    Lunch: 1 mangkuk nasi putih, 1 jenis lauk, ulam-ulaman (pegaga/raja/selom/peria katak)

    Teatime: Kopi O/Milo

    Dinner: Sama macam lunch.

    Duh boring x yah cakap la, tapi what to do, makan saja, otherwise lapar, perut masuk angin lak. Sian baby.

    Tadi mak buat rendang daging.

    Tapi yg bestnya, aku ni kena pantang, tapi En Koji request aku masakkan ikan mayong masak lemak la, ketam masak lemak la, ikan sembilang kari la. Sabar je la, diorang makan best-best.

    Thursday, May 19, 2011

    i am now a mother of 3 (sons)

    Trivia:

    7 May 2011 (Sat)

    Hari last bekerja sebelum start my maternity leave on Monday. Cadangnya Monday tu nak rehat la b4 admit ke wad the next day. My czer was scheduled on 11/5/11. Handover my job to whom it may concern.

    8 May 2011 (Sun)

    Sempat lagi ke Pasar Borong Selayang beli stok ikan dan sayur utk berpantang. Walaupun sebenarnya x berapa larat dah, tapi sbb kena pimpin mak terpaksa la pegi jua.

    9 May 2011 (Mon)

    Rehat kat rumah je. Qayyum pun dah start cuti dari taska. Juz En Koji anta Qimie ke taska since dia kena sekolah kan. En Koji keje. Dalam pagi2 buta tu rasa macam ada contractions tapi aku pun confuse juga, contractions ke pun, sbb kalau ikutkan EDD 25/5/11, so hari ni baru nak masuk 10/5/11 kan, so aku abaikan aje la.

    10 May 2011 (Tue)

    Contractions still ada. Lepas breakfast nasi goreng (x abis pun), En Koji anta aku ke HSB. Pas daftar semua, naik ke Wad 6B, tapi unfortunately nurse kat situ kata, skang takde katil kosong, fully occupied. Aku kata saya mmg suppose masuk wad hari ni. Dia suruh aku ke Dewan Bersalin pulak. Nanti bila ada katil kosong baru dia anta naik atas. Pulak. So ke DB. Sampai sana, diorang lak confuse knp aku ke situ, aku pun explain la nurse kat Wad 6B tu kata apa. So, dia pun daftarkan kemasukan aku, sempat lagi nurse tu cakap, biasalah kat sini, walaupun ada appointment kadang2 jadi juga macam ni. Okey la, redha je la. Dia suruh aku masuk wad kat dalam tu, ramainya patients menunggu masa. Scary lak aku rasa. Baru duduk kejap, nama aku dipanggil, masuk dalam CTG room. Dah lama tu, doc datang check, dia kata kenapa graph aku x cantik, dia takut jantung baby lemah. Aku pun bg tau dia, aku rasa macam ada contractions. Each medic staff yang approach aku sure tanya naper aku kena czer utk kali ketiga, dan setiap kali tu la aku explain sbb yang 2 lagi tu pun czer. So dia suruh aku ke open ward lak, masuk air, then diorang akan check CTG once again. Sambil tunggu air abis tu, aku sempat lagi baca buku Shopaholic Ties the Knot by Sophie Kinsella. Wah, macam nak duduk santai kat hotel gayanya. Org lain sumer dah keluh kesah ke sana ke mari menahan contractions, aku leh lak baca novel, tapi sakit jugak.

    Ada sorang doc lelaki stopped by, tanya gitu gini kat doc perempuan tadi, then aku cakap ada contractions, dia dok gelak2, ingat aku main2 ke apa. Then, diorang wat CTG sekali lagi. Ada sorang nurse datang check perut dan dia konfemkan aku ada contractions every 10 minutes. Huhu. Doc perempuan tadi tu mintak izin nak check dilation, terkejut dia kata ni dah 4 cm. Aku pun terkejut jugak.

    Dia panggil lak sorang doc Cina lelaki. Doc tu scan my tummy, then dia pun mintak izin nak check bukaan, dia kata dah 5 cm la! Cam kelakar lak diorang semua kelam kabut, kata she's in labour, can't wait until give birth, must call the OT to prepare. Then doc tu explain la apa yang akan dilakukan, darah beku and all. Then bagitau pasal ikat saluran peranakan, aku cakap me and hubby agreed already. Then diorang suruh sign few forms and call hubby. Aku call En Koji, bagi tau ari ni jugak kena czer sbb dah ada bukaan 5 cm. Terkejut dia, terus amik cuti, asalnya 1/2 day je.

    So, diorang pun siapkan la aku pakai baju OT, then masukkan urine tube (ouch!), sambil tu tunggu OT panggil sbb OT pun full. Aduh dugaan sungguh, dah la contractions. Asal elektif czer, jadi jugak emergency czer, just like the other 2 pregnancies.

    Lama jugak menunggu, dalam pukul 3.15 pm kot, baru la diorang tolak ke OT (Tingkat 3 kot). Sebelum tu diorang suruh aku telan white liquid (sumpah rasa macam sabun), masa kat Pusrawi dulu takde lak aku kena minum menda ni. Dah masuk area OT, kena tunggu lagi. Lama pastu, ada la nurse datang, tanya kenapa kali ni tak pegi swasta? Aku jawab sbb kali ni dah tau kena czer. Dia tanya tu takde la sounded annoying ke apa, maybe curious je kot. Dia explain kat aku pasal bius separuh badan, then terus tolak masuk ke OT 4.

    Start la aku trembling. Masa Qayyum dulu pun aku menggigil. Pasrah je la diorang 'naked'kan aku, hahah. Then masa nak cucuk tulang belakang, leh lak 2-3 kali tak lepas2. Duh. Pastu lama jugak bius tu amik masa, kalau dulu skali cucuk terus rasa kebas. Takpe la, janji kebas sudah. Then, lapik macam2 jenis kain, hadang muka aku, then diorang pun start, rasa la scalpel tu berjalan, perut kena godak bagai, tapi tak rasa sakit la. Sambil tu aku dengar diorang sembang, pasal anak la, pasal apa la. Then dengar suara baby menangis, time tu rasa syukur sgt. Nurse tu datang kat aku, tanya aku jantina, aku jawab boy, then dia bagi aku cium baby, masa tu rasa nak nangis, sob. Then diorang bawak baby ke mana ntah, tinggal la mama dia kena jahit balik. Doc yang operate aku tanya, konfem ke nak ikat ni, umur awak muda lagi, rahim pun ok lagi, kalau nak lagi sorang, tak payah la ikat dulu. Duh, ni aku confuse ni. Dia siap cakap, tapi kalau pasni boy jugak, nak tak nak kena ikat jugak. Last2 aku cakap x payah la. Dia pun cakap kalau macam tu lepas ni awak kena fikir nak pakai contraceptive method yang mana. Ye la.

    Dah siap czer, aku diletakkan kat waiting area kot dalam 1 jam ada la. Then baru dia anta ke Wad 6C sebab 6B still penuh. Tapi baby still kat nursery. Dalam pukul 7 pm, baru En Koji datang, tanya baby mana? Ada doc kat situ kata muka aku pucat, kena masuk darah katanya.

    Tak lama pastu, diorang anta baby. Suka En Koji tengok another hero. Since tak leh makan, tak leh minum, menung aje la kan. Muntah banyak kali jugak, muntah air. Dalam tengah malam, baru minum air suam. Dah boleh bangun (which is amazing, I tot sampai esok still terlantar). Malam tu tak berapa leh tido sbb katil sebelah aku anak dia meragam the whole nite. Bila nak bangun je pening. Last sekali aku mintak nurse tolong carikan contact lenses aku, sbb aku rasa aku pening sbb mata rabun.

    Dah subuh, nurse datang, salinkan baju ngan kain, pad semua. Pagi lak, diorang tukarkan cadar. Inject BCG pada baby.

    11 May 2011 (Wed)

    Breakfast scary. Dia bagi roti 2 keping ngan scrambled eggs. Air susu (bancuh sendiri). Aku just makan sekeping roti cicah susu.

    Doc datang check, baru cabut urine tube, then baru la leh ke toilet, aku bantai mandi, x tahan la. Tapi area operate tu lap la betul2 kan.

    Try bf baby, siksa juga. Ye la dulu first 2 days mmg baby duduk nursery je, aku rehat je, kali ni kena wat semua skali except mandikan baby.

    Lunch, dia bagi ayam berkuah, bubur nasi, sup tauhu, sup sawi. En Koji datang, bawakkan pais ikan tenggiri yang mak masak. Lega. Ayam aku tak sentuh. Takut gatal, just hirup sup sawi.

    Teatime, dia bagi susu ngan kuih seri muka, aku tak makan pun, aku minum je.

    Dinner lak, bubur nasi, ikan cencaru masak kicap, sup sayur. Aku just makan bubur, kuah kicap without fish and sup sayur.

    Mak Ndak, Along, Rahman, Sarina and Sheila datang time petang. Aku tgh dimasukkan darah 1 pain (kena jugak, doc kata aku ada sign anemia). En Koji datang lewat, sbb nak amik Qimie balik sekolah dulu. Aku pesan belikan roti jagung and Milo (bf seriously buat aku lapar and dahaga).

    Owh ada surprise, tetiba dapat big basket of flower bouquets plus fruits from Mrs J. Okeh, tenkiu. Terasa glemer sat.

    Tengah malam tu, nurse suruh kemas barang, pindah tempat lain sbb ada orang baru czer nak masuk. Aku masuk wad 2 katil (2nd class kot), nama je air-cond, tapi panas. Dan paling tak bes, ada roommate Indon woman yang cakap non-stop walau pun aku dah menunjukkan tanda2 aku nak tido. Ntah hapa2 dia bebel kat aku, pasal orang Melayu suka pakai credit card la, pasal dia suami takde, anak dia masuk NICU, memula aku simpati la jugak, tapi lama2 aku rasa annoying, sbb dia cerita segala mak nenek menda yang aku tak interested, pasal bangla kedai dobi tpt dia keje, pasal kakak yang nak amik anak dia buat anak angkat. Aku dah sleepless sbb baby x nak tidur dalam tempat dia, dia nak aku bf and pegang dia selalu. Last sekali, aku tgk dia x paham2, aku terus tido je sambil dia merapu. Masa tu dah pukul 1 ke 2 pagi. Nasib la kan. Itu pun aku terjaga nak bf baby, dia baru keluar toilet, cakap dia dah 2 jam dalam toilet. Pastu sambung merapu lagi, OMG tolong....!

    12 May 2011 (Thurs)

    Lepas mandi semua, sambil2 rehat tu, datang lak medic student nak buat exam, diorang kena attend patient, then nanti ada presentation depan lecturer. Aku dapat a male student named Aizat. Menggigil aku tgk dia, ngeh. Takpe la, hopefuli dia pass la exam dia tu ngan subject matternya aku.

    Breakfast: Nasi goreng ngan susu. Aku makan selamba je, lapar la.

    Yang si Rini (room/ward mate) aku tu, pantang nampak aku jaga asik la nak merapu. Aku buat2 baca novel Shopaholic pun dia still dok tanya aku mcm2. Malas tol aku nak layan. Masa doc wat roundup, aku tanya bila leh discharge (aka saya dah tak tahan nak duduk ngan si Rini ni). Doc kata petang ni. Alhamdulillah, dia bukak plaster then spray kat czer area (pedih sikit).

    Lunch: Ikan cencaru masak kari, nasi putih, sup sawi, oren. Aku lapar. Tapi setahu aku ikan cencaru x leh makan. Tapi nak makan apa lak. Rini pun czer juga, dia kata dia okey je makan cencaru masak kicap semalam. So aku pun makan je la tapi ikan tu tak amik byk. Takut jugak kan.

    En Koji datang, aku minta dia tanya bila aku leh discharge. Pas nurse bagi bill, dia pegi bayar, then balik umah amik keta (dtg naik moto), bawak mak n qayyum sama. Alhamdulillah. And the bill was less than RM200, byk giler save kan berbanding swasta. Aku bajet paling minimum pun mau cecah RM600-700 kot.

    So, officially my new son's name is Rayyan Fahimie, yang roughly speaking bermaksud, kepuasan, bijak dan memahami.