Thursday, May 10, 2012

Menu dinner 1/5/12







Ketam Masam Manis

3 ekor ketam - dibelah dua
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam

Gaulkan kesemua bahan dan goreng sederhana garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

Bahan-bahan sos masam manis:

3 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili + bawang kisar
1 inci halia - ditumbuk halus
2 potong nanas - dipotong kecil
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan halia dan tumis sebentar.
Masukkan sos cili Thai dan sos tiram. Tumis sebentar. Masukkan sedikit air jika suka berkuah.
Masukkan ketam, daun ketumbar, nanas dan bawang kuning. Balik-balikkan. Angkat dan hidangkan.



Rendang Kerang

1/2 kg kerang besar

Bersihkan kerang dan direbus hingga masak. Kupas kulitnya dan asingkan isi. Ketepikan.

Bahan-bahan kisar

10 tangkai cili kering - dibuang biji
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit

1 helai daun kunyit - dihiris halus
1 keping asam gelugur
1/2 kotak santan pekat

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak kerang hingga agak kering tapi masih berkuah.



Angel Hair Tomyam Ayam


1/2 paket angel hair - direbus ikut arahan pada paket, ketepikan
4 ulas bawang putih -  dicincang
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
5 batang asparagus - dipotong panjang
1 sudu besar pes tomyam
1/4 paket ayam cincang
Minyak


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga layu.
Masukkan pes tomyam dan tumis sebentar.
Masukkan ayam cincang dan biarkan masak.
Masukkan asparagus dan kacau sebentar.
Masukkan angel hair dan gaul rata.

Peri-peri spaghetti

The other day, I was revising a spaghetti recipe. I thought of cooking olio aglio but then I didn't have enough ingredients and I found a bottle of Nando's Peri-Peri Sauce, so I thought why not trying something new. And the result was, awesome. I brought the left over (small portion only) to the office the next day, and my colleagues who tried it said it was delicious and they asked me to make some more.

Peri-peri Spaghetti (for two persons)



1/2 packet angel hair/vermicelli pasta - cooked as per instructions, set aside
10 dried chillies - cut and soaked in water
5 garlic - chopped
1/2 yellow onion - sliced thinly
1/4 bottle Nando's peri-peri sauce
1/2 green capsicum - sliced thinly
1/4 broccoli - sliced thinly
7 button mushrooms in bottle - sliced thinly
10 shelled prawns
some chicken slices
olive oil
1/4 tsp Maggi Cukup Rasa

Heat olive oil in a wok. Saute dried chillies for a while then set aside.
Using the same oil, saute garlic and yellow onion till fragrant.
Add in mushrooms and chicken slices, then fry till chicken cooked. Add in capsicum and broccoli. Fry a while.
Add in cooked pasta, prawns, Maggi Cukup Rasa, dried chillies and peri-peri sauce. Stir well until prawns are cooked.
Serve hot.

Saturday, March 10, 2012

Balik Taiping

2hb dan 5hb ari tu amik cuti sbb adik-beradik en koji semua pun nak balik kampung dan cadang nak buat kenduri arwah sekali. So terpaksa la mengarang surat utk Qmie bagi pada cikgu. Abg Din kata Mizan nak ikut tapi memandangkan dia ada exam, x jadi. so aku pun confuse, mizan darjah 4 ada exam, qmie takde ke. Tanya Qmie dia kata Y1 dan Y2 takde exam. So I thought ok, maybe diorang pakai syllabus PKSR tu kot that's why takde exam. Well since cikgu dia tak cakap apa masa bagi surat tu, so I assumed mmg takde exam la kot kan.

Anyway, kitorang bertolak pagi Jumaat tu. Memula pegi breakfast kat Restoran Rasamas. En Koji makan nasi lemak, sambal sotong dan kuah lemak ikan. Aku rasa sedap la jugak, tapi since aku dah ambil popia goreng tiga ketul so takde la nak ambik nasi lak.

Seperti biasa memang akan singgah rumah Yong dulu. Sampai dalam pukul 2.30 pm kot, lambat sikit sbb En Koji pegi try jalan short cut member dia bg tau. But then, takde la short cut mana pun, rasa lagi jauh ada la kot dan sunyi. Not advisable la kalau ikut jalan tu time malam. Tapi sebelum ke rumah dia, sapedek dulu. Singgah lunch kat Restoran Nasi Ayam Mama. En Koji minta nasi ayam (biasa) RM4.50. Aku since takut nak makan heavy sbb BP kan, so mintak la sup ayam dan nasi (RM6.00). Dalam gambar rupa sup ayam yang mmg dimasak, tapi sampai rupa-rupanya, potongan ayam nasi ayam (yg goreng punya tu), dia rendam dalam sup. Adeh. Dah la sup dia aku rasa macam base tulang lembu, scary aku nak makan sbb takut BP naik balik (the other day aku check dah turun ke paras normal dah). Qmie pulak mintak laksa, memula dia mintak chicken chop tapi takde. Laksa RM3.50.

Overall, tak de la sedap mana. Heh.

Tapau nasi ayam utk Yong sbb dia pesan. Sampai rumah dia, En Koji pegi fishing pulak. So aku lepak and tido dengan Rayyan. Along takde, dia dah masuk MRSM. Angah sekolah. So tinggal Kak Chik dok melayan Qmie dan Qayyum.

Petang tu hujan lebat, Yong goreng bihun, Qmie lapar. Lepas makan2, bersiap-siap nak ke Taiping pulak. Sepanjang perjalanan hujan lebat. Sampai bandar, ingat nak makan kat Doli, tapi tutup. So ke belakang bomba, En Koji tapau sotong kangkung dan tomyam. Sampai rumah mak, Un pun ada. So makan, lepak dan tido. Yus and the gang sampai dalam pukul 4 pagi.

Esok pagi pulak, mak ada keje kenduri, so tinggal kitorang. Ikin pi tapau nasi lemak, sdp aku belasah dua bungkus kongsi ngan Qayyum. Then, ktrg dan Yus, Enal, Zara, Qistina, Ikin, Un, Tasya, Balqis pegi Tesco nak beli brg2 utk kenduri. Sebelum tu En Koji dan Wan dah pegi pasar beli ayam 8 ekor.

Dah beli apa yang patut, ktrg pegi bawah cashier lak pekena bobo chacha. Aku makan laksa, diorang semua makan kueytiow goreng. Enal mee combat.

Balik, tgk mak cik Misah tengah dok goreng ayam kat depan umah. Mak Cik Limah lak tgh dok potong bawang. Aku pun tolong la kupas bawang putih. Rayyan En Koji jaga. Lepas kupas bawang putih, kupas timun dan carrot lak untuk buat jelatah. Cik Misah masak ayam masak merah.

Hujan lebat lagi. Tetiba family Pak Long Penang datang beramai-ramai, aku rasa macam suasana hari raya lak. punya la ramai kan.

Then tolong tapaukan nasi pulak masuk dalam polisterin. Kenduri ni tak buat kat rumah, just hantar ke surau. Dah siap2 semua, baru la rilek sikit. Abg Din sampai dalam pukul 10 mlm.

Esok ktrg plan nak ke Zoo Taiping. Nasib baik x ramai orang. Un ngan mak tak ikut. Just aku and family, Yus and family dan Ikin je. Tapi ktrg sampai dulu, so ktrg masuk dlu. En Koji x bawak stroller Rayyan so merasa la aku dukung dia sepanjang perjalanan. Penat giler. Ktrg jalan kaki tanak naik train sbb cam x bes kan, tak dapat tgk bebetul. Ada serangan monyet, merampas minuman dan makanan. Yus kena, menjerit dia. Nasib baik x jadi apa2 la. Just monyet tu semua nak makanan je.

Ingat lepas tu nak gi mandi air terjun, so kitorang balik sampai rumah, takde sapa. Rupa-rupanya Abg Din dan bawak mak ngan Un pegi Sungai Petani, pegi jenguk rumah Un. Along kan ada operasi kat sempadan Thailand.

Call Yus, dia pun dah on the way ke sana. Ktrg mmg malas nak pegi sbb Isnin dah nak balik, so ktrg pegi mandi air terjun. Dah dapat port, baru nak suap nasi, hujan pulak. Adeh la, masuk keta sambung makan, En Koji dan kiddos pegi mandi, aku cam risau hujan kan. Tapi diorang gi mandi kejap je, lepas gian.

Balik rumah, mak pun sampai. Lepak2, malam tu pegi makan kat Air Kuning. Aku makan nasi goreng kampung, diorang yang lain makan kueytiow goreng (lagi?).

Hari Isnin agak sunyi sbb Yus pegi umah mak mentua dia. En Koji pegi memancing dengan Rahman. Tinggal ktrg ngan Un je. Mak balik pukul 1 pm. Lepas makan, lepak2 je. Hujan lagi. Rayyan tido dalam buaian Balqis, punya la lama, dari pukul 2 pm sampai pkl 5 pm, time En Koji balik. Bagi En Koji tido kejap then bertolak ke rumah Yong. Lepak2 terus bertolak balik. Sampai rumah dalam pukul 1.30 am.

Sunday, October 30, 2011

RENDANG DAGING KARIPULLAY

1/2 kg daging - dipotong kecil
1/2 kotak santan
2 senduk cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 biji kentang - dibelah wedges
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur

Bahan dikisar:
3 biji cili padi
1 inci halia
1 batang serai
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Masukkan kesemua bahan kecuali daun limau purut, daun kari dan asam gelugur ke dalam kuali. Renih sehingga mendidih, masukkan garam, asam gelugur, daun kari dan daun limau purut. Renih lagi sehingga masak.

SAMBAL BELACAN TOMATO

Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis
2 biji cili merah - dipatah-patahkan
5 biji cili padi - dipatah-patahkan
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
1 biji tomato - dipotong kecil
1 ketul kecil belacan
Minyak

Panaskan minyak, goreng bahan-bahan di atas satu persatu. Angkat dan toskan minyak.
Tumbuk atau kisar kasar.