Friday, October 3, 2014

Supper ~ Tuesday 30.9.2014

Kek Mentega

Sumber: Buku Resepi Kek Alex Goh

Olahan: mrskojiwami







Bahan-bahan A:
5 biji putih telur
160 g gula halus (resepi 170 g gula)

Bahan-bahan B:
250 g mentega SCS Unsalted – dibiarkan lembut
1/2 sudu kecil garam halus (MrsK tambah)
1 sudu teh esen vanila (MrsK tambah)
210 g tepung gandum – diayak 3 kali
1 sudu kecil serbuk penaik (resepi 1/2 sudu kecil)
3/4 cawan susu segar (MrsK tambah)
5 biji telur kuning
20 g gula halus

Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit.
  2. Sementara itu, pastikan mangkuk adunan bersih dari segala air dan minyak dan pastikan semua peralatan yang akan digunakan kering.
  3. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk adunan. Putar, gunakan kelajuan sederhana hingga berbuih, kemudian tuangkan gula (A) sedikit demi sedikit sehingga habis. Tukar kepada kelajuan tinggi dan teruskan memutar hingga menjadi ‘meringue’. Keluarkan adunan ‘meringue’ ke dalam bekas yang lain. Ketepikan.
  4. Gunakan mangkuk adunan yang sama (tidak perlu dibersihkan). Masukkan mentega dan gula. Putar pada kelajuan sederhana hingga memutih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu, putar rata setiap kali sebelum memasukkan yang lain sehingga habis.
  5. Masukkan esen vanila dan putar sekejap. Masukkan 1/3 bahagian tepung dan diikuti 1/2 bahagian susu, putar rata. Selang-selikan sehingga habis (akhiri dengan tepung).
  6. Griskan acuan (MrsK guna acuan silikon) dengan lebihan mentega pada peketnya. Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan ratakan bahagian atas. Hentakkan sedikit dan bakar selama 50 minit – 1 jam hingga masak (uji dengan lidi sate, jika dicucuk bahagian tengah sepatutnya licin dan tidak melekat).
  7. Keluarkan dari acuan, sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan.

Dinner ~ Tuesday 30.9.2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi dan Nanas

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
4 ekor ketam bunga (sederhana besar) – dibelah 2
1/2 biji nanas madu (sederhana kecil) – dihiris ikut suka
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik kasar
1 peket pati santan
1/4 cawan air
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan ditumbuk halus:
7 biji cili padi – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong
1 ketul kecil kunyit hidup – dipotong

Cara-cara:
  1. Masukkan santan, air, bahan tumbuk, serai, daun kunyit dan asam gelugur ke dalam periuk.
  2. Renihkan di atas api perlahan hingga berwap.
  3. Keluarkan asam gelugur. Masukkan pula ketam, nanas dan cili padi. Renihkan, kacau sekali-sekala supaya santan tidak pecah.
  4. Masukkan garam dan kacau hingga merenih. Tutup api.

Dinner ~ Monday 29.9.2014

Kerapu Merah ala Thai

Sumber: mrskojiwami






Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu merah – dikelar
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar – dibelah 2
1 biji tomato – didadu
1/2 biji lada benggala merah – didadu
1/4 biji timun – didadu
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar, dibahagi 2
1/2 batang bunga kantan – dihiris halus
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Lumurkan ikan dengan Maggi Cukup Rasa, serbuk kunyit, tepung gandum dan tepung jagung rata-rata.
  2. Goreng ikan hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  3. Tinggalkan minyak dalam 1/2 cawan. Tumis serai hingga garing. Keluarkan serai.
  4. Tumis cili kisar hingga garing, masukkan sos cili Thai, sos tiram dan pes tomyam. Tumis hingga terbit minyak.
  5. Kemudian, masukkan air, bawang besar, tomato, lada benggala, timun, cili padi, separuh daun ketumbar dan bunga kantan. Gaul rata, perlahankan api dan renihkan sebentar. Masukkan garam dan renih lagi hingga kuah hampir pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
  6. Hiaskan dengan baki daun ketumbar.

Breakfast ~ Thursday 25.9.2014

Pulut Kuning Tanak

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
3/4 peket beras pulut susu – dibasuh bersih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan – disimpulkan

Cara-cara:
  1. Rendam pulut, serbuk kunyit dan asam gelugur semalaman. Keesokannya, toskan airnya, bilas sekali dan buangkan asam gelugur. Toskan air sekali lagi.
  2. Masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan santan, garam, daun pandan dan air hingga menutupi paras beras pulut sahaja.
  3. Masak seperti biasa. Setelah masak, kaup balik dan tutup semula periuk. Biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.


Gulai Ayam Kampung ala Kelantan

Sumber: Various blogs

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
2 biji kentang – dipotong 4
3/4 peket pati santan
1/4 cawan air
4 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
2 sudu besar serbuk paprika/cili
1/2 ketul gula nisan Terengganu/Melaka
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
  2. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata, perlahankan api dan biarkan sehingga ayam agak kecut sedikit.
  3. Tuangkan santan dan air. Gaul rata dan setelah berwap masukkan rempah gulai, rempah masak, serbuk paprika dan gula nisan. Gaul sekali sekala hingga nampak mendidih.
  4. Masukkan garam dan masak sehingga kuah hampir pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Breakfast ~ Monday 29.9.2014

Cucur Udang

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 cawan air panas
Air biasa secukupnya
15 ekor udang sederhana kecil – dikupas dan dipotong 3
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 biji cili merah – dicincang
Minyak untuk menggoreng
Sos cili sebagai pencicah

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak dan sos cili). Bancuh tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Lebih elok jika disimpan semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak. Sudukan bancuhan satu persatu dan goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Goreng sehingga habis.
  3. Hidangkan dengan sos cili.