I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Wednesday, June 8, 2011
Ayam Kukus Halia
4 ketul ayam kampung
2 inci halia tua - dihiris
2 biji bawang kecil - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1/2 kiub ayam
1 sudu kecil perencah lada hitam Maggi
Air secukupnya
1 keping asam keping
1 biji kentang - dibelah lapan
Gaulkan kesemua bahan dalam pinggan tahan panas dan kukus hingga masak.
Ikan Gelama Masak Asam
1 ekor ikan gelama - dipotong dua, gaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, ketepikan
4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
2 inci halia tua - dihiris
1/2 sudu kecil lada hitam - dipecah-pecahkan
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai cili kering - dihiris kasar
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil pes asam jawa
Minyak untuk menumis
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan halba campur hingga wangi.
Masukkan lada hitam dan cili kering.
Masukkan air dan pes asam jawa. Didihkan hingga agak pekat. Perasakan garam. Tuang ke atas ikan goreng.
Monday, June 6, 2011
Kembung Perut
Pengenalan
Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.
Diagnosis
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak didiagnosa. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan).
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
Dari segi perubatan keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
Tanda dan Gejala
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
.
Komplikasi
- Malu untuk bersosial
- Terlalu merendah diri
Rawatan
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai.Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh mencuba:
- Suplemen Laktosa : sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
- Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
- Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.
Pencegahan
Ukuran Pemakanan
- Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
- Cuba kenalpasti dan galakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
- Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
- Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
- Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
- Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
Pengubahsuaian Cara Hidup
- Cubalah jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan kerap daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
- Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya susah, perlahankan cara dengan meletakkan sudu dan garfu diantara setiap suapan.
- Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
- Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
- Periksa gigi palsu anda. Kedudukan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.
- Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan.
Jangkitan Kuman Di Paru‐paru
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/Paru_paru.pdf
Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian
bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara
(air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah
jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.
Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal
pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian
bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius
hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu.
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:
• Demam panas
• Batuk dengan atau tanpa kahak
• Sakit dada
• Tiada selera makan, tidak mahu makan
• Rasa tidak sihat, sering merengek
• Pernafasan laju atau susah bernafas
• Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat
terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
• Pernafasan laju
• Sukar untuk bernafas
• Bibir menjadi biru
• Batuk berdarah
• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan
badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini
disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda boleh mencuba rawatan ini di rumah:
• Paracetamol
• Rehat yang secukupnya
• Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu
dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
paru-paru. Contohnya:
• Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua
kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
• Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah
pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
• Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya
kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak
yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila
dapatkan nasihat doktor.

Ke Setiawan
Plan asal nak balik kampung Taiping sama. So, hari Jumaat En Koji dah start cuti. So, pukul 4 pagi dah bangun, mandi-mandi semua, then dalam pukul 5 pagi bertolak. Sampai Sekinchan (ktrg balik ikut jalan lama), breakfast kat kedai mamak. Then teruskan perjalanan, time ni Rayyan start muntah sampai la ke Setiawan, rumah Yong. Badan dia dah lembik dah, tatau kenapa. Maybe tak tahan sejuk air-con keta kot. Dah smp umah Yong pun still muntah, so dalam tgh hari tu, bawa ke klinik kanak-kanak. Dr suruh tukar susu dari soya-based (Enfalac A+ Prosobee) ke original Langkah 1 (Enfalac A+ tin kuning). Tapi dia bagi jugak ubat colic, and in the meantime dia suruh bf je dulu, bila tgk baby macam x puas, baru start on formula. Dr kata nothing serious, it was just his reactions to different kind of milk and maybe jugak sbb travelling. Sebelum jumpa dr tu aku cakap pada En Koji better aku stay umah Yong, just in case apa-apa senang Abg Nazir ada. Tapi since dr kata ok, so balik ke plan asal, pegi Taiping.
Tapi masalahnya aku dah takde hati sbb satu baby x brp nak sihat, mlm tu pulak, En Koji kata tak jadi tidur kat umah mak Taiping, dia ngan member2 dia terus bertolak ke Kedah duduk kat homestay yang Joe dah sewa. So tinggal aku anak-beranak kat sana, kalau apa2 hal, macam mana lak kan.
Kebetulan pulak, balik dr klinik tu Rayyan still muntah, cirit-birit. Yong ngan mak suruh aku stay kat situ je, x yah ikut En Koji, lagipon dia takde malam tu, so aku cakap kat Encik Koji, dia pun agree la. Nyah lak call kata dia kat Teluk Batik, nanti dah abis mandi manda, dia datang umah Yong. So tunggu la diorang. Rupa-rupanya Acu ngan Baiti pon ada. Dalam pukul 5 ptg En Koji bertolak ke Taiping.
Malam tu Rayyan meragam, kembung perut bagai. Yong tlg urut2 dengan minyak afiat baru dia okay sikit.
Pagi esoknya pulak, dalam pukul 7 pg, En Koji call kata dia baru sampai Alor Star, aku pelik kata tido homestay. Rupa2nya tak jadi sbb ada member dia sampai lambat, so pukul 5 pagi diorang bertolak. Terus ke rumah pengantin, Joe. Kalau ikutkan aku mmg nak ikut, sebab Joe ni match-maker ktrg tapi apa kan daya, dalam pantang, takkan nak gi kenduri kot. Last2, 5 org member dia pon semua pegi single, sorang tak bawak wife.
Rayyan still ada cirit-birit tapi bila minum formula, macam dah okey sikit. So lega la. En Koji tak jadi dtg sbb dia penat so esoknya baru dia datang.
Ahad. En Koji smp dalam pukul 11 pagi. Tunggu Yong masak, dia masak masak lemak ketam ngan ikan gelama goreng asam jawa utk aku. Lepas makan2 semua, terus bertolak ke SB. Hujan pulak. Sampai umah dalam pukul 7 pm.

Subscribe to:
Posts (Atom)