Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 kg sotong sederhana - dipotong bulat, bahagian kepada buang mata dan bahagian hitam
1/4 pokok brokoli - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
3 keping hirisan halia
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu dan wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
- Kemudian, masukkan lada hitam, sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap pekat. Tumis lagi hingga pekat dan terbit minyak.
- Masukkan sotong dan brokoli dan gaul rata. Jika perlu, masukkan air dan kacau rata. Tumis dengan cepat dan perasakan secukupnya.
- Setelah kuah pekat, tutup api dan sedia dihidangkan. Sotong tidak perlu dimasak lama supaya tidak liat.