Tuesday, September 11, 2012

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
Serbuk kunyit dan garam

Gaulkan kesemua bahan dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Bahan sambal:

3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 pokok daun ketumbar/bawang/sup
1/2 biji bawang kuning - dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tumis lagi. Masukkan sedikit air jika perlu.
Masukkan ayam dan renihkan hingga ayam masak.
Masukkan bawang kuning dan daun ketumbar. Gaul sebentar, angkat dan hidangkan.

No comments: