Kronologi la sangat....
Khamis 16.8.12 tu last day keje. Takde mood nak buat keje jangan cakap la kan. Tapi disebabkan kena rush jugak siap sebelum cuti raya, KRS tu la punya pasal, struggle la ktrg satu department buat layout. Ngam-ngam siap pukul 5 pm tu. Lega...
Memula En Koji ajak balik kampung malam tu jugak, tapi aku tak siap kemas lagi beg ktrg anak-beranak, so aku kata balik lepas sahur je la. Tapi being En Koji, bab balik kampung mmg tak leh tahan, so pukul 2 am tu jugak bertolak. Ktrg cam besa mmg balik kg ikut jalan lama i.e. without highway. Alasan En Koji, selain nak elak jam, dia suka balik ikut jalan lama sbb senang nak berhenti kat mana-mana, leh lepak tido whatsoever.
Alhamdulillah, mmg tak jam langsung pagi tu. Singgah beli sahur KFC kat area Teluk Intan kot dalam pukul 4 am macam tu.
Sampai rumah Yong kat Setiawan dalam pukul 5 am, time dia tgh prepare sahur utk family dia. Terkejut dia ktrg dah sampai, sbb aku kata lepas sahur bertolak kan. Hehe. Tak sahur pun ngan dia sbb dah kenyang makan KFC.
17.8.12 (Jumaat)
Pagi tu, aku sedar Yong bangun nak pegi pasar. Memula rasa nak ikut, pastu malas lak. So aku sambung tido. Pastu menyesal sbb tak sempat nak beli daging batang pinang sekali dgn Yong. Padan muka.
Tengah hari tu aku ajak Yong pegi salun rambut. Nak potong, pendek terus. Puas hati. Pastu again menyesal sbb dia potong kat paras tengkuk, bila pakai tudung agak rimas, sbb nak ikat tak leh.
Pegi Tesco beli cekak rambut. Ternampak salmon dia jual murah, so mmg dah lama niat nak belanja yong makan salmon, sbb dia x penah rasa, so beli la, harga dalam RM5 sekeping. Ok la, banding kat Jusco hari tu, RM10 sekeping kan. Tapi of coz la kualiti dia agak lain sikit, kat Jusco tu mmg fresh. Kat Tesco ni maybe sbb nak abiskan stok ke apa kan, tapi bila masak still ok rasa dia. Aku beli 3 keping, pastu Yong tergoda join beli 2 keping lagi utk family dia nak masak lain kali.
Masak utk berbuka. Yong masak kari kepala ikan nyok-nyok, ayam masak merah (sbb my kiddo's punya fave), then aku cakap grill je la ikan salmon tu. Yong buat sos lada hitam. Masa tengah grill tu, Abg Nazir pun sibuk2 nak balik-balikkan (Yong risau je sbb takut ikan tu terburai, haha), dia dok komplen, kenapa bau ikan ni hanyir la apa la. Haih, sabar je la, sedap tu....
Time makan, mmg ikan salmon paling laku ok, except En Koji mmg takkan makan la kan.
Ajak Yong pegi Uptown Giant lak, nak cari bunga api. Bunga api je la aku bagi kiddos main, mercun is a no-no. Risau dengar budak putus jari, putus tangan bagai. Even mercun simple pun aku tak benarkan. Kecuali mercun pop pop, haha itu Rayyan pun boleh main. Balik tu, bagi la bebudak semua main bunga api. Terbakar duit.
18.8.12 (Sabtu)
Asalnya En Koji ajak balik Taiping pagi tu, tapi aku cam ngantuk sgt lak. So dia balik sorang dulu, boleh? Aku memula ingat dia gi jenjalan mana-mana kat Setiawan ke, Lumut ke, Teluk Batik ke, rupa-rupanya balik Taiping. Huhu.
Aku lak dok tunggu dia tak balik-balik, alih-alih Yong ajak ke Tesco (again!). On aje. Dia nak beli bahan-bahan nak buat soto utk raya esok. So jenjalan ke Tesco, tapaukan nasi lemak dan kueytiow for my kiddos, balik aje, diorang kata En Koji dah balik tadi, tapi sbb aku takde, dia keluar balik.
Dalam pukul 3 pm camtu, En Koji balik, ajak balik Taiping terus sbb mak pesan beli daging kerbau kalau ada, sesuai utk org ada BP cam aku ni, kata mak mentua aku. Terima kasih, mak sbb prihatin. Mmg the best la my MIL. Dia kalau tahu ktrg nak balik kg, sure cari petai sbb dia tau menantu dia ni hantu petai, haha.
Malangnya, takde org jual daging kerbau. Dapat beli daging lembu itu pun batang pinang mmg takde la. Jadi la.
Sampai je kat sana, tgk2 Maksu sekeluarga dah ada. Diorang suppose raya kat Kelantan, kg Paksu tapi change of plan sbb anak sulung dia, Fatin tu study kat Poli Arau, takde tiket bas balik KL, so maksu terpaksa amik dia kat sana, seterusnya raya kat Taiping, sbb tak larat nak drive Kelantan, sbb penghujung cuti raya nak kena anta Fatin balik ke Arau. So agak meriah, dan takde la aku kepenatan tolong masak kan sbb ada extra helper. Hehe. Cam tahun lepas, mmg fam aku sorang je sampai awal, so mmg penat la kan. Family Un pon dah ada jugak.
Yus and fam, Wan and Abg Din and Mirzan malam baru sampai. Abg Din sampai awal, dalam pukul 9 pm. Yus and fam dah pukul 2 pagi baru sampai. Diorang dok berborak kat dapur tapi aku malas nak join.
19.8.2012 (Ahad)
Salam aidilfitri. MIL masak daging masak hitam, lemang kukus, nasi goreng, rendang ayam tua. Kitorang sekeluarga theme grey tahun ni. Rupa-rupanya almost everybody pun theme kelabu, haha salah pilih theme la.
Lepas settle sembahyang raya, makan dan bersalam-salaman, pegi kubur arwah FIL pulak. Pastu terus gerak ke Kubu Gajah, acara wajib beraya di rumah Pak Long dan Mak Teh. Family Mak Ndak pun ada, tema grey jugak. Huhu. Mak Ndak and Mak Teh masak bihun sup. Lepas tu ke rumah Mak Long, makan laksa lak.
Kitorang 7 kereta berkonvoi ke rumah Pak Lang kat Serdang, Kedah lak. Kat sana diorang masak mee rebus, tapi aku x makan pun, sbb still kenyang lagi. Just makan kudap2 je. Balik tu diorang pergi ke rumah Tok Cik pulak (mak tiri MIL), tapi ktrg tak join, sbbnya macam penat, ktrg decide balik Taiping terus.
Sampai Taiping tgk Abg Din ngan Wan dah sampai. Mirzan ikut ktrg. Kemas2 pinggan mangkuk yang tak basuh pagi tadi, lepak2 jap. Malam baru diorang balik. Mak naik ngan Yus pegi Tesco beli bhn nak buat mee rebus, sbb Linda request.
Malam tu aku masak ayam masak kicap utk dinner.
20.8.12 (Isnin)
Pagi tu mak masak nasi lemak, Yus buat sambal. Aku buat air. Pastu Yus pegi umah mak mentua dia kat Kamunting pulak. Un mmg dari malam raya pertama dah pegi ke kampung Along. Aku, mak su dan mak siap2kan bahan utk buat mee rebus dan bihun sup. Aku tukang potong cucur, tauhu, cili merah, lobak masin, daun sup etc. Sambil2 tu tolong lipat kain. Maksu kontrak basuh kain sidai kain. Sambil2 juga belajar memasak mee rebus dengan mak. Tapi haram x ingat padahal dah 2 kali dia ajar.
Siap masak semua, mak suruh makan dulu sebelum orang sampai.
Dalam pukul 2 pm tu baru la Mak Ndak sekeluarga sampai, pastu kawan En Koji pun sampai. Nasib baik la ada yang bagi cadangan guna mangkuk dan gelas pakai buang kalau tak jenuh la nak basuh bagai.
Berlanjutan sampai ke malam sbb kawan Wan ngan Ikin datang jugak.
21.8.12 (Selasa)
Breakfast mak buat mee goreng. Hari ni hari lepak. Aku buat sambal tumis telur rebus. Maksu sekeluarga bertolak ke KL pukul 10 am. Tolong masak sayur campur utk lunch. Yus masak kari ayam.
Petang Yus ajak beraya kat umah Ina, awek Wan. Lepas tu dia akan terus bertolak ke KL. Makan kuey tiow goreng mak Ina masak.
Malam lak, kawan2 En Koji dan Abg Din datang, lepak sampai pukul 10 pm. Aku memang kepenatan la kan, so tak makan dinner pon terus tido.
22.8.12 (Rabu)
Abg Din dan Mirzan balik hari ni. Memandangkan semua orang dah balik ke rumah masing-masing, just tinggal kitorang aje, so boring la kan. En Koji ajak ke Penang, main redah je sbb aku cuma booking hotel utk esok (Khamis aje). Cakap kat MIL, dari Penang ktrg terus balik KL je, tak singgah dah.
Pegi Penang ikut jalan biasa. Singgah makan lunch kat Kari Corner. Sampai Penang dalam pukul 12 pm camtu, cari hotel. Full house la kan. Kalau ada pun tinggal room yang mahal aje. Buat apa nak sewa mahal2, duduk sehari, esok ke Naza Talyya pulak.
So ktrg pegi ke area Bayan Lepas sana, gamble je ke Tabung Haji, alhamdulillah ada room, murah lak tu, sbb dia ada promotion RM99 sampai 10 Ramadhan. Masuk room dia mmg puas hati la, standard room pun besar sangat, toilet pun luas, in-room facilities okey lebih kurang hotel 3/4 star jugak. Sapa berminat leh masuk sini. Tapi takde la breakfast atau pool. Tapi okey la, puas ati jugak.
Lepas lepak-lepak, tido kejap hilangkan penat, baru la keluar makan. Pegi Queensbay Mall aje, sbb dekat, nak ke Penang jauh lak rasa. Just tapau Subway ngan KFC. Then jenjalan ke Bukit Jambul Mall pulak. Beli la bekalan makanan utk breakfast esok.
23.8.12 (Khamis)
Check-out pukul 11.30 am. Suasana mendung je kat Penang ni. Terus masuk ke Penang, ke Line Clear makan nasi kandaq permintaan Haqimie. Punya la ramai orang, ingatkan hari bekerja tak ramai, no-no, mmg ramai giler, beratur lama nak amik makanan. En Koji la beratur, aku tak, aku gi cop meja.
En Koji amik nasi beriani ngan udang galah besar 3/4 tapak tangan, RM17.50. Aku dgr waiter tu cakap harga udang sekor RM12.50. Gulp.
Aku punya En Koji amik ayam goreng (serius sedap, panas-panas), kuah kari ikan ngan sayur kobis. Haqimie ayam goreng sahaja ngan kuah campur.
Pas makan ktrg gi check in kat Naza Talyya Hotel. Aku dah booking 2 hari sebelum start cuti hari tu kat Agoda. Dapat harga RM160 (+ tax) + breakfast for 2 pax, standard room. Masa check-in, En Koji kata dia dgr ada orang yang walk in, bilik sama ngan ktrg kena RM220. Nasib baik dah booking kan.
Lepak kejap dalam room, baru la keluar gi Gurney Plaza. Saja jenjalan cuci mata je pon. Then ktrg ke Padang Kota Lama, sbb Cindy penah citer makan kat situ sedap dan murah. So nak try la konon. Sekali menu yang ada kebanyakannya pasembor, laksa camtu la. Last skali, try la laksa, okey jugak, tapi aku lebih suka laksa utara yang biasa tu, bukan laksa asam kaler merah tu. Tak abis pun makan.
Sebelum balik, lepak main belon kat tgh padang tu. Balik hotel, rasa lapar lak, aku order room service. Order nasi goreng bunga kantan ngan potato wedges. RM31. Ok la sekali sekala.
Tapi nasi goreng tu takde rasa bunga kantan pun. Potato wedges dalam menu kata bagi sour cream tapi yang sampai sos tomato pedas + masam (tapi sedap jugak la). Nasi goreng Haqimie perabiskan, tadi bila aku tanya, kata tak lapar. Nasi goreng dia meriah la jugak, ada keropok, ayam goreng (3 ketul), sate (4 cucuk), telur mata, salad. Sesuai la harga RM20.
24.8.12 (Jumaat)
Breakfast kat cafe. Kali ni makanan tak berapa sedap, maybe chef cuti raya kot, ganti chef lain. Sementara kiddos n En Koji gi mandi laut n pool, aku naik bilik, kemas barang. Check-out 12.00 pm. Terlambat sikit sbb si Rayyan uk-uk lak. Terus je ke Kari Corner (again!). Kali ni ada kari ikan sembilang fave En Koji. Makan kat sini series murah. Try la cuba, best. Masakan kampung ada, udang galah ada.
Dari Kari Corner kitorang terus ke rumah Yong pulak. Yong kata dia nak masak bihun goreng dan spaghetti. Ok boleh je.
Pas makan, sembang2, ktrg bertolak ke Pahang, sbb nak raya ngan mak dan family Nyah pulak. Masuk KL terus ke tol Gombak, alhamdulillah tak jam, tapi setiap kali lalu sini sure aku nervous, jalan dia kan ke beralun-alun. Sampai Jengka 10 dalam pukul 12 am. Sembang2 kejap then tido kepenatan.
25.8.12 (Sabtu)
Kak Anie masak nasi lemak utk breakfast. Lepas tu siap2 kemas barang nak balik. Mak suruh stay sampai hari Ahad tapi En Koji kata takut jalan jam kalau balik Ahad. So, diorang bawak ktrg ke Temerloh, Nyah nak belanja makan kat D'Island Cafe. Ok set, walau pun kenyang lagi, tapi perjalanan ke Temerloh tu jauh jugak, so rasa lapar balik.
Ok juga food kat situ. Lepas makan ktrg ke Mentakab Star Mall, cuci-cuci mata. Bertolak ke KL dalam 4.30 pm. Sampai 7.00 pm. Lega dah sampai home sweet home. Esok leh rehat2 kat umah sambil basuh kain setimbun.
I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Thursday, August 30, 2012
Monday, August 6, 2012
KARI TOMYAM IKAN SALMON (TANPA SANTAN)
Kelmarin sambil jalan-jalan cari baju raya kiddos kat Mid Valley, masuk la kejap ke Jusco. Sekali ternampak lak ikan salmon ni, dah lama tak makan...cam teringin lak. Pastu teringat mak nak pegi umah Nyah dah Ahad ni, so beli la, bagi mak rasa. Ambil sekeping je pun, itu pun dan RM10+. Pejam mata je la, sekali-sekala mengabihkan duit untuk mak sendiri. So fikir punya fikir nak masak apa, memula ingat nak grill/goreng aje, tapi memikirkan nanti takde lauk berkuah, takkan nak makan kering je buka posa nanti. Last-last sampai rumah decide masak kari aje la, kita improvise sket, buh pes tomyam sikit. Sedap jugak.
Kari Tomyam Ikan Salmon
Bahan-bahan:
1 keping ikan salmon
2 tangkai daun kari
1 biji tomato - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua tanpa putus
4 biji bendi
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil pes tomyam
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh halba campur
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Minyak untuk menumis
Air
Garam
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Campurkan serbuk kari dan pes tomyam dengan sedikit air, jadikan pes.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan campuran pes serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan sedikit air, didihkan.
Masukkan ikan salmon dan renih hingga sederhana pekat. Masukkan cili hijau, tomato dan bendi. Perasakan garamnya. Didih sehingga masak.
Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan:
6 ketul ayam - digaul dengan garam dan kunyit, digoreng separuh masak, ketepikan
1 batang kulit kayu manis (kecil)
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 hirisan halia - dihiris kecil
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 biji cili merah - dibelah dua tanpa putus
1 biji cili hijau - dibelah dua tanpa putus
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
5 biji tomato ceri
Air secukupnya
**Tiada tambahan garam
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
Masukkan cili kisar, sos tiram dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat dan air, didihkan. Masukkan ayam dan renih sebentar hingga kuah sederhana pekat.
Akhir sekali, masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar, serbuk lada hitam dan tomato ceri.
Saturday, August 4, 2012
Agar-agar Strawberry Lapis Milo
Bahan-bahan:
Base merah:
1 paket serbuk agar-agar (merah)
2 sudu kecil esen strawberry
3 senduk gula
Air secukupnya
Masak kesemua bahan hingga larut. Bahagikan kepada tiga bahagian.
Tuangkan bahagian pertama ke dalam loyang dan sejukkan.
Lapisan milo:
5 sudu besar milo
1/2 cawan susu segar
1 bahagian agar-agar merah
Campurkan kesemua bahan hingga larut dan tuangkan ke atas lapisan merah. Sejukkan.
Lapisan strawberry susu:
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen strawberry
Campurkan dan tuangkan ke atas lapisan merah dan milo. Sejukkan.
Sotong Oriental
Dah boring nak masak sambal sotong, so ternampak la resepi ni kat Denuanza. So, kita try la, looks yummy dan bahan pun senang nak dapat (walaupun ada yang tak cukup).
Resepi asal: denuanza/shida
Note: Resepi kat bawah ni dah kena modified.
Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong lebar-lebar
5 ulas bawang putih - dihiris
1/2 labu bawang kuning/Bombay - dihiris kasar
1 biji cili merah - dihiris kasar
1 biji cili hijau - dihiris kasar
1 tangkai daun ketumbar - diracik
2 tangkai daun kari
1 sudu besar pes tomyam + 1/2 sudu besar serbuk kari ikan + air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga wangi dan layu.
Masukkan campuran pes tomyam, sos tiram, Maggi cukup rasa dan tumis hingga naik bau.
Masukkan sotong dan kacau rata.
Masukkan cili merah, cili hijau, daun kari dan daun ketumbar. Hidangkan.
Resepi asal: denuanza/shida
Note: Resepi kat bawah ni dah kena modified.
Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong lebar-lebar
5 ulas bawang putih - dihiris
1/2 labu bawang kuning/Bombay - dihiris kasar
1 biji cili merah - dihiris kasar
1 biji cili hijau - dihiris kasar
1 tangkai daun ketumbar - diracik
2 tangkai daun kari
1 sudu besar pes tomyam + 1/2 sudu besar serbuk kari ikan + air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga wangi dan layu.
Masukkan campuran pes tomyam, sos tiram, Maggi cukup rasa dan tumis hingga naik bau.
Masukkan sotong dan kacau rata.
Masukkan cili merah, cili hijau, daun kari dan daun ketumbar. Hidangkan.
Friday, August 3, 2012
KUIH LOPES
Tak ingat Ramadhan ke berapa pulak, tapi hari Sabtu atau Ahad kot, terasa nak buat kuih lopes pulak. Tengok resepi macam senang je, tapi yang pastinya memang aku tak makan pun kuih lopes ni, just saja buat untuk En Koji dan mak je. Aku tak berapa minat kuih manis-manis, aku suka savoury type macam popiah atau karipap.
Tapi bahan-bahan ekceli tak la cukup, tapi boleh la. So tengok various recipes, aku combine je la, so originally recipe ni nak kredit kat sapa pun aku x sure. Halalkan aje la ek....
Tapi bahan-bahan ekceli tak la cukup, tapi boleh la. So tengok various recipes, aku combine je la, so originally recipe ni nak kredit kat sapa pun aku x sure. Halalkan aje la ek....
Bahan-bahan:
1 cawan pulut - dibasuh bersih
1 sudu besar pewarna hijau
1/2 kotak santan + 1/4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu teh esen pandan
1 helai daun pandan
Kelapa parut putih secukupnya
Kalau ikut some recipes, diorang ada guna air kapur, since aku takde air kapur dan mmg tak bercadang nak guna, so aku omit je air kapur. Rasanya sama je kot.
Rendam pulut dalam air yang bercampur pewarna hijau selama 3 - 4 jam.
Panaskan kukusan. Toskan air rendaman pulut dan masukkan ke dalam loyang. Kukus separuh masak.
Bancuh santan pekat dan air bersama garam. Tuangkan ke dalam kukusan pulut dan gaul rata. Simpulkan sehelai daun pandan. Kukus sehingga masak.
Ambil penutup botol yang sederhana besar dan mampatkan pulut ke dalam tutup botol. Make sure betul2 padat, keluarkan dan golekkan atas kelapa parut putih. Buat sehingga habis.
Sos gula melaka
1 ketul gula melaka - potong kecil-kecil
1/4 cawan air
Campurkan kedua-dua bahan di dalam saucepan dan didihkan hingga pekat.
DAGING RUSA GORENG KUNYIT
En Koji tempah daging rusa ni dari member dia. So semalam dapat, balik je terus potong-potong dan masak.
Bahan-bahan:
1/2 kg daging rusa - dihiris nipis-nipis
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa (tak perlu garam lagi)
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar serbuk kunyit
Gaulkan kesemua bahan rata-rata.
Bahan-bahan lain:
1/2 biji bawang Bombay - dihiris kasar
5 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dihiris kasar
6 biji cili padi - dibelah dua tanpa putus
Panaskan minyak dan goreng daging hingga agak garing.
Masukkan bahan-bahan lain dan ratakan hingga bawang agak layu.
Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)