Bahan-bahan:
1 tongkol jagung manis – disagat isinya
2 pokok daun ketumbar – dicincang kasar
1/2 biji cili merah – dicincang halus
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 cawan udang kecil – dikupas
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Satukan jagung, daun ketumbar, cili merah, bawang besar, udang, telur, tepung dan serbuk kunyit.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair, agak-agak boleh dijemput dengan jari.
- Masukkan garam dan MCR dan sesuaikan rasa.
- Sementara itu, panaskan minyak agak banyak. Setelah cukup panas, jemputkan adunan ke dalam minyak dan buat hingga memenuhi kuali. Pastikan api sederhana.
- Goreng hingga kuning keemasan kedua-dua belah. Angkat, toskan minyak dan letakkan di atas pinggan berlapik dengan kitchen towel.
- Hidangkan dengan sos cili.
Lontong
Bahan-bahan kuah lodeh:
2 sudu besar udang kering – direndam hingga lembut, ditoskan
1 sudu besar ikan bilis – direndam hingga lembut, ditoskan
3 biji bawang merah – dipotong kecil
1 batang serai – diketuk
2 hirisan lengkuas
3 sudu besar bawang besar yang dikisar
1 sudu besar bawang putih yang dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 kotak santan
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1/4 biji sengkuang – dihiris batang mancis
3/4 biji lobak merah – dihiris batang mancis
4 urat kacang panjang – dipotong serong
1/4 biji kobis – dihiris kasar
1 peket tempe – dipotong dadu dan digoreng sedikit
1 ketul tauhu keras – dipotong dadu dan digoreng sedikit
2 keping besar fuchuk – dipotong kecil, direndam hingga lembut
Segenggam suhun – direndam hingga lembut
1 cawan isi udang kecil
1/4 cawan minyak
13 peket ketupat mini – direbus hingga empuk, ditoskan, dipotong 4
Cara-cara:
- Kisar kering udang kering, ikan bilis dan bawang merah.
- Panaskan minyak. Tumis serai dan lengkuas hingga harum.
- Masukkan kisaran udang kering, ikan bilis dan bawang merah. Tumis hingga pecah minyak di atas api sederhana. Kacau selalu.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk kunyit, sengkuang dan lobak merah. Kacau rata, masukkan air (lebih kurang 4 cawan). Biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan kacang panjang, kobis, udang dan santan. Kacau rata hingga mendidih dan masukkan fuchuk dan suhun. Perlahankan api dan kacau sekali sekala hingga mendidih.
- Masukkan garam, MCR, tauhu dan tempe. Kacau rata, sesuaikan rasa dan setelah mendidih, tutup api.
- Hidangkan bersama nasi impit dan sambal tumis ikan bilis.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis yang disiang – dibilas bersih, ditoskan
1 biji bawang besar – dihiris nipis
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 1/2 cawan cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 keping asam gelugur
1 ketul kecil gula melaka
3 sudu besar sos tiram
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya
Minyak secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1/2 cawan sahaja.
- Tumis bawang besar yang dihiris nipis hingga perang.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih.
- Masukkan gula melaka, asam gelugur dan sos tiram, tumis hingga pecah minyak sambil dikacau sekali sekala.
- Masukkan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. Masak hingga agak lembut, masukkan ikan bilis, garam dan MCR. Sesuaikan rasa.
No comments:
Post a Comment