Saturday, January 5, 2013

MASAK LEMAK LABU


Bahan-bahan:
1/4 biji labu kuning - dibuang kulit dan biji, potong kiub besar
1/2 kotak santan
1/4 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - diracik
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar:
1 genggam ikan bilis yang sudah disiang - dibasuh
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk dan didihkan sehingga masak. Kacau sekali sekala dan pastikan santan tidak pecah.

Akhir sekali, masukkan garam dan didihkan. Sedia dihidang.

DAGING MASAK MERAH


Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - direbus hingga empuk
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu besar cuka
1/2 biji bawang kuning - dibelah 4
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dibuang biji dan dihiris kasar
1 biji cili hijau - dibuang biji dan dihiris kasar
2 sudu besar cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:
Hiris daging nipis-nipis. Perapkan dengan pewarna merah, cuka dan sedikit air (seelok-eloknya semalaman dalam fridge). Atau paling sekejap 1/2 jam.

Panaskan minyak, toskan air perapan daging tapi jangan dibuang (untuk dibuat kuah). Goreng daging hingga kering airnya dan agak garing. Angkat dan ketepikan.

Keluarkan sedikit minyak dan masukkan bawang putih dan separuh bawang kuning. Tumis hingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak baru dimasukkan gula perang dan tumis sebentar.

Masukkan sos cili Thai dan sos tiram, tumis sekejap baru dimasukkan air perapan tadi. Setelah mendidih, masukkan daging dan sedikit air (jika perlu) dan renihkan.

Setelah mendidih, masukkan baki bawang kuning, cili merah dan cili hijau. Perasakan secukupnya dan masak mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

AYAM GORENG KUNYIT


Bahan-bahan:
2 ketul besar isi ayam - dipotong kiub
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Secubit garam (atau secukup rasa)
1/2 biji bawang kuning - dibelah 2
10 tangkai kacang buncis - dipotong menyerong
1 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong kasar
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 sudu besar cuka
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Perap isi ayam dengan cili kisar, tepung jagung, serbuk kunyit dan garam selama 1/2 jam.

Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap hingga garing.

Keluarkan sedikit minyak (tinggalkan sedikit sahaja dalam kuali) dan masukkan bawang kuning dan bawang putih. Tumis sehingga layu.

Masukkan cuka dan tumis lagi. Kemudian, masukkan kacang buncis dan cili merah. Kacau rata dan tutup api.

Friday, January 4, 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING


Bahan-bahan:
2 ekor sotong kering - direndam semalaman
1 biji bawang besar - dihiris kasar
1 sudu teh serbuk belacan
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula perang
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
Segenggam cili kering - direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
Toskan air rendaman sotong dan basuh hingga bersih. Potong kecil mengikut saiz yang dikehendaki.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi (untuk bagi sambal berkilat dan cantik).

Kemudian, masukkan air asam jawa, sedikit air, belacan dan sos tiram. Tumis lagi dan masukkan sotong kering dan hirisan bawang besar.

Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.