I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Tuesday, September 11, 2012
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
Serbuk kunyit dan garam
Gaulkan kesemua bahan dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Bahan sambal:
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 pokok daun ketumbar/bawang/sup
1/2 biji bawang kuning - dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tumis lagi. Masukkan sedikit air jika perlu.
Masukkan ayam dan renihkan hingga ayam masak.
Masukkan bawang kuning dan daun ketumbar. Gaul sebentar, angkat dan hidangkan.
Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
Isi ayam - dipotong dadu/kecil
4 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
1 paket serbuk lada hitam Maggi + bancuh dengan sedikit air
1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
10 biji tomato ceri - dibelah dua
3 tangkai terung pipit
Minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang kuning hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak.
Masukkan terung pipit dan bancuhan serbuk lada hitam. Masak sehingga mendidih.
Masukkan tomato ceri dan brokoli, biarkan hingga kuah pekat.
Sunday, September 2, 2012
Merdeka!
cuti merdeka thn ni, stay kt rumah je, since en koji ada outside job lak. dah la, indian neighbour aku ada wat wedding, tu dia gendang sakan. duh, nk take a nap pun x leh npk gayanya.
Daging Masak Merah
1/4 kg daging batang pinang - direbus, ditoskan
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh pewarna merah
Air secukupnya
Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis dan perap bersama cuka, pewarna merah dan air. Ketepikan.
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
1/2 biji bawang kuning - dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Panaskan minyak
Toskan air perapan daging, jangan buang air perapan.
Goreng daging dalam minyak sebentar (keringkan air daging sedikit). Angkat dan toskan.
Gunakan minyak yang sama, tumis cili kisar hingga wangi, masukkan sos tiram dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air perapan (agak-agak berapa banyak kuah), masukkan daging dan brokoli.
Masak hingga agak pekat dan masukkan bawang kuning.
since aku kena tgl ngan 3 heroes all alone, makanya menu lunch simple2je sudah. aku juz masak sup ayam campur kentang. utk aku lak ada tambahan button mushrooms, broccoli ngan cherry tomatoes. kenyang jugak.
dinner lak, aku rajin, so aku buat daging msk merah ala2 kedai tomyam, tapi cam biasa ada improvise sikit.
Daging Masak Merah
1/4 kg daging batang pinang - direbus, ditoskan
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh pewarna merah
Air secukupnya
Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis dan perap bersama cuka, pewarna merah dan air. Ketepikan.
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 pokok brokoli - dipotong kecil
1/2 biji bawang kuning - dipotong bulat
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Panaskan minyak
Toskan air perapan daging, jangan buang air perapan.
Goreng daging dalam minyak sebentar (keringkan air daging sedikit). Angkat dan toskan.
Gunakan minyak yang sama, tumis cili kisar hingga wangi, masukkan sos tiram dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air perapan (agak-agak berapa banyak kuah), masukkan daging dan brokoli.
Masak hingga agak pekat dan masukkan bawang kuning.
Subscribe to:
Posts (Atom)