Sotong Goreng Tepung
Sumber: Yong, my sis
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana - dipotong bulat, janggut dibiarkan seketul-seketul
1 biji telur - dipukul (Yong guna putih telur sahaja)
1 sudu besar susu cair (MrsK tambah)
2 sudu besar tepung beras
6 sudu besar tepung Kentucky jenama PUAS (Yong belikan)
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Panaskan minyak di atas api sederhana kecil.
- Satukan tepung beras dan tepung Kentucky dan sebatikan.
- Pastikan sotong ditoskan airnya. Celupkan sotong ke dalam telur, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung. Salutkan rata dan goreng. Kecilkan api dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.
- Buat sehingga habis.
- Hidangkan dengan sos cili Thai.
Sawi Jeruk Asin Tumis Telur
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 peket sawi jeruk asin - dibasuh bersih dan dihiris nipis
2 biji telur
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula perang
2 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan sos tiram dan gula perang. Tumis rata.
- Masukkan sayur dan tumis rata beberapa minit. Buatkan lubang di bahagian tengah dan pecahkan telur, perlahankan api. Biarkan telur set sebentar sebelum digaul dengan sayur supaya bersalut. Goreng hingga agak kering dan tutup api.
Ikan Merah Masak Kicap
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3 ketul ikan merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap masin
1/4 cawan air
1 biji cili solok hijau - dibelah 2 tanpa putus
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata. Goreng hingga garing, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Tinggalkan dalam 1/4 cawan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga terbit bau.
- Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga terbit bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
- Masukkan pula sos tiram, sos cili dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan air.
- Setelah mendidih, masukkan ikan goreng dan cili solok. Kacau rata hingga mendidih dan tutup api.
No comments:
Post a Comment