Pulut Kuning Tanak
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
3/4 peket beras pulut susu – dibasuh bersih
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
3/4 kotak santan
1 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan – disimpulkan
Cara-cara:
- Rendam pulut, serbuk kunyit dan asam gelugur semalaman. Keesokannya, toskan airnya, bilas sekali dan buangkan asam gelugur. Toskan air sekali lagi.
- Masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan santan, garam, daun pandan dan air hingga menutupi paras beras pulut sahaja.
- Masak seperti biasa. Setelah masak, kaup balik dan tutup semula periuk. Biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.
Gulai Ayam Kampung ala Kelantan
Sumber: Various blogs
Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
2 biji kentang – dipotong 4
3/4 peket pati santan
1/4 cawan air
4 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
2 sudu besar serbuk paprika/cili
1/2 ketul gula nisan Terengganu/Melaka
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
2 biji kentang – dipotong 4
3/4 peket pati santan
1/4 cawan air
4 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
2 sudu besar serbuk paprika/cili
1/2 ketul gula nisan Terengganu/Melaka
Garam secukup rasa
5 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
- Masukkan ayam dan kentang, gaul rata, perlahankan api dan biarkan sehingga ayam agak kecut sedikit.
- Tuangkan santan dan air. Gaul rata dan setelah berwap masukkan rempah gulai, rempah masak, serbuk paprika dan gula nisan. Gaul sekali sekala hingga nampak mendidih.
- Masukkan garam dan masak sehingga kuah hampir pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment