Thursday, October 23, 2014

Kari Ayam

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
10 ketul ayam
1 peket serbuk kari ayam Baba's
1 sudu besar paprika/serbuk cili
1 sudu besar kerisik
2 tangkai daun kari (daun sahaja)
1/2 kotak santan
3/4 cawan air
1 biji kentang - dikupas dan dipotong 6
2 sudu besar air asam jawa
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Sementara itu, satukan serbuk kari, paprika/serbuk cili, kerisik dan daun kari dengan air supaya menjadi pes.
  2. Setelah minyak panas, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis lagi sehingga layu dan wangi.
  3. Masukkan pes kari, perlahankan api, tumis hingga terbit minyak. Kacau selalku supaya tidak hangit.
  4. Setelah nampak garing dan terbit minyak, masukkan ayam dan kentang. Kacau rata hingga bersalut kesemuanya dan masak beberapa minit supaya ayam kecut (keluar airnya).
  5. Setelah ayam kecut, masukkan air dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan merenih selama 10 - 15 minit, sambil dikacau sekali-sekala supaya kentang empuk.
  6. Kemudian, masukkan santan dan garam. Kacau rata, tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa, akhir sekali masukkan air asam jawa dan kacau beberapa minit dan tutup api.

No comments: