Kerapu Merah ala Thai
Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu merah – dikelar
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar – dibelah 2
1 biji tomato – didadu
1/2 biji lada benggala merah – didadu
1/4 biji timun – didadu
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar, dibahagi 2
1/2 batang bunga kantan – dihiris halus
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng terendam
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Lumurkan ikan dengan Maggi Cukup Rasa, serbuk kunyit, tepung gandum dan tepung jagung rata-rata.
- Goreng ikan hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
- Tinggalkan minyak dalam 1/2 cawan. Tumis serai hingga garing. Keluarkan serai.
- Tumis cili kisar hingga garing, masukkan sos cili Thai, sos tiram dan pes tomyam. Tumis hingga terbit minyak.
- Kemudian, masukkan air, bawang besar, tomato, lada benggala, timun, cili padi, separuh daun ketumbar dan bunga kantan. Gaul rata, perlahankan api dan renihkan sebentar. Masukkan garam dan renih lagi hingga kuah hampir pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
- Hiaskan dengan baki daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment