Wednesday, October 14, 2009

Sakit kepala

Source: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster2=1154959942763&storyid=1154959942763&storymaster=1154959233409
Sakit Kepala
Pengenalan

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Sebab Sakit Kepala

Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :

* Tekanan (tension headache).

* Kemurungan

* Migraine (penyempitan salur darah)

* Penyakit serta ketegangan dalam mata.

* Sakit gigi dan tulang rahang.

* Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.

* Kejang otot.

* Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.

* Angin Ahmar

* Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).

* Tekanan Darah Tinggi

* Pengambilan dadah dan racun

Rawatan

Rawatan bergantung kepada sebab :

* Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.

* Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.

* Cuba teknik bertenang dan urutan.

* Jika migraine, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.

* Kendalikan tekanan anda dengan baik.

* Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.

* Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor.

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :

* Demam.

* Jika anda melebihi 40 tahun.

* Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.

* Sakit kepala sangat kerap dan teruk.

* Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.

* Lebih teruk dengan batuk atau bersin.

* Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.

* Kejang tengkuk/leher.

* Khayal/lali.

* Sawan.

* Rasa lemah dan kebas.

* Kabur penglihatan atau buta.

* Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.

* Loya, muntah.

* Hilang selera makan dan susut berat badan.

* Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV



Pencegahan

* Tangani tekanan anda dengan baik.

* Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.

* Pemakanan seimbang.

* Kerap bersenam.

* Berhenti merokok.

* Amalkan gaya hidup sihat



Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?

Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .

Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang positif.

Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?

Tidak.

Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.

Wednesday, September 16, 2009

Bunga api


Why bunga api these days macam cikai aje ek? Dulu-dulu rasanya ada la 1 min kot each bunga api tu tapi nowadays macam baru few seconds je dah abis. Tak sempat nak menghayati percikan dia...hehheh... Pastuh mahal lak tuh. Bunga api belang-belang satu kotak pastu bunga api kaler 1 ikat dah RM14!

Footnote: Gambar terpaksa diblurkan berikutan ketidakcukupan pakaian adalah tidak bagus untuk mata di bulan Ramadhan.

Pavillion


Hari Raya decor at Pavillion.

Tuesday, September 15, 2009

TGIF

Yesterday, after work, we went straight to OU. Thought of iftar at Johnny's. Unfortunately, sampai je sana, tgk2 dah full house dengan reservations. Duh.... tensen tol. En Koji cari San Francisco Steak House, malangnya kat OU tak ada. Since dah dekat masa berbuka, we headed to TGIF. Tak penah try lagi TGIF ni, tatau la... takde la rasa teringin ke apa, but then semalam just gamble aje.





En Koji dah ternampak fave dia, Lamb Rack ke Ribs ntah... so he ordered that. I ordered 2 course meal, I chose Fried Mac and Cheese and Cajun Pasta with Chicken and Shrimp. Since we ordered 2 main meals, the kiddos got their meals for free which I chose Nachos with Salsa Dip and Kid's Burger with Fries for them.

Well, fried mac n cheese 6 ketul besar, for sure la tak abis. Cajun pasta lak, time panas rasa cam okey, tapi bila dah sejuk sikit erk... tak lalu masuk dah. or maybe by that time i'm already full with mac and cheese plus nachos.

I just tasted a slice or two je the lamb rack. Quite salty. Anyway, the mac and cheese pulak rasa tawar.


Lately, dah makin malas nak masak for iftar, asik la makan kat luar. Same goes with sahur, malas tol nak masak, just minum nescafe susu je.

Anyway, last Sunday, went out to Bangsar. En Koji ajak berbuka kari kepala ikan kat gerai fave dia but I never tasted it yet.So pergi la sana, skali tutup daaa.... Aku ajak pegi Johnny's... tapi Haqimie dah bising lapar lapar. So stopped by restoran mamak. Dia nak makan roti canai. En Koji pulak pegi makan nasi beriani dengan daging masak hitam which I tumpang sikit. Lapar dowh.... time tu dah past time berbuka dah....

Terus rasa malas nak pegi Johnny's. We all went to Port Klang, saja je. Makan pulak yong tau fu. Dah kenyang, jalan-jalan balik.

On the way balik pulak, singgah kat Triple 2. En Koji had nasi lemak and me had half-boiled eggs. The kiddos bising-bising nakkan bunga api. So beli aje la.