Wednesday, September 19, 2018

Menu Teatime 18.9.2018

Kuih Lapis




Sumber asal: https://www.bidadari.my/resepi-kuih-lapis/

Diolah: mrskojiwami

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*
1 cawan tepung jagung*
1 cawan + 2 sudu besar gula
2 cubit garam
2 cawan santan kotak
1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil esen ros
1 sudu kecil sirap ros + 1 sudu kecil pewarna rose pink
1 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu kecil pewarna kuning telur
Sedikit minyak masak


Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam pengukus. Sementara itu, sediakan loyang segi empat saiz 8” dan sapukan sedikit minyak di seluruh bahagian dalamnya. Ketepikan.
  2. Ayak bahan bertanda *. Kemudian, satukan tepung, gula, garam, santan, santan cair, esen ros dan air. Kacau rata menggunakan whisk hingga gula betul-betul larut. Kemudian, tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama banyak. Warnakan setiap satu dan 1 bahagian biarkan kosong (putih).
  4. Letakkan acuan ke dalam pengukus. Sendukkan 5 senduk kecil adunan putih ke dalamnya. Tutup dan kukus selama 5 – 6 minit (warna adunan bertukar dan tidak cair).
  5. Buka penutup dan tuangkan 5 senduk kecil pewarna pink dan kukus lagi hingga masak.
  6. Ulang dengan warna hijau dan warna kuning, dan ulang sekali lagi dengan warna putih dan seterusnya.
  7. Untuk lapisan terakhir, kukus 8 – 10 minit atau hingga betul-betul masak.
  8. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  9. Sisipkan pisau plastik di bahagian tepi acuan untuk melekangkannya.
  10. Keluarkan dan potong ikut suka dengan pisau plastik.

Menu Lunch 19.9.2018

Mi Hailam



Bahan-bahan:

1 peket mi kuning – dibilas
2 pokok pak choy – diasing batang dan daun, dihiris kasar
1 biji cili merah – dihiris serong
1 biji cili hijau – dihiris serong
1/2 cawan daging kisar Ramly's
2/3 cawan isi ayam yang dihiris
Kicap masin/manis, sos tiram, sos cili, sos lada hitam secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya (untuk kuah)
2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar tepung jagung + air secukupnya – dibancuh
6 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/4 biji bawang besar – dipotong dadu
3 biji tomato ceri – dihiris
1 senduk kecil cili kisar
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang.
  2. Masukkan cili kisar dan tomato dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos lada hitam, daging dan ayam (sos-sos ini boleh ditambah lagi kemudian sekiranya kurang rasa). Kacau rata beberapa minit.
  4. Masukkan batang pak choy, kacau rata. Kemudian, masukkan air rebusan dan air. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan kicap secukupnya. Biarkan mendidih lagi.
  6. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata hingga sedikit pekat dan masukkan mi, cili merah, cili hijau dan daun pak choy. Kacau rata, masukkan garam dan MCR (agak-agak) dan kacau rata lagi. Pastikan agak berkuah dan tutup api.
  7. Hidangkan segera.