Monday, October 9, 2017

27.9.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.


Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan:

3 ekor sotong sederhana – dibuang kulit, dihiris bulat 2 cm
Tepung beras + tepung goreng seafood + tepung goreng ala KFC secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak.
  2. Basuh sotong dan toskan airnya.
  3. Gaulkan dengan campuran tepung secukupnya hingga bersalut rata.
  4. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya.




Ikan Bawal Sweet and Sour

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal sederhana – dikelar
Sedikit tepung jagung + tepung beras
Sedikit serbuk kunyit + Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sos:

2 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
1/2 inci halia – dihiris halus
1/2 biji tomato – dipotong dadu
2 biji cili hijau – dipotong dadu
1 tangkai daun limau purut
1 batang serai – diketuk
1 1/2 senduk kecil cili kisar
Sos cili, sos tiram, sos ikan secukupnya
Sedikit gula Melaka dan Maggi Cukup Rasa
Daun ketumbar – untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan bersama tepung, serbuk kunyit dan perasa. Goreng hingga garing. Angkat, toskan minyaknya dan letakkan di atas pinggan hidangan. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1 senduk kecil. Tumis bawang putih, bawang Holland, halia dan serai hingga harum dan sedikit layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, gula Melaka dan daun limau purut. Tumis hingga menggelegak dan masukkan sedikit air.
  4. Masukkan cili hijau dan MCR. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tutup api.
  5. Tuangkan ke atas ikan goreng dan hiaskan.



Tau Miu Tumis Sos Tiram


Bahan-bahan:

1/2 peket tau miu – dibasuh, ditoskan
1/2 biji cili merah – dihiris serong
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
Sedikit minyak
Sos tiram, air dan MCR secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang Holland. Tumis lagi hingga layu.
  2. Masukkan tau miu, sos tiram, air dan cili merah. Kacau rata hingga lembut dan tutup api.

Dinner 26.9.2017

Assalammualaikum,

Jom tengok resipi.




Maggi/Kuey Teow Tomyam

Bahan-bahan:

4 peket mi tanpa perencah Vit’s – direbus hingga lembut, ditoskan
Segenggam kuey teow – dicelur sebentar, ditoskan
Daun ketumbar sebagai hiasan

Bahan-bahan tomyam:

1 batang carrot – dibuang kulit, dihiris bulat
2 batang serai – diketuk
2 cawan cendawan tiram – dibasuh, ditoskan
3 ulas bawang putih – diketuk
1 ketul akar ketumbar – dibasuh bersih
Isi ayam – dipotong nipis
5 ekor udang sederhana
2 ekor sotong sederhana – dihiris bulat
2 ketul kiub tomyam
3 sudu besar pes tomyam
5 biji cili padi merah – diketuk
2 sudu besar susu cair
3 cawan air

Cara-cara:

  1. Didihkan air, akar ketumbar, serai, bawang putih dan carrot hingga empuk. Masukkan kiub dan pes tomyam.
  2. Setelah mendidih, masukkan isi ayam dan masak beberapa minit.
  3. Kemudian, masukkan cendawan, cili padi merah dan susu cair. Didihkan.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan sotong. Masak beberapa minit sahaja, kemudian tutup api.
  5. Untuk menghidang, masukkan campuran mi dan kuey teow ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan taburkan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.