Wednesday, June 10, 2015

Bihun Goreng Putih

Sumber: Anis (Officemate)

Olahan: mrskojiwami


Bihun Goreng Putih






Bahan-bahan (5 orang)

3/4 peket bihun Faiza – direndam hingga lembut dan ditoskan
2 cekak daun kucai – dipotong 4 cm panjang
1 biji cili merah - dihiris nipis
1/2 tiub daging cincang AZMY – dinyahbeku (defrost)
Maggi Cukup Rasa/garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
Sedikit air (jika perlu)

Bahan-bahan ditumbuk halus:

1 genggam ikan bilis yang dikupas – direndam seketika
5 ulas bawang putih – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
1 sudu besar lada hitam


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan daging dan tumis rata hingga bertukar warna.
  3. Masukkan bihun, kacau rata. Jika masih keras, tambah sedikit air dan kacau rata hingga bihun lembut.
  4. Taburkan Maggi Cukup Rasa, daun kucai dan cili merah. Kacau rata, perasakan secukupnya dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.


Menu Wednesday 25.3.2015

Rendang Ayam Kampung


Sumber: Yong, Aziejaya



Bahan-bahan:

12 ketul ayam kampung
1 helai daun kunyit - diracik kasar/dihiris halus
1 keping asam gelugur
3 biji bawang kecil – dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris halus
1/2 kotak kecil santan
3/4 cawan air
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kering yang direbus dan dibuang biji
2 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 inci halia - dipotong kecil
2 inci lengkuas - dipotong kecil
3 batang serai - dipotong kecil
2 inci kunyit hidup - dipotong kecil


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyaknya.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata sekali-sekala sehingga ayam sedikit kecut.
  3. Masukkan air, santan, asam gelugur, daun kunyit dan bahan hirisan.
  4. Masak di atas api kecil sehingga mendidih dan masukkan garam.
  5. Masak lagi hingga mendapat kepekatan

Menu 7.4.15

Sotong Masak Pedas



Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ekor sotong – dibuang kulit luar dan dipotong ikut suka, janggut dibuang bahagian hitamnya
1 biji bawang besar – dihiris bulat
1 sudu kecil gula perang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:
Segenggam cili kering – dibuang biji dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih dan masukkan gula perang. Tumis sebentar.
  2. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Tumis di atas api sederhana sehingga terbit minyak, lebih kurang 6 – 7 minit.
  3. Masukkan bawang besar, kacau rata. Kemudian, masukkan sotong dan kacau rata hingga sotong masak, jangan terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi liat.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan kacau rata. Tutup api.



Jelatah



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1/2 batang timun Jepun – dipotong dadu
3 hirisan nanas madu – dipotong dadu
5 biji tomato ceri – dibelah 2
1/2 biji cili merah – dihiris nipis
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
3/4 sudu besar gula putih
Secubit garam
1 sudu kecil cuka


Cara-cara:
  1. Gaul kesemua bahan rata-rata dan sedia dihidangkan.



Telur Dadar Gulung


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji telur – dipukul
Secubit garam
1 biji cili merah – dihiris nipis
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 sudu besar susu cair
Sedikit minyak


Cara-cara:
  1. Panaskan kuali leper non-stick. Tuangkan minyak.
  2. Sementara itu, satukan kesemua bahan.
  3. Kemudian, tuangkan ke dalam kuali dan layarkan supaya memenuhi permukaan kuali.
  4. Perlahankan api, tutup dengan penutup.
  5. Setelah telur masak sepenuhnya, tutup api. Kemudian, gunakan sudip kayu dan gulungkan telur.
  6. Potong lebar-lebar dan hidangkan.

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri - dibersihkan
1 batang sera0 - diketuk
1 helai (kecil) daun kunyit - diracik kasar
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 peket (kecil) santan pekat segar
2 biji terung kecil - dipotong ikut suka
5 biji tomato ceri - dibelah dua
1/4 cawan air

Bahan-bahan ditumbuk:
10 biji cili padi
1 biji cili merah - dipotong
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang sesuai. Masukkan air, santan, serai, daun kunyit, asam keping dan bahan yang ditumbuk dan kacau rata.
  2. Panaskan di atas api kecil. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Kacau sehingga berwap.
  3. Masukkan ikan dan terung. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah.
  4. Setelah berwap, masukkan tomato dan garam. Kacau dan rasa, hingga hampir mendidih dan berwap. Setelah ikan masak dan terung empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

Sandwich Sardin

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1 peket (besar) roti putih (Gardenia)
Butter (SCS)
Daun salad - diracik kasar

Bahan-bahan inti:
1 tin (medium) sardin Ayam Brand - dihancurkan/dilenyek halus
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar Thai Chilli Paste (dalam jar)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Untuk inti: Satukan kesemua bahan di dalam saucepan dan panaskan di atas api kecil selama 5 minit dan tutup api. Sejukkan seketika.
  2. Sapu butter pada kedua-dua belah roti. Ambil sekeping roti dan sapukan 1 sudu besar inti dan ratakan.
  3. Kemudian, aturkan salad dan tutup dengan sekeping roti. Tekan sedikit kemudian potong kesemua bahagian tepi. Potong segitiga dan potong lagi menjadi segitiga kecil.
  4. Buat sehingga habis. Sedia dihidangkan.

Sotong Masak Pes Cili

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 sudu besar tepung jagung
3 tangkai daun kari - ambil daunnya sahaja
5 biji cili padi - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar Thai Chilli Paste (dalam jar)
Sedikit Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar thick cream

Cara-cara:

  1. Toskan sotong, kemudian gaulkan dengan serbuk lada hitam dan tepung jagung hingga rata.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan daun kari dan cili padi, tumis lagi hingga hampir garing.
  3. Kemudian, masukkan pes cili. Tumis rata. Setelah naik bau, masukkan thick cream dan kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan sotong dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata hingga pekat dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Ayam Kampung Masak Sambal Serai

Sumber: mrskojiwami (revised version)



Bahan-bahan:
5 ketul ayam kampung
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan lain:
3/4 peket cili boh
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris kasar/dipotong bulat
2 batang serai - diketuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah minyak panas, goreng ayam 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, jika terlalu banyak, keluarkan hingga tinggal dalam 3/4 senduk kecil sahaja.
  3. Tumis serai dan bawang besar hingga naik bau dan sedikit layu.
  4. Masukkan cili boh, gula perang dan sos tiram. Perlahankan api dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air dan kacau. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng. Tutup kuali dan biarkan merenih hingga kuah menjadi sedikit pekat sambil dikacau sekali-sekala. Akhir sekali, masukkan garam jika perlu dan balik-balikkan. Setelah rata kesemuanya, tutup api dan sedia dihidangkan.

Ayam Masak Cili Padi

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
5 ketul ayam
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan sos tiram hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, perlahankan api dan tutup kuali. Kacau sekali-sekala hingga ayam betul-betul empuk. Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan asam keping dan garam. Renihkan hingga kuah menjadi sedikit pekat dan ayam masak sepenuhnya.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Asam Rebus Ikan Jenahak

Sumber: mrskojiwami (revised version)



Bahan-bahan:

1 keping kepala ikan jenahak
1 keping isi ikan jenahak
1 kuntum bunga kantan - dibelah 2
4 tangkai daun kesum - daun sahaja
1 batang serai - diketuk
3 keping asam keping
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Masukkan air, bawang besar yang dihiris, asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum, asam keping dan bahan kisar ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana kecil.
  2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan renih sehingga ikan masak. Masukkan garam dan perasakan secukupnya.
  3. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.