Friday, March 27, 2015

Menu 20,3,15

Ikan Merah Masak Kicap





Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
4 keping ikan merah
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng

3 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji cili merah - dibelah tanpa putus
Kicap manis dan kicap masin secukup rasa
Garam secukup rasa (jika perlu)
Air


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kuning keemasan dan angkat. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dan tumis cili kisar hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau rata beberapa minit.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, kicap manis dan masin dan air. Kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan goreng, bawang besar dan cili merah. Masak sehingga mendidih, rasa garamnya. Jika ok, tutup api dan sedia dihidangkan.



Pak Choy Tumis Air


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 pokok pak choy - dibuang hujung dan dihiris, asingkan batang dan daun
3 biji tomato ceri - dibelah 2
3 ketul seafood tofu - dihiris kasar
2 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit hirisan bawang kuning
1 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
Maggi Cukup Rasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan seafood tofu dan tumis lagi.
  3. Masukkan batang pak choy dan tumis lagi.
  4. Masukkan air dan setelah mendidih, masukkan daun dan Maggi Cukup Rasa.
  5. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.

Menu Saturday 21.3.2015

Kari Ayam Kampung




Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
12 ketul ayam kampung
1 biji kentang - dibelah 8
1 tangkai daun kari - ambil daunnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
1 peket kecil serbuk kari daging Babas
2 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
1 sudu besar kerisik
1/4 kotak kecil santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 sudu besar pes asam jawa
5 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Sementara itu, bancuh serbuk kari, rempah gulai, rempah masak dan daun kari dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan wangi.
  3. Setelah agak garing, masukkan pes rempah. Perlahankan api dan tumis hingga terbit minyak. Kacau selalu supaya rempah tidak hangit.
  4. Setelah garing, masukkan ayam dan kentang. Gaul rata sehingga air ayam keluar.
  5. Masukkan air hingga menutupi paras ayam dan kacau rata. Tutup periuk supaya ayam dan kentang empuk, sambil kacau sekali sekala.
  6. Setelah mendidih dan ayam nampak empuk, masukkan kerisik, asam jawa dan santan. Kacau rata dan tutup sekali lagi.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa. Selepas beberapa minit, tutup api.

Menu Sunday 22.3.2015

Ayam Kampung Masak Sambal Serai



Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
9 ketul ayam kampung
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng


Bahan-bahan lain:
1 biji bawang kuning - dihiris bulat
1 keping asam gelugur
2 batang serai - diketuk
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Air


Bahan-bahan dikisar:
1 cawan cili kering yang sudah direbus
1 biji bawang besar - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
Air secukupnya


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 5 sudu besar minyak. Tumis serai sebentar kemudian masukkan bahan kisar dan sos tiram. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan air dan kacau rata. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, asam gelugur dan ayam goreng. Kacau rata dan masukkan garam.
  4. Kacau rata beberapa minit sehingga kuah nampak sedikit pekat. Tutup api



Pak Choy Ikan Bilis





Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
2 pokok pak choy - dihiris kasar, asingkan batang dan daun
1/2 biji cili merah - dihiris serong
Sedikit ikan bilis - dibasuh
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji bawang merah - dihiris halus
Air dan Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar minyak zaitun


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih hingga garing kemudian angkat. Ketepikan.
  2. Masukkan ikan bilis dna goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah hingga harum dan layu.
  4. Masukkan batang pak choy dan tumis lagi.
  5. Masukkan air dan Maggi Cukup Rasa. Setelah mendidih, masukkan daun pak choy dan kacau rata.
  6. Tutup api dan tuangkan bawang putih dan ikan bilis. Kacau rata dan angkat.

Thursday, March 19, 2015

Laksa Utara


Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 peket laksa beras (kering) – direndam semalaman, kemudian dicelur hingga lembut, ditoskan
5 biji telur – direbus dan dibelah 2
5 biji limau kasturi – dibelah 2
1/2 ikat daun selom – dihiris halus
1/2 biji timun Jepun – dihiris halus
1 biji cili merah – dihiris halus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 biji bawang besar – dihiris halus

Kuah Laksa

6 ekor ikan sardin – dibersihkan
6 ekor ikan kembung – dibersihkan
3 keping asam keping
Air untuk merebus secukupnya
1 kuntum bunga kantan – dibelah 2
1 ikat daun kesum – ambil daun sahaja
Garam secukup rasa
Sedikit Ajinomoto

Bahan-bahan dikisar halus:
2 batang serai – dipotong kecil
Segenggam cili kering – dipotong kecil dan dibuang biji
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 inci belacan - dibakar


Cara-cara:

  1. Sediakan periuk yang besar. Masukkan air, asam keping, ikan sardin dan ikan kembung. Rebus hingga ikan masak. Keluarkan asam keping.
  2. Keluarkan ikan, toskan airnya. Asingkan isi dan tulang dengan menggunakan garpu. Jika ikan sudah sejuk, boleh gunakan tangan. Pastikan tangan bersih.
  3. Sediakan periuk yang lain. Tapiskan air rebusan ke dalam periuk, masukkan semula asam keping. Jerang di atas api perlahan.
  4. Sementara itu, kisar isi ikan dengan air secukupnya hingga halus, kemudian tapiskan ke dalam periuk air rebusan tadi.
  5. Ambil pula tulang/kepala ikan tadi dan kisar dengan air secukupnya hingga halus. Tapiskan ke dalam periuk air rebusan tadi. Buang sisa tulang tadi.
  6. Masukkan pula bahan kisar, bunga kantan dan daun kesum. Jerang kuah hingga berbau wangi dan memekat (tambah air jika perlu).
  7. Setelah mendidih, masukkan garam dan Ajinomoto, perasakan secukupnya. Tutup api setelah rasanya ok.
  8. Untuk menyediakannya, masukkan laksa beras ke dalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya dan taburkan bahan-bahan mentah dan telur rebus.


Monday, March 16, 2015

#throwback

Tumis Taugeh



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 cawan taugeh - dibersihkan
1/2 ikat kucai - dipotong 4 cm panjang
1/2 biji lobak merah - disagat halus
2 biji bawang merah - dhiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar kicap manis Kipas Udang
Segenggam udang - dibuang kepala
2 sudu besar air
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan layu.
  2. Masukkan taugeh, kucai, lobak merah, udang, kicap dan air. Kacau rata di atas api besar selama 1 minit dan tutup api.
  3. Sedia dihidangkan.

#throwback

Congo Bars


Sumber: Azlita Masam Manis, Danish Harraz

Olahan: mrskojiwami






Bahan-bahan (diayak):
330 g tepung superfine Blue Key
2 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan lain:
150 g mentega Golden Churn (atau pure butter brand lain, e.g SCS, Anchor) - dilembutkan
280 g gula perang (resepi asal 320 g)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
Ketulan coklat masakan (dalam 2 1/2 baris) - dipotong kasar/kiub besar
1 peket badam cincang

Bahan-bahan hiasan:
1 peket chocolate chips
1 peket hirisan badam

Peralatan:
1 biji loyang leper segi empat (10 inci)
Kertas minyak/baking sheet


Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.
  2. Sementara itu, sapukan sedikit mentega ke sekeliling acuan dan lapikkan dengan kertas minyak. Ketepikan.
  3. Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk adunan dan putar hingga rata, tidak perlu hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu, setiap kali diputar hingga rata.
  5. Masukkan esen vanila dan putar rata.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  7. Keluarkan mangkuk, masukkan badam cincang dan ketulan coklat masak. Gaul rata dengan spatula.
  8. Tuangkan ke dalam acuan, ratakan dengan spatula.
  9. Tabur chocolate chips dan hirisan badam rata-rata.
  10. Bakar selama 30 minit, jika masih basah apabila dicucuk di bahagian tengah, tambah masa selama 10 minit lagi, kurangkan suhu kepada 150 darjah Celsius.
  11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

#throwback

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api




Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

8 ketul ayam kampung
1 helai daun kunyit - diracik kasar
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping
1 kotak kecil santan Ayam Brand
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang - dibelah 4

Bahan-bahan ditumbuk sedikit kasar:
10 biji cili padi (atau lebih)
1 biji bawang merah - dipotong kecil
1 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 inci kunyit hidup - dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam dan panaskan di atas api sederhana.
  2. Kacau selalu untuk elakkan santan pecah. Kacau hingga ayam dan kentang empuk dan masak sepenuhnya. Kalau cukup masam, keluarkan asam keping.
  3. Perasakan garam dan kacau lagi hingga berwap.
  4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

#throwback

Paprik Sotong




Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 ekor sotong sederhana besar - dihiris memanjang
2 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar – dibelah 4
1/2 pokok brokoli – diambil bahagian atas sahaja, dipotong ikut suka
1/4 pokok kubis bunga – dipotong ikut suka
1/2 biji lobak merah – dikupas dan dihiris bulat, kemudian dipotong 2
5 biji cili padi – diketuk
1 biji cili merah – dihiris serong
2 sudu besar cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili kering rebus)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa/Garam secukup rasa
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air
Minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan sedikit layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis seketika.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis. Kacau rata hingga mendidih barulah masukkan 1/4 cawan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan kubis bunga dan lobak merah. Renihkan seketika supaya lembut kemudian masukkan brokoli.
  5. Kacau sebentar, masukkan Maggi Cukup Rasa dan sotong. Kacau rata hingga sotong masak (jangan terlalu lama nanti sotong menjadi liat). Agak-agak sudah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.