The other day, my MIL ada kirimkan belimbing buluh via Adik Wan. So pi pickup kat rumah Yus, tapi balik macam dah lambat so kitorang pun singgah makan kat Vicchuda, but not at the usual spot (KD) sbb kat situ tutup, so pegi yang kat depan Giant (The Strand). Kat sini agak kecik sikit la restoran dia, pastu agaknya x cukup pekerja (sbb still in Syawal kan), so agak kelam kabut sikit. Encik K and co order Nasi Goreng USA and Tomyam Campur. Me ordered Nasi Goreng Pattaya (kelaparan la dat day sbb x lunch). So sedap jugak branch ni, in fact, I think lagi sedap dari KD branch kot, sambal belacan dia x rasa manis macam kat KD. Tapi spoil carrot susu kurang carrot la.
Ok, so esoknya aku masak la ayam masak lemak cili padi.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH
Beberapa ketul ayam (kitorang suka part bertulang sahaja)
6 biji belimbing buluh - dibelah 2
1/2 kotak santan pekat
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit kunyit hidup
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak (jangan pecah minyak). Perasakan secukupnya.
No comments:
Post a Comment