Seperti yang dirancang, tgh hari tadi ktrg wat potluck. Dari lepas maghrib semalam aku dah start buat cuppies choc moist cake. Pastu blender pulak bahan-bahan utk daging dendeng. Masak pagi tadi. Pastu sakit pinggang, haha sbb berdiri lama nak mengacau adunan kek la, menuang adunan la, apa la...basuh pinggan bla bla bla... Anw, makanan tadi semua sedap-sedap. Zuera bawa kuah soto dan sambal ikan bilis. Sherry bawa kuah lontong. Munira bawa bahan-bahan sampingan untuk soto (daun sup, bawang goreng, sambal cili kicap - sedap giler, ketupat segera, bihun celur, mee celur), Abg Man bawa rendang ayam dan ketupat segera juga.
So, basically, menu kitorang ialah:
Lontong + sambal ikan bilis
Soto ayam
Bihun/Mee soto
Daging dendeng
Kek coklat moist
Rendang ayam
Resepi kek choc moist ni aku ambil dari cuzzy, Shida. Shida mmg bisnes kek dan biskut raya. Ini kali ketiga aku buat kek ni, kiddos mmg suka sangat la kan, especially Qayyum, dia tu mmg sweet-tooth person. Daging dendeng pulak resepi Che Sue. Biasa la aku, ada je alteration kan. Kek pun sama, ada alteration sket dari yang penah aku buat.
Gambar kalau berkesempatan, nanti akan diupload, maklum la digicam bateri mmg dah kong habis, hp pulak kabel rosak, PC takde bluetooth, so harap BT ke Mini Mac kat opis, pastu kena masuk thumb, balik umah baru leh upload. Duh, sadis tol.
MOIST CHOCOLATE CAKE (STEAM)
Original source: denuanza@Shida
Bahan-bahan A (diayak bersama):
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
Ketepikan.
2 biji telur - dipukul hingga kembang, ketepikan.
Bahan-bahan B:
1 3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air
1 sudu teh perisa strawberi (additional - takde dalam resepi asal)
Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan sehingga gula cair.
Kacau selalu supaya tidak hangit.
Setelah larut kesemuanya, alihkan daripada api.
Masukkan telur yang sudah dipukul kembang dan kacau rata.
Kemudian, masukkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga habis.
Sediakan pengukus dan acuan kek (aku guna small pudding container).
Tuangkan hingga separuh paras (supaya tidak membuak, kalau tak nanti tak boleh nak letak topping dan tak boleh nak tutup) dan kukus selama 15-20 minit.
Setelah masak, angkat dan ketepikan supaya sejuk.
Bahan-bahan topping:
1/2 kotak whipping cream/susu cair
1/2 bar coklat masakan - dipotong kecil-kecil
2 sudu besar minyak jagung
Kaedah double-boiler:
Panaskan periuk berisi air dan letakkan bekas tahan panas di atasnya.
Panaskan whipping cream. Setelah cukup panas, tutup api.
Masukkan coklat dan minyak jagung dan kacau sehingga larut sepenuhnya.
Tuangkan topping ke atas kek. Setelah topping agak sejuk, taburkan chocolate rice/coloured rice (apa2 shj yg disukai) ke atas kek.
DAGING DENDENG
Original source: Che Sue
1 kg daging
Kicap masin dan kicap manis
Cuka
Air
Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan. Setelah sejuk, potong ikut suka. Perap dengan bahan-bahan lain sekurang-kurangnya 1 jam.
2 biji kentang - dipotong dadu
Goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
Bahan-bahan dimesin halus:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Segenggam cili kering
5 biji cili padi
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut - diracik
Panaskan minyak dan tumis bahan mesin hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air perapan. Masukkan juga serai dan daun limau purut.
Masak sehingga kuah menjadi agak pekat. Masukkan garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi putih/roti/nasi impit.
I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Monday, September 26, 2011
Saturday, September 10, 2011
ASPARAGUS GORENG BELACAN
1 ikat asparagus - dipotong 4 cm panjang menyerong (julienned)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan
Bahan-bahan ditumbuk
3 biji cili padi
1/2 biji cili merah
1 kiub kecil belacan
1/2 genggam ikan bilis
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan asparagus dan kacau sebentar. Masukkan sos tiram dan sos ikan.
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan
Bahan-bahan ditumbuk
3 biji cili padi
1/2 biji cili merah
1 kiub kecil belacan
1/2 genggam ikan bilis
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan asparagus dan kacau sebentar. Masukkan sos tiram dan sos ikan.
IKAN SIAKAP KUKUS ASAM PEDAS
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
1 paket Perencah Ikan Kukus Asam Pedas Nyonya
1/2 batang bunga kantan - dihiris halus
1 sudu kecil sos ikan
4 biji cili padi - dibelah dua tanpa putus
3 biji belimbing buluh - dibelah dua
2 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
3 biji bendi - dipotong dua
Masukkan kesemua bahan ke dalam casserole. Kukus ikan hingga masak.
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
1 paket Perencah Ikan Kukus Asam Pedas Nyonya
1/2 batang bunga kantan - dihiris halus
1 sudu kecil sos ikan
4 biji cili padi - dibelah dua tanpa putus
3 biji belimbing buluh - dibelah dua
2 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
3 biji bendi - dipotong dua
Masukkan kesemua bahan ke dalam casserole. Kukus ikan hingga masak.
Ayam Masak Lemak Cili Padi
The other day, my MIL ada kirimkan belimbing buluh via Adik Wan. So pi pickup kat rumah Yus, tapi balik macam dah lambat so kitorang pun singgah makan kat Vicchuda, but not at the usual spot (KD) sbb kat situ tutup, so pegi yang kat depan Giant (The Strand). Kat sini agak kecik sikit la restoran dia, pastu agaknya x cukup pekerja (sbb still in Syawal kan), so agak kelam kabut sikit. Encik K and co order Nasi Goreng USA and Tomyam Campur. Me ordered Nasi Goreng Pattaya (kelaparan la dat day sbb x lunch). So sedap jugak branch ni, in fact, I think lagi sedap dari KD branch kot, sambal belacan dia x rasa manis macam kat KD. Tapi spoil carrot susu kurang carrot la.
Ok, so esoknya aku masak la ayam masak lemak cili padi.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH
Beberapa ketul ayam (kitorang suka part bertulang sahaja)
6 biji belimbing buluh - dibelah 2
1/2 kotak santan pekat
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit kunyit hidup
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak (jangan pecah minyak). Perasakan secukupnya.
Ok, so esoknya aku masak la ayam masak lemak cili padi.
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH
Beberapa ketul ayam (kitorang suka part bertulang sahaja)
6 biji belimbing buluh - dibelah 2
1/2 kotak santan pekat
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit kunyit hidup
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak (jangan pecah minyak). Perasakan secukupnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)